Monday, 27 February 2012

OAKLEY

Hai,

Macam biasa nak cerita tentang sunglasses kegemaran saya.

Nampak macam bergaya..tapi boleh menjadi papeee... boleh jatuh miskin ..
tapi dah suka ikut dan layan jer..

Kalau beli sunglas ini ,ia termasuk tempat bersihkan lens..
Bukan sahaja untuk membersihkan lens ,ia juga untuk sarung sunglass ini, nampak macam simple dan senang sahaja.

Ini adalah case untuk sunglasses. ianya dijual berasingan dengan sunglasses..
http://www.oakley.com/customer-care/worldwide-offices/malaysia

Friday, 24 February 2012

4S GRIFFIN SURVIVOR

Salam,

Saya nak bercerita tentang armored  cover i phone saya 4s.
Alhamdulilah , saya membuat pembelian melalui online dimana hampir sebulan mencari akhirnya dapat juga  ARMORED GRIFFIN SURVIVOR. Mudah .com .my telah membantu saya mendapatkannya dan harga pun berpatutan.Cover case ini amat popular di luar kerana ianya sangat tahan  dan bila merujuk Utube dan website, semua menunjukan betapa bebarloinya saya dapat case ini.Check out http://www.griffintechnology.com/iphone/cases  @ http://www.youtube.com/watch?v=F0XJtbYaEbM








Kalu tengok ciri-ciri gambar diatas telah membuktikan cover case ini boleh melindungi hp saya ini..
harpa-harap la...

Friday, 17 February 2012

RUMAH SEWA ALAM MELAKA

Salam,

Hari ini nak cerita pasal rumah sewa murah yang dimiliki oleh aku dan kuarga aku. Kalau sesiapa perasan berhadapan dengan ALAM, sg linggi melaka terdapat appartment yang telah didirikan oleh ALAM. Nak ceritanya belakang appartment tu ada 1 taman dimana disitulah rumah sewa yang telah aku miliki hampir 4 tahun lepas.
    Sebelum ini rumah tu telah aku sewakan kepada satu kuarga yang aku rasa sangat menyesal sangat-sangat  kerana menyewakan dan seterusnya transform jadi rumah reban ayam. Hampir 3 tahun juga rumah ni disewakan kepada keluarga ini dan separuh dari tempoh sewaan , tidak dibayar oleh penyewa..
Kenapa 1setengah tahun  tidak bising dan sewa tidak pungut? Sebabnya kuarga saya sangat baik bagi sewa tidak ingin rasa nak pungut duit. Kesian kan kat saya bulan-bulan 300 ingit terbang untuk bayar installment di MBSB. Bagi saya itu adalah rezeki kuarga tersebut...saya halalkan dan faham kesusahan kuarga terbabit  dan  salah satu cara nak tolong orang adalah cara macam ini kot.

Kali ini cadangan untuk sewakan kepada pelajar ALAM akan menjadi kenyataan.Seperti sedia maklum AlAM batu rakit akan berpindah ke ALAM melaka dan kursus persediaan jangka pendek akan dibuat di melaka. Daripada situ saya menjangkakan makin mudah untuk menyewakan rumah itu kepada pelajar. 
        Selepas berbincang dengan keluarga aku akan memastikan segala kelengkapan didalam rumah untuk disewa itu cukup dan sedia maklum aku pun pernah berlayar dan mengambil kursus jangka pendek dahulu. Selera pelaut ini adalah tinggi dari segi penginapan, keselesaan ,makanan dll dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi persediaan rumah sewa ku nanti.




Ini adalah wajah-wajah baru rumah yang telah disediakan oleh aku dan kuarga , agak banyak juga belanja nak sediakan semua kelengkapan ini. Tetapi alhamdulilah rumah ini berjaya ditukar daripada dahulunya seperti reban ayam, dindingnya yang kotor, atap yang bocok, lantai yang berdaki, ya ALLAH memang terseksa aku . Budget? banyak juga aku keluarkan untuk menyediakan rumah ini, sampaikan duit ASB terpaksa dikeluarkan demi untuk menjadikan rumah ini seperti rumah..heheheee
       Dekat sini aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menolong aku menyediakan rumah ini daripada reban kepada rumah penginapan. Terima Kasih kepada Isteriku yang menyokong aku dan seterusnya membebel dan aku bersyukur daripada bebelan itu ia menjadikan aku lebih berjaga-jaga untuk menyewakan rumah itu kelak. Terima kasih sekali lagi kepada isteri ku, walaupun banyak tido daripada tolong mengecat rumah, mak yang datang teman n join sekali dengan isteri ku tido dan saya sangat berbangga mereka banyak tolong aku.
      Mak mertua n abah pun banyak membantu dan tidak lupa ayah ku , yang hampir 100% menolong aku menjadikan rumah ini seperti rumah kediaman..AKU ni macam menang anugrah jer...asik berterimakasih ngan semua orang.
Haaaaa... Biasalah sebab aku sebenarnya sangat gembira dapat siapkan rumah itu dengan baik.
Alhamdulilah.



Wednesday, 1 February 2012

KAYUHAN AMAL/PAGI KARANGKRAF


SALAM,

Hari minggu lepas , kali pertama aku dapat berkayuh bersama dengan isteri tercinta dalam anjuran berbasikal ini. Biasanya sorang jer aku kayuh, hari tersebut dikira beruntung la saya kan kerana ditemani ..

macam biasa bayaran dikenakan kepada peserta sebanyak 12 ringgit, biasalah RM 24 dimana semua peserta diberikan t-shirt dan lain-lain lagi.
Pagi-pagi lepas subuh saya dah isteri sudah bersedia dari segi mental n jiwa raga untuk berkayuh sejauh 12KM( mcm kelakar je) kalau 45-65km mcm jamboriee ok lak juga...disebabkan isteri saya tidak mempunyai pengalaman memasuki anjuran kayuhan seperti ini dan awal2 peringatan diberikan kepada saya..,.Kalu kena tinggal lepas ni x sayang lagi!!!heheheheheee
Macam biasa sebelum berkayuh, peserta akan tunggu/ penerangan keselamatan dll.


Gambar diatas adalah persediaan pelumba-pelumba negara,... ada yang x keharuan mcm saya dan ada juga yang termenung sebab takut tak boleh nak abiskan 12KM..heheheheee..Penerangan telah diberikan oleh wakil bahagian sukan MBSA. Ringkas dan padat dan amat senang, cuma satu je, tiada poco-poco atau senaman memanaskan badan sebelum berkayuh.
        Dalam 9 lebih baru peserta semua dilepaskan dimana lalulintas dikawal oleh trafic, MBSA dll bagi mengelakan kemalangan dingin . Konvoi diterajui oleh kenderaan polis trafic, memang  la pelahan sebab ni kayuhan amal 7-15Km/h.. Sangat sesuai dengan isteri saya yang bawak basikal folding ni..dah lah tayar kecit..kayuh 2kali bersamaan dengan 1 kali basikal MTB saya..Kesian dia kn?.
Selepas separuh perjalanan peserta diberhentikan dan peserta diberikan  rehat selama 10minit dan masa itulah isteri ku adalah org paling gembira sekali..sebab die cakap dah penaaattt...heheheee


Separuh lagi perjalanan kayuh nak ke lokasi krangkraft, didalam perjalanan pulang semula ke garisan permulaan terserlah keseronokan pada raut wajah..ermmmm...seronok lah tu sebab dapat balik...


Akhirnya tamat, best la tu sebab leh relaks pas ni..
Kita orang setuju nak tunggu sampai cabutan bertuah..maner lah tau dapat kn..Memang best betul , akhirnya dapat juga cabutan bertuah.ini lah hadiahnya