Wednesday, 1 February 2012

KAYUHAN AMAL/PAGI KARANGKRAF


SALAM,

Hari minggu lepas , kali pertama aku dapat berkayuh bersama dengan isteri tercinta dalam anjuran berbasikal ini. Biasanya sorang jer aku kayuh, hari tersebut dikira beruntung la saya kan kerana ditemani ..

macam biasa bayaran dikenakan kepada peserta sebanyak 12 ringgit, biasalah RM 24 dimana semua peserta diberikan t-shirt dan lain-lain lagi.
Pagi-pagi lepas subuh saya dah isteri sudah bersedia dari segi mental n jiwa raga untuk berkayuh sejauh 12KM( mcm kelakar je) kalau 45-65km mcm jamboriee ok lak juga...disebabkan isteri saya tidak mempunyai pengalaman memasuki anjuran kayuhan seperti ini dan awal2 peringatan diberikan kepada saya..,.Kalu kena tinggal lepas ni x sayang lagi!!!heheheheheee
Macam biasa sebelum berkayuh, peserta akan tunggu/ penerangan keselamatan dll.


Gambar diatas adalah persediaan pelumba-pelumba negara,... ada yang x keharuan mcm saya dan ada juga yang termenung sebab takut tak boleh nak abiskan 12KM..heheheheee..Penerangan telah diberikan oleh wakil bahagian sukan MBSA. Ringkas dan padat dan amat senang, cuma satu je, tiada poco-poco atau senaman memanaskan badan sebelum berkayuh.
        Dalam 9 lebih baru peserta semua dilepaskan dimana lalulintas dikawal oleh trafic, MBSA dll bagi mengelakan kemalangan dingin . Konvoi diterajui oleh kenderaan polis trafic, memang  la pelahan sebab ni kayuhan amal 7-15Km/h.. Sangat sesuai dengan isteri saya yang bawak basikal folding ni..dah lah tayar kecit..kayuh 2kali bersamaan dengan 1 kali basikal MTB saya..Kesian dia kn?.
Selepas separuh perjalanan peserta diberhentikan dan peserta diberikan  rehat selama 10minit dan masa itulah isteri ku adalah org paling gembira sekali..sebab die cakap dah penaaattt...heheheee


Separuh lagi perjalanan kayuh nak ke lokasi krangkraft, didalam perjalanan pulang semula ke garisan permulaan terserlah keseronokan pada raut wajah..ermmmm...seronok lah tu sebab dapat balik...


Akhirnya tamat, best la tu sebab leh relaks pas ni..
Kita orang setuju nak tunggu sampai cabutan bertuah..maner lah tau dapat kn..Memang best betul , akhirnya dapat juga cabutan bertuah.ini lah hadiahnya

No comments: