Sunday, 22 December 2019

PERLAKSANAAN MLC SECARA KESELURUHAN BAGI PERSIJILAN

Konvensyen Buruh Maritim (MLC), menurut ILO atau Organisasi Buruh Antarabangsa, memberikan perspektif yang luas kepada hak pelaut di tempat kerja. Peraturan maritim  berkuat kuasa pada 20 Ogos 2013. Hampir 1.2 juta pelaut akan dipengaruhi oleh terma dan syarat akta hak asasi manusia ini, yang akan menetapkan satu set peraturan untuk perlindungan di tempat kerja, keadaan hidup, pekerjaan, kesihatan, keselamatan sosial dan isu berkaitan .

Berdasarkan Konvensyen Buruh Maritim (MLC), Kontrak pelaut  akan dilaksanakan . MLC akan sama dengan pensijilan lain seperti kapal-kapal kapal ISM dan ISPS dan sijil itu akan mempunyai 5 tahun tamat tempoh dengan survei interim, awal dan pertengahan. Adalah penting bagi semua pelaut untuk memahami kepentingan Konvensyen Buruh Maritim (MLC), 2006.


Pelaksanaan  MLC, 2006 untuk jenis kapal

MLC terpakai kepada semua kapal komersil yang berdaftar tanpa mengira status bendera yang dimilikinya. Ini juga termasuk kapal layar komersial, yang terlibat dalam pelayaran antarabangsa . Kapal lebih dari 500 GRT perlu membawa sijil MLC. Bagi kapal-kapal di bawah 500 GRT, bergantung kepada negara kapal bendera tersebut 


Tempoh sah laku sijil

Sijil MLC boleh dikeluarkan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun, setelah pemeriksaan menyeluruh dan mengesahkan kapal memenuhi keperluan minimum MLC. Kapal-kapal yang baru dibina dan kapal-kapal yang bertukar bendera (pendaftaran baru ) diberikan persijilan sementara  interim atau untuk jangka waktu tidak melebihi enam (6) bulan.





Menuntut di Bumi Garuda bagi Ballast Water Management 2004 Konvensyen .



Minggu ini namaku  dipetik untuk menghadiri bengkel Balast Water Management (BWM 2004) Komvensyen di Surabaya Indonesia . Bengkel ini melibatkan beberapa negara asia lain seperti Cambodia, vietnam , Timur Leste, Thailand , Singapore, Indonesia, Myanmar & laos  dimana dibawah satu payung IMO dan dibayar perbelanjaan semuanya oleh UNDP.

Seperti biasa kerana kesibukkan kerja hakiki sedia ada menyebabkan aku sedikit terbelakang menyediakan bahan pembentangan berkenaan perlaksanaan BWM 2004 di Malaysia .

Malam sebelum terbang aku menyediakan dengan penuh tekun dan maklumat tersebut didapati oleh rakan lain yang berpengalaman. Aku gagahkan jua mengambil cabaran untuk hadam konvensyen baru ini bagi perbentangan antabangsa nanti.

Hari kejadian aku seperti orang yang jakun kerana tidak pernah naik AIRASIA untuk penerbangan antarabangsa. Paling terkejut aku disapa oleh kakitangan mereka di. Kaunter! Kenapa tak pergi kaunter Fast (x). Rupanya pihak UNDP sudah menetapkan kemudahan yang baik bagi wakil negara macam kami. 

Kami berdua dihantar ke Surabaya , Indonesia untuk melihat bagaimana perlaksanaan konvensyen tersebut . Nasib baik ada rakan yang pakar bersama dimana sekurang-kurangnya ada bantuan kiranya tersasar jauh pabila disana supaya dapat membawa ke jalan yang benar semula.


Aku menginap di Hotel Sentira Premiere Gubeng, Surabaya


Seperti biasa hari pertama sampai dimana agak penat dan keperluan rehat yang panjang adalah amat penting kerana besok bermulanya bengkel melibatkan negara asia tenggara. Sebelum tidur seperti biasa aku dan rakan perlu mencari kedai makan. Aku yang seperti biasa memerlukan gadget untuk mencari kedai makan yang berdekatan dan popular Foursquare . Pass Celcom 7 hari yang aku cuba langgani di lapangan tebang agak gagal kerana kebetulan di malaysia adalah cuti Hari Buruh.


Sepanjang berjalan aku agak terkejut dimana ada beberapa batang jalan digunakan sebagai tempat memperbaiki , kereta dan motosikal. Kerja-kerja mengecat juga dibuat dikawasan tersebut dan ia aku rasakan terlalu unik berbanding keadaan dimalaysia.

Hari pertama /Day One

Bengkel seperti biasa ada perasmiaan dan perbentangan oleh setiap negara yang menyertainya. 

Selepas perasmian aku ditugaskan untuk membentang perlaksanaan BWM 2004 .








Kalau difikirkan semula entah apa aku terangkan pun tak tau dan rasa dalam diri tu bangga sedikit kerana diberikan kesempatan untuk membentangkan kepada semua negara yang menghadiri dan kita diantara negara yang maju ke depan didalam perlaksanan BWM 2004.





Kejahatan aku asik bertanyakan pekara yang luar kawalan sedikit menggegarkan lantai bilik seminar tersebut. Banyak soalan didalam fikiran aku untuk dilontarkan bagi mendapatkan kepastian lebih mendalam berkenaan perlaksanaan BWM ini.



Apa lagi ...masa berbengkel sudah habis dan masa untuk makan besar katanya. Dengan besar hati Directorate General of Sea Transportation mengajak semua makan di restoren yang terkenal di Bandar Surabaya.



Macam biasa kita perlu berbahagia dimana semua deligasi dipaksa menyayi lagu dan menari bagi menghiburkan malam hari.

Sambung lagi selepas ini 


GMDSS

Menyeramkan


Keperluan untuk  ambil kursus ini menyebabkan aku menghadiri kurus ini selama 2 minggu di Alam Melaka



Wednesday, 18 December 2019

MLC PERSIJILAN

Tahukah anda untuk mendapatkan persijilan MLC Bagaimana ?

1. Perlu mempunyai DMLC1
2. Perlu mempunyai DMLC2 

Apabila semua telah dilaksanakan mengikut peraturan dan keperluan. Maka barulah MLC boleh dikeluarkan