Monday, 12 October 2015

Tratak Bonda Make over (Muoran)

Bercerita kita tentang perubahan yang dibuat terhadap rumah pusaka.

Berikut adalah gambar Sebelum dimana sewaktu itu rumah ini diberikan sewa kepada penyewa daripada daerah yang berlainan.
Boleh menyemak cerita entry blog sebelum ini http://hazroolrizalabdrahim.blogspot.my/2014/01/rumah-kampung-muar.html





Setelah melihat harta orang tua ku tidak dijaga dengan baik dan aku mengambil keputusan untuk membantu didalam merialsasikan harapan keluarga ku.

Bermula projek aku untuk menukar bumbung rumah yang usang ini. Aku menukarkan bumbung tersebut daripada yang dahulunya bumbung zink biasa kepada bumbung zink kilang dimana standard ketebalan dan ketahanan lebih lagi. Aku membelanjakkan hampir RM 30000.00 untuk penambahbaikan.
 Projek selepas mengalihkan garage kereta dimana ianya mengganggu penglihatan dan menutup seri rumah tersebut.

Tangki ini digunakan untuk menyimpan air yang diperlukkan ketika musim kemarau.




 Langsir holder dimana aku membelinya pasang siap bagi memudahkan kerja
Seperti biasa kerja memasang lampu , wire dan kipas adalah DIY. Aku cuba walaupun agak sukar kerana tiada pengalaman didalam wiring rumah.



Permasangan Wall paper di bilik  utama 




Aku mula mengantikan semula pekara yang penting didalam rumah tersebut supaya ianya menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Alhmadulilah keluarga yang banyak membantu didalam menambah baik keadaan rumah tersebut.
Kekeuda dan kesemua dinding rumah dibuat semula supaya mengeluarkan keceriaan dan ketahanan papan yang usianya lebih daripada 20 tahun.


Dinding tepi terpaksa dibuat semula kerana dinding lama yang tidak kukuh dan memerlukan penambahbaikkan semula .




 Agak tergamam seketika dimana baru 15% pemasangan jubin didapati rumah telah dimasuki pencuri dan kesemua simen dan jubin baru telah dicuri dan ini adalah sangat membebankan bagi kami sekeluarga.

Cat yang digunakan untuk menyerikan suasana .




Gambaran luar dan dalam pada hari raya aidiladaha 2015


Gambar terbaru selepas pengubahsuaian yang banyak.

Pada 11Oct 2015 perubahan untuk membuat bahagian belakang telah berlaku dimana perlebaran dapur sangat diperlukan. Gambar adalah seperti berikut.




Punca berbasikal di taman cempaka ipoh

Aku tidak tahu kenapa tiba-tiba tergerak hati untuk berbasikal di kawasan taman cempaka ? Adakah kerana kenangan penyebab aku dengan berani kayuh?


Macam mana pun jika aku out station aku mesti membawa basikal ini bersama kerana aku dapat rasakan basikal tidak dapat dipisahkan. Bermula lah episod bukak basikal di hotel tempat aku menginap .
Bermula pusing kawasan yang dirasmikan oleh aku sendiri.
Kayuhan tidak lah terlalu jauh, ianya sekadar memusing dikawasan sekitar tempat hotel aku menghinap.

tempat pertama aku pusing adalah lorong tempat aku menyewa dahulu.

Masih melihat kenangan lama dan terkenang semasa kayuh




Yang paling best sekali dapat makan di kantin PUO

Watchkeeping Engineer Near Coastal (WKE ILPPPL 01/2015)

Ilmu berada dimana-mana..

Aku ditugaskan menjadi tenaga pengajar bagi kursus jangka panjang kepada pembantu laut bagi kenaikan pangkat . Setelah hampir 3 tahun tidak menjadi tenaga pengajar, aku dapati keganjalan didalam menjadi patung dihadapan adalah sangat perit sekali.

Mengajar bukan satu pekara yang mudah, dimana memerlukan kesabaran yang baik untuk memastikan kualiti pelajar yang dikeluarkan mengikut standard yang disasarkan. Aku memulakan sesi mengajar dengan pekara asas dimana keperluan tersebut mestilah diberikan kepada mereka sebelum mendalami apa yang lebih penting.
Aku menggunakan konsep interactive diantara pelajar kerana aku tidak sukakan menjadi seperti pembaca berita. Bagi aku jika aku bercakap  sendirian dihadapan tanpa tindak balas daripada pelajar akan secara tidak langsung agak tiada kegunaan aku berdiri dihadapan sewaktu sesi itu.

Minggu practikal adalah minggu yang ditunggu-tunggu kerana pengalaman ini bukan senang hendak kita dapatkan. Oleh itu aku telah merancang membuat latihan selama 2 hari diatas kapal jabatan kerana dengan pendedahan itu akan membolehkan semua pelajar lebih faham lagi apa yang telah diajar oleh tenaga pengajar.

Berikut adalah gambar sewaktu tugasan praktikal dijalankan.