Salam,
Alhamdulilah, akhirnya berjaya aku dapatkan apple Macbook Pro ni ..Hampir 2tahun memendam rasa untuk memiliki the best ever computer ini.
Masa mula-mula lihat kat kedai mechines bukit tinggi http://www.machines.com.my/ sangat teruja dengan rekebentuk dan operating program nya.
Setelah membawa pulang flyer dan berangan-angan hampir 2 tahun akhirnya aku mengambil keputusan nakad dengan membelinya walaupun ku tahu harganya tidak sepadan dengan computer yang sama dengan spesifikasinya.
Selepas diberikan keyakinan oleh isteri ku tentang bagaimana hendak membayar ,walaupun kuasa membeli itu tiada..aku dengan secara berani mengambil keputusan hendak memiliki computer ini.
Pembayaran? seperti biasa easy payment menggunakan credit card maybank aku ler.
Terus terang aku katakan kekadang kita kena membelanjakan wang kerja dengan tidak berhemah dan mesti pembaca tidak bersetuju dengan pendapat aku...mengapa aku tidak berhemah?
Itu adalah persoalan yang boleh difikirkan kemudian...
Seperti sedia maklum pada 2004 computer pertama aku adalah jenis TOSHIBA dan alhamdulilah sampai sekarang masih boleh digunakan walaupun sudah outtodate. Aku yakin dengan harga RM 4800 pada masa itu adalah sangat mahal dan kualiti yang aku dapat hingga sekarang masih boleh digunakan.
Nak dikira berjasa, memang banyak, bawa naik turun kapal sehinggakan kekadang aku rasa macam bawa kitab ...Masih ingat lagi , aku mengambil keputusan yang agak lama untuk menentukan kesanggupan untuk memiliki kitab ini. Alhamdulilah selepas tension melihat kawan-kawan sekapal memiliki set computer yang dikira canggih pada masa itu, aku pun mengorak langkah untuk mendapatkan Toshiba ini.
Pada tahun 2009 sekali lagi aku membeli comp. ACER lite dimana harga
yang aku dapat RM1800 dan seperti sediamaklum computer tersebut
sebenarnya hanya untuk kegunaan melayari sesawang dan kerja-kerja asas
computer. Disebabkan aku bekerja bersama dengan computer hampir setiap
hari dan masa , aku menggunakan computer terbabit 100% semaksimum yang boleh . Akhirnya hampir 2 tahun menggunakanya..bermulanya
macam-macam masalah yang aku pun sendiri tidak boleh selesaikan .Itulah computer yang aku ceritakan tadi.
Memang kalau nak cakap berbeza diantara computer?dengan operating system ? memang sangat berbeza.
Aku ambil keputusan dengan memiliki computer ini akan dapat memaksimakan kerja yang aku buat dan diarahkan.
Harga tidak penting bagi aku, yang aku pentikan KUALITI dan aku percaya dan mahukan sekurang-kurangnya 10tahun akan kugunakan computer ini.
No comments:
Post a Comment