Entry kali ini berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan laut (Seatime) adakah dikira jika berkhidmat dikapal FPSO dan sebagainya ? Banyak runggutan diberikan kerana pekara tersebut membebankan pelaut kerana peningkatan kerjaya terhenti setakat itu sahaja.
Mungkin pandangan saya mendapati kapal tersebut hanya statik dikawasan itu dan perairan tersebut sahaja dan banyak pekara tidak dapat dipelajari sewaktu intrim.Sebagai contoh jika kapal tersebut belayar banyak pekara perlu diambil perhatian seperti pengawasan yang lebih terperinci sewaktu bergerak dan mesin yang hampir kesemua berjalan .
Bermaksud jika kadet hendak mengambil perkhidmatan laut diatas kapal tersebut secara automatiknya tidak layak untuk peperiksaan lisan. Ianya juga terpakai untuk pegawai 2/O & 3/E kebawah yang mana tidak laku perkhidmatan laut tersebut.
Adakah perkhidmatan laut untuk bahagian pengurusan dikapal FPSO dan sewaktu dengannya laku? bolehkah perkhdmatan laut tersebut digunakan untuk permohonan ujian lisan dan memenuhi syarat kursus kecekapan?
Setahu saya perkhimatan laut bahagian pengurusan hanya laku selama 6 bulan sahaja . Bermaksud jika pelaut itu menjadi ketua pegawai dek dan bekerja selama 5 tahun dikapal FPSO ianya tidak dikira selama 5 tahun dan 6 bulan adalah seatime maksimum yang boleh digunakannya.
Ini adalah contoh dan kefahaman aku berkenaan perkhidmatan laut dikapal tersebut.
( saya tidak bertanggunjawap dan menanggung apa-apa kos berkaitan dengan maklumat ini) (Mohon rujuk untuk kepastian)
No comments:
Post a Comment