Friday, 18 July 2014

MH17 Tragedi menyayat hati (IM STANDING WITH YOU MALAYSIA)


Terpanggil aku hendak menceritakan tentang tragedi yang jarang-jarang berlaku didalam sejarah malaysia menyebabkan kematian yang besar. Pada April yang lalu pekara yang sama juga berlaku di Laut China Selatan dimana kehilangan MH 370 sehingga sekarang masih tidak dijumpai. Dugaan besar terhadap negara memerlukan kita rakyat malaysia bersatu dan tidak perlu mempolitikkan dan seterusnya memalukan negara kita sendiri kepada  luar.
Hari ini 17july 2014 dimana dunia dikejutkan dengan peristiwa dimana pesawat nasional negara MALAYSIA AIRLINES MH17 terhempas di negara sedang bergolak di Ukraine . Daripada sumber berita telah menyatakan bahawa MH17 telah ditembak jatuh oleh pemberontak Ukraine .link perbualan mereka https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=846244958741302&id=114016628630809 

Pergolakkan berlaku diantara negara russia dan ukraine dimana sebahagian daripada prorussia (rakyat Ukraine) ingin mengembalikan semula wilayah ke russia . Pergolakan tersebut masih berterusan sehingga sekarang dimana masih tiada lagi jalan penyelesaian sehingga kini. 

Ada dimana teori menyatakan bahawa warna kapal terbang russian seakan-akan sama dengan malaysia airlines. Ini kemungkinan diantara salah satu penyebab kemalangan berdarah ini berlaku. Didalam perbualan tersebut menyatakan itu adalah salah MH17 kerana memasuki ruang udara mereka. Didalam perbuatan tersebut juga menyatakan pesawat penumpang ini tidak sepatutnya nemasuki ruang udara mereka. 
Teori terbaru dimana katanya jet pejuang terbang berdekatan dengan MH17 dimana percubaan Ukraine untuk mengacah puak pemisah untuk menembak mereka. Apabila dilepaskan tembakan jet tersebut mengalih pandangan target kepada pesawat MH17 dimana titik panas pesawat penumpang itu ditukarkan kepadanya. Agak tinggi teori yang diwar-warkan dilaman sosial media.

Walau bagaimana teori yang ada kita biarkan pihak berkuasa menyiasat pekara yang sebenarnya berlaku. 
Disini jangan kita memberi spakulasi luar pemikiran akal yang tidak sepatutnya yang boleh mengganggu penyiasatan dan seterusnya sedikit sebanyak menggangu perasaan ahli keluarga yang terlibat.

295 jumlah penumpang bersama dengan anak kapal didalam perjalanan daripada amsterdam - malaysia. Setakat ini yang diketahui daripada media cetak menyatakan tiada yang terselamat. 
Banyak gambar sedih keadaan penumpang yang terkorban. Salah satu menyentuh hati aku ialah seorang kanak-kanak masih lagi memakai tali pinggang keselamatan terikat dikerusi meninggal dunia dengan cara yang menyayat hati.

Sanggupkah kita memperlakukan pekara ini kepada anak orang lain? Jangan disebabkan perbezaan ideologi dimana akan menyebabkan sistem otak tidak berfungsi . ianya berlaku sekarang ini dimana disebabkan kefahaman yang berlainan ,mereka yang tidak bersalah turut terkorban.

Hampir kesemua syarikat  Airlines telah mengarahkan kesemua kapal mereka mengubah haluan serta merta diatas ruang udara Ukraine bagi mengelakkan pekara sama berulang.

 Diatas menunjukan taburan pesawat komersial yang dimana di kawasan udara Ukraine tidak digunakan sebagai laluan kapal terbang komersial buat waktu ini.
Berita yang baru diterima juga ada menyatakan selepas MH17 melalui kawasan tersebut , ada kapal terbang komersial lain lalu di laluan yg sama iaitu MH3 , pesawat dari India yang membawa menterinya dan lain-lain.

Bagi negara yang mempunyai penumpang terbanyak telah mula memberikan penghormatan  terakhir di kedutaan mereka di Ukraine . Kesedihan yang ditanggung oleh keluarga penumpang adalah tidak tekata hendaknya.
 Didalam tweeter  telah menunjukan 6 sekeluarga serba berbaju hijau berpakaian baju melayu yang hendak balik beraya dimalaysia menemuai ajalnya kerana kesalahan orang lain.
Agak sedih salah seorang daripada penumpang adalah pelaut sejati malaysia. Beliau graduan daripada ALAM Melaka dan berkhidmat di syarikat perkapalan gergasi dunia. Kehilangan beliau adalah salah satu kehilangan besar pada negara maritim secara amnya.

" Berat mata memandang ..Berat lagi bahu memikul"
Kesedihan menunggu orang yang disayangi pulang tidak kunjung tiba dan ianya berlaku kepada sesiapa sahaja yang bernama manusia. Jika berlaku kepada kita bagaimana kita akan menghadapinya?

Teringat aku waktu aku balik daripada kapal signing off Airport Schipol-Amsterdam pada tahun 2001 dimana kali pertama menaiki penerbangan jarak jauh pulang ke Kuala Lumpur. Memang excited apabila nama disebut untuk pulang ke tanah akhir pabila hampir setahun berkhidmat diatas kapal dagang.

Aku menunggu untuk bording flight pada masa itu hampir 5 jam dimana kebanyakan masa aku gunakan untuk berjalan-jalan di kawasan kedai free duty bagi mengisi masa lapang. Pekara paling aku tidak lupa sekali adalah aku disapa oleh pramugari mengucapkan Selamat Pagi sewaktu hendak mendaftar masuk. Sangat gembira kepalang kerana sekian lama tidak mendengar orang malaysia bercakap malaysia di luar dari negara tanah tumpah. Dengan hati yang berbunga aku melangkah masuk ke tempat duduk yang ditetapkan.

Aku boleh katakan sepanjang aku menggunakan perkhidmatan penerbangan asing, Malaysia Airlines adalah terbaik diantara semua  syarikat yang ada dibumi ini. Layanan yang baik yang diberikan walaupun kita berada di dalam kelas ekonomi sikit sebanyak mengurangkan tekanan perjalanan selama 12jam ke malaysia.

Aku merasa selamat apabila Kapt kapal terbang tersebut memperkenalkan diri dalam bahasa malaysia walaupun berlain bangsa dan secara terus terang aku katakan , aku sangat bangga dengan kemampuan orang malaysia . Alhamdulilah setelah mengharungi 12 jam jarak perjalanan dimana hampir 10 movie aku tonton + games + makan yang banyak akhirnya kapal terbang tersebut mendarat di lapangan terbang KLIA pada jam 0630.

Dekat sini aku bukanya bermaksud hendak mempromosikan malaysia airline , tetapi aku berbangga kerana dapat menaiki kapal terbang malaysia dan seterusnya bersama krew kapal dari malaysia. 
Setiap kali melewati terminal lapangan terbang dunia, setiap kali itu juga aku nampak lambang wau merah. Ianya sudah membuatkan aku jalan mendada kerana bangga menjadi rakyat malaysia.
Dari segi standard Mas Airlines mempunyai jauh perbezaan dengan syarikat kapal terbang luar lain. Ianya juga telah dibuktikan oleh badan NGO memberi pengiftirafan yang menjaga standard penerbangan dari segi layanan.Ini adalah pendapat aku sahaja sebagai bekas penumpang syarikat tersebut.

Sehingga sekarang aku masih percaya dengan kewibawaan syarikat national malaysia dimana kru menerima Latihan dan mempunyai kompetensi yang baik.

Agak sedih dengan berita dimana MH17 mengakhiri perkhidmatannya diudara setelah 17tahun berkhidmat.
Kita sebagai rakyat malaysia bersama kita berganding tangan dan cuba ketepikan fahaman dan sikap menuding jari . Bersama-sama kita berdoa kepada mangsa dan keluarga supaya dipermudahkan segalanya.
Al-Fatihah

Tuesday, 15 July 2014

Berpuasa dan menyambut syawal di kapal seorang diri (seafarer)

Pengalaman 10 tahun bekerja di rantauan adalah saat paling berharga dan sangat sukar sekali . Kebiasaan kita menyambut hari raya puasa pada 1 syawal setiap tahun dengan meriah bersama keluarga tersayang . Jelas kegembiraan diwajah mereka kerana dapat melengkapkan segala kehendak yang ditetapkan seperti didalam ajaran agama islam. Bagi mereka yang mempunyai daya dan usaha akan meneruskan puasa 6 .

Pengalaman beraya dikapal?
Pada tahun pertama aku bekerja sebagai jurutera aku dibenarkan pulang untuk menyambut syawal bersama keluarga (2001) . Itu adalah pembukaan kerjaya aku sebagai pegawai pengawasan diatas kapal malaysia. Aku rasa jika berlayar diatas kapal malaysia dan mempunyai majoriti pelaut malaysia adalah pekara yang sangat disukai! , mana tidaknya sekurang-kurangnya chef cook memasak rendang pada pagi raya.

Selepas itu sepanjang 9 tahun raya aku bersendirian menyambut syawal dimana tiada rakan seagama yang menyambut. Puasa? sememangnya bergantung pada nasib dan kekadang puasa aku melebihi  setengah hari bergantung kepada negara aku bekerja. Puasa diatas kapal adalah pekara yang paling sukar sekali kerana keadaan persekitaran yang berlainan. Dimana sebagai crew kapal aku diperlukan untuk bekerja sehingga setiap masa sehingga mengeluarkan peluh melampau. Seperti sedia maklum suhu dikawasan bilik injin boleh mencecah sehingga 40 degree Celsius . Jika kapal melalui kawasan middle east (kawasan arab) suhu sehingga 60 degree Celsius terutamanya bulan jun, july dan aug.

Kerja di bahagian injin  boleh katakan perlu menghadapi kepanasan haba mesin yang melampau. Biasanya apabila kita mengambil pengawasan untuk memeriksa sekitar bahagian injin , ianya sahaja sudah mencukupi untuk membuatkan seluruh baju basah seperti kena hujan. Bayangkan jika sedang berpuasa? bagaimana keadaanya? Ada pernah sekali diwaktu bulan puasa, injin yang aku jaga mengalami masalah yang memungkinkan kapal tersebut Blackout. Aku terpaksa menghadap injin tersebut selama 2 hari kerana jadual pelayaran yang sangat ketat. Hanya minuman sahaja menjadi alas perut sewaktu berbuka didalam bilik injin. Peneman setia makanan segera Remen (ala2 meggi) sahaja makanan buka aku setelah selesai kerja-kerja menyelenggara.

Puasa bersendirian dimana pencampuran diantara warganegara dan berlainan agama adalah paling sukar dalam menempuh kehidupan sepanjang ramadhan. Minority adalah penyebab utama dimana makanan perlu disediakan sendiri, sebagai contoh di US buka puasa biasanya jam 8mlm dan waktu makan di atas kapal jam 6ptg.

Aku terpaksa mengambil inisetif sendiri untuk menyediakan makan berbuka dan mahupun sahur. Seperti aku maklumkan tadi kehendak kapal dimana dapur hanya dibuka sehingga jam 6 petang dan dibuka semula pada 6 pagi. Ini bermaksud tiadanya barang mentah untuk dimasak dan selalunya aku tidak berbuka dan kalanya tiada sahur. Bayangkan sepanjang sebulan berpuasa aku bagaikan hendak menangis sepanjang hari kerana diperlakukan begitu.

 Tetapi itu hanya sekadar sementara sahaja kesedihan yang ditanggung. Aku mula menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut selepas mentality dapat menerima keadaan tersebut. Sesiapa yang berada diatas kapal mempunyai masalah yang sama dengan aku perlu membuat penyediaan dari segi mental kerana ia juga biasanya menyebabkan kita tewas jika tidak melawan secara logikal. Mindset perlulah di pastikan kuat asasnya.

Pernah sekali dimana satu kadet injin telah dihantar ke kapal aku dan sememangnya waktu itu adalah bulan puasa. Selepas 2 hari naik dikapal tersebut beliau berjumpa dengan aku menagis mengadu tidak tahan dengan dugaan diatas kapal. Aku menceritakan pengalaman aku tentang kehidupan berpuasa selama bertahun dengan syarikat tersebut. Selepas seminggu beliau berada diatas kapal, beliau telah meminta untuk dihantar pulang kerana tidak berdaya menghadapi puasa diatas kapal tersebut. Aku kekadang bertanya kepada diri aku sendiri kenapa aku boleh bertahan?

Bercerita tentang beraya diatas kapal? aku tidak pernah nampak manis dari pahit . Didalam hidup aku diatas kapal apabila menjelang 1 syawal  seperti tiada apa-apa makna. Contohnya bangun pagi jam 7, mandi, pakai baju kerja(Boiler Suit) pergi ke  tempat makan (mess room) dan makan sarapan seperti biasa . Maksud aku hari 1 syawal itu tiada apa-apa yang menunjukan seperti perayaan yang ditunggu-tunggu seperti didaratan. Jika ada 2-3 orang crew kapal islam barulah diberikan cuti dan yang paling indahnya cuti yang diberikan itu aku gunakan untuk tidur dari pagi sampai ke petang.Selepas 2 tahun aku menghadapi saat raya diatas kapal, bagiku tiada apa-apa makna lagi erti 1 syawal itu.Kenapa aku nyatakan waktu cuti itu aku tidur sepanjang hari, Aku bukan jenis kaki tidur dan tetapi ini disebabkan apabila raya berseorangan ia sedikit sebanyak ia akan mengigatkan aku kepada suasana raya di daratan bersama keluarga. Bagi aku waktu itu apabila lepas bangun tidur petang, raya sudah pun mula menutup tirai dan seterusnya aku berjaya melewati dugaan hidup bersendirian.

Aku percaya orang yang paling gembira untuk menyambut hari raya adalah kanak-kanak kerana mereka menghadapi puasa sepanjang bulan. Habuan puasa penuh juga menjadi bahan ukuran mereka dan paling mereka suka adalah bunga api. Contohnya di johor sendiri diadakan lawatan rumah ke rumah sewaktu raya yang dibuat oleh penduduk kampung(Marhaban) . Waktu ini adalah waktu aku rasakan paling gembira menyambut syawal.

Apabila sekarang ini aku sudah bekerja didarat aku dapat rasakan 1 syawal tu seperti diatas kapal dan aku masih kekalkan mentality tersebut selama 5 tahun didarat. Pemerhatian aku setiap kali ramadhan sahaja semua sudah sibuk hendak beli itu la..ini la..Belanja melebihi pendapatan dimana bagi mereka raya adalah hari gembira dan lupa hari duka selepas raya.
Memang tidak bagi aku dan secara jujur sepanjang 5 tahun didarat aku hanya ada 2 baju raya sahaja dan songkok tinggi sepanjang zaman.

Aku tidak bermaksudkan menyambut syawal itu adalah pekara yang tidak bagus, ini disebabkan aku sudah biasa dengan keadaan tersebut dimana telah diajar(sendiri) sewaktu berkhidmat di kapal dahulu. Teori yang menyatakan apabila kita sudah biasa apa yang kita buat dan untuk berubah akan mengambil masa lama.


Ini hanya pendapat aku sahaja berkenaan sambutan syawal diatas kapal. Anda Bagaimana?

Tuesday, 8 July 2014

Perubahan hidup laut ke darat (GAJI) Pengendalian Kewangan Pelaut

Coretan kehidupan aku,

Pada awal 2001 aku telah mula berlayar mencari pengalaman dimana gaji permulaan aku pada waktu itu adalah RM 1800 menjadi pegawai awasan injin. Paling banyak gaji yang pernah aku kerja didaratan pada waktu itu adalah hanya RM 800 sahaja. Agak terkejut dengan penambahan gaji yang banyak berbanding sebelum ini. Memang tidak disangkal pendapatan kerja berlayar sebenarnya adalah tertinggi dibandingkan dengan pekerjaan darat lain.

       Aku memulakan kerja aku sebagai 4th engineer dimana sekitar 1800-2400 gaji ketika itu yang mana selama 6-8 bulan masa dilaut. Sebenarnya bagi pelaut bujang seperti aku ketika itu ianya adalah sangat besar dan tidak tahu bagaimana hendak membelanjakan. Tidak heranlah setiap kali balik bercuti 3bulan aku mempunyai sekurang-kurangnya 10k didalam tangan untuk dibelanjakan. Waktu itu ayahku mempunyai kereta lama berwarna merah(toyota KE30) .Gaji pertama aku digunakan untuk membeli kereta iswara(A) terpakai untuk kegunaan ayah dan mak bagi menjemput aku setiap kali balik dari luar negara. Dalam pada masa yang sama membantu dan menaik taraf kehidupan keluarga.
Gambar diatas adalah kerja  pertama sebagai jurutera diatas kapal MCM yang aku agak paling mencabar sepanjang hidup aku dilaut. Pernah sekali aku di beritahu oleh senior diatas kapal dimana beliau menyatakan kita akan bekerja sampai peluh satu baldi ,untuk dibawa balik apabila cuti nanti.Bermaksud penat lelah sepanjang diatas kapal tersebut akan digunakan(duit) didarat nanti.

Dalam masa satu tahun bekerja disyarikat yang sama aku telah dinaikan pangkat sebagai jurutera ketiga dimana gaji aku mencapai RM 4000 pada 2003. Aku mula mengintai kereta idaman aku Land Rover Defender (Model Baru) untuk dijadikan isteri pertama aku. Setelah enam bulan berfikir panjang akhirnya aku mengambil keputusan yang sukar aku terima dan terpaksa memiliki kereta kelisa 1000cc . Ini disebabkan setelah aku berfikir panjang kerana kerja sebagai pelaut adalah seperti pekerja kontrak yang setiap 6 bulan perlu dihidupkan.Kerisauan setiap kali menunggu masa menaiki kapal adalah alasan utama aku mengambil keputusan tersebut. Dikira waktu itu aku tidak mahu mengambil risiko yang tinggi dimana waktu itu komitment aku hanya kereta iswara bulanan RM 350 dan kelisa RM500. Walaupun dihitung semula masih banyak lebihan  gaji ,tetapi aku berjanji pada diri sendiri untuk menabung bagi melanjutkan pelajaran.

    Pada hujung 2003 aku telah merubah arah ke syarikat lebih besar NSSPL dimana aku mencari pengalaman diluar daripada malaysia. Syarikat tesebut adalah syarikat entiti kerjaan singapore dimana mempunyai punca pendapatan yang tinggi. Aku mengambil keputusan berhijrah ke syarikat tersebut adalah kerana ingin mencuba pengalaman luar.
Aku ditawarkan dengan gaji RM 6000 sebulan dimana rupanya seperti sangat banyak untuk orang seperti aku yang baru 3 tahun pengalaman. Aku memasuki fasa baru dimana pekerjaan aku kali ini adalah sangat mencabar kerana aku adalah melayu (malaysia) pertama dilantik menjadi jurutera dikapal mereka. Mengikut apa yang diceritakan dimana short arrangnment diantara MISC dan NSSPL disebabkan ketidak puashatian berkenaan perniagaan dan 9/11. Kapal tersebut berdaftar sebagai pelayaran tanpa had dan itu jugalah kehendak yang perlu aku penuhi sebelum menyambung belajar. Jabatan Laut Malaysia menyatakan syarat dimana perlunya pelaut yang ingin memohon perakuan kekompetenan perlulah berkhidmat dikapal yang berdaftar pelayaran tanpa had.

Sekali lagi aku mengambil keputusan untuk menukar kereta iswara tua kepada waja baru khas untuk orang tuaku. Kegembiraan mereka terlihat dari raut wajah dan aku puas walaupun bayaran ansuran telah meningkat.
Setelah tiga tahun berkhidmat akhirnya aku mengambil keputusan untuk sambung belajar di ALAM (terengganu) dimana ianya memakan belanja RM 40000 sepanjang satu tahun didarat. Aku terpaksa mengikat kontrak dengan syarikat aku selama 3 tahun dimana selepas mendapat perakuan kekompetenan(COC) .Ini bagi memudahkan kehidupan sepanjang pembelajaran disana dan walupun jumlah yang diberikan hanya sedikit, tetapi ianya banyak membantu .Sebanyak  Rm 10000 diberikan kepada aku untuk membayar keperluan sepanjang pengajian.

Aku masih menggunakan kelisa sepanjang pembelajaran aku di kuala terengganu. Disitu aku diantara pelajar postgraduate yang paling miskin kerana mempunyai kereta malaysia berbanding dengan rakan-rakan lain yang harga keretanya melebihi harga sebuah banglo. Didalam hidup aku adalah bersederhana dan aku pekakan telinga dengan ejekan mereka kerana aku sahaja tahu kenapa aku memilih kelisa sebagai kereta ulangalik melaka -terengganu. Pengurusan kewangan disaat begitu adalah perlu bagi aku untuk memastikan sepanjang pembelajaran aku tidak diganggu dengan masalah remeh tersebut.


Pada 2006 selepas habis peperiksaaan akhir lisan aku mengambil keputusan untuk membeli Rumah teres corner lot . Walhal pada masa itu duit simpanan aku Hanya tinggal rm1000 sahaja dan tetapi sifat selamba aku menyebabkan aku ketepikan semua itu.
Pembelian rumah baru perlunya duit muka dan sebagainya .Bila difikirkan semula aku kekadang tidak tahu kenapa aku mengambil sifat terburu-buru. Pada fikiran aku waktu itu, aku mesti memiliki aset untuk hari tua!

Disebabkan keputusan tidak berfikir panjang akhirnya aku terperangkap sendiri dan pada masa yang sama aku terpaksa memohon berkhidmat semula dikapal secepat yang mungkin. Alhamdulilah selepas  sebulan menaiki kapal aku diberikan bonus sebanyak RM 25000 dan semua duit itu aku laburkan kepada rumah baru aku.
Disini kita dapat melihat bagaimana keputusan yang kurang bijak akan menyebabkan kesusahan walaupun boleh diselesaikan.

Selepas pulang berlayar dengan gaji mencapai RM 12000/bulan aku mengambil langkah drastik untuk membeli kereta jimat minyak(vios) . Pemilihan kereta dibuat berbulan lamanya dimana Honda City idsi adalah salah satu pilihan.Kereta kelisa kesayangan aku dijual bagi memudahkan aku menghadap bulanan ansuran. Kenapa aku memilih kereta jepun? kenapa tidak land rover kesayangan? sebab harga vios hanya 87k dan kereta paling jimat minyak pada waktu tersebut. Berbanding Land rover defender dimana harganya mencecah 280k dan kuasa 2.5 bersama dengan penggunaan minyak yang banyak. Bersederhana adalah cara kehidupan aku .

Bulan ke bulan sehingga tahun menjadi bertahun akhirnya aku dinaikkan pangkat dan seterusnya memiliki pendapatan hampir 20k sebulan. Tetapi sebagai manusia aku masih tidak puas dengan apa yang aku dapat. 

Aku mengambil keputusan untuk berhenti berlayar dan berkhidmat di jabatan kerajaan. Keputusan yang agak gila kerana perbezaan gaji yang sangat besar jurangnya. Contohnya 20k dan 2k sebulan? 
Aku teruskan perjalanan hidup selama 3 tahun untuk menyesuaikan diri di mana aku berkorban semua wang simpanan yang aku simpan bertahun bagi mengelakkan komitmen yang besar menyebabkan kesusahan .
Alhamdulilah akhirnya aku dapat menyesuaikan diri walaupun mengambil masa yang lama dan berkorban segalanya. Syukur mereka disekeliling aku faham pahit jertih menghadapi kesusahan sepanjang perjalanan kehidupan didarat.Sehingga hari ini impak gaji masih mempengaruhi aku dan keluarga kerana komitment berterusan yang masih lagi aku kekalkan.

   Aku percaya dimana pengurusan kewangan adalah amat penting bagi seseorang. Semua yang aku nyatakan diatas adalah bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk dan tetapi lebih kepada pengajaran kepada pembaca. Tanpa penggurusan yang baik , walaupun mempunyai aset yang banyak ianya buka sifat yang kekal dan akan menyebabkan kita hanyut tanpa berfikir.




Saturday, 5 July 2014

Greaak2 Menjadi Pelakon Utama( Mongolia)

Mylandy Malaysia.
Greaak2 telah terpilih menjadi pelakun filem yang aku tidak pernah jangkakan. Aku telah disapa oleh pencari bakat baru land rover oleh seorang pemuda daripada KL. Tempat berjumpa telah ditetapkan di sekitar kawasan klang bagi membincangkan keperluan untuk sewaan landy ini.

Setelah bertemu , secara jujurnya greaak2 terus dipilih oleh agent pelakun tersebut dimana tanpa perlunya ditemuduga. Beliau terus membincangkan dan menerangkan keperluan lakonan pada hari yang ditetapkan. Agak pelik kerana beliau tidak memandu secara langsung kenderaan tersebut dan secara terus beliau menunjukan tanda setuju menyewa untuk setengah hari penggambaran.
         Pada hari Rabu 02/07/2014 pada jam 5 pagi greaak2 harus berada di set pengambaran disekitar Pulau Indah. Ironicnya greaak2 ditemani oleh rakan mylandymalaysia iaitu en Apai , untuk menjaga dan menemani sepanjang seharian di set tersebut.Kredit perlu diberikan kepada beliau yang mengambil gambar sepanjang hari.


Difahamkan oleh agen tersebut, no pendaftaran kenderaan terpaksa ditukar kerana ianya mengambil mood tempat dataran di kawasan Mongolia.Banyak kenderaan yang disewa bagi menjayakan filem pendek untuk kegunaan syarikat insurance .


Boleh dilihat gambaran jelas pelakon yang memegang watak sebagai pasangan yang mengembara di mongolia .Watak yang dilakonkan menunjukan bagaimana perjalanan sepasang suami isteri yang sudah berpencen mengembara seperti perancangan .



Gambaran di set pengambaraan yang menggunakan ramai crew mengikut scene yang dicadangkan sebelum ini. Aku agak hormat kepada rakan club mylandymalaysia apai kerana kesungguhan dia menemani greaak2 (BULAN PUASA) pada tengah-tengah panas bersama dengan dugaan milo ais yang bersinar seperti memanggil2 datang untuk berkenalan (Dari kisah benar apai). Kerisauan beliau dengan keadaan control panel landy tersebut yang telah totally kaput lagi menambah risau sepanjang hari.
Itu lah dikatakan kegagahan landy yang tidak boleh disangkal lagi oleh mereka yang pernah memandu "lori'" ini.
Sehingga hari tersebut masalah greaak2 yang tidak dapat aku selesaikan kerana kesibukan aku untuk 2-3 semester ini adalah:
   1. Radiator bocor(Hilang air)
   2. Battery (Flat)
   3. Clutch
   4. Losses Lub Oil
   5. Annex6 (Asap hitam)
Banyak lagi la kalau nak senaraikan didalam ini. Sampaikan Apai menyatakan perlunya senarai kerosakan bagi rujukan untuk esok? hahaaaa
Dah aku katakan kereta "Lori" ini kuat, tahan dan gagah ...




Agak berbangga dengan greaak2 kerana kenderaan yang berusia 29tahun masih lagi laku untuk dijadikan watak utama filem tersebut. 1986 adalah tarikh "lori" ini dilahirkan dimana cik Greaak2 ini ditugaskan membawa wanita yang memakai skirt masuk ke tempat pendalaman untuk menjalankan tugas-tugas kesihatan.
Nurses yang cantik aku boleh katakan pernah menyanjung tinggi kegagahan greaak2 sewaktu melalui bukit bukau, tanah selut untuk membantu mereka dikawasan pendalaman. Disitu kita boleh lihat bagaimana sumbangan yang besar secara tidak langsung diberikan. Kepada pemilik Landy rasanya tidak perlu mengeluh kerana minat kita hanya kita sahaja yang tahu. 



Sorotan videoLINK http://youtu.be/ith9drOG_VQ

       Pernah aku bertanya kepada produser pengambaran tersebut mengapa memilih  kereta aku? Dengan mudah beliau menjawap.. (WARNA) . Jika dilihat kembali banyak lagi kereta yang sesuai untuk digunakan bagi perfileman tersebut, Setelah dirisik rupa-rupanya beliau telah mendekati banyak owner yang mempunyai "lori" seperti aku dan akhirnya menemui jalan buntu.
Beliau menyatakan sangat mudah berurusan dengan greaak2 berbanding owner kereta yang lain yang hanya melepaskan batuk ditangga setiap kali berurusan.
     Terus terang aku katakan Greaak2 mempunyai perjalanan yang masih jauh dari segi tahap kesihatan, kekemasan dalaman bagi merialsasikan niat aku semenjak hari pertama aku memilikinya. Kali pertamanya banyak halangan daripada dalam dan luar yang membangkang sekeras-kerasnya minatku.
Land Rover defender adalah impian aku  semenjak dibangku sekolah lagi dan selepas habis sekolah aku telah mula mengumpul sumber untuk memilikinya. Tetapi gagal banyak kali kerana aku lebih kepada mengejar kerjaya daripada besi "lori" ini. Bagaimanapun "Lori " ini lah yang aku tanam niat di hati untuk memiliki satu hari dan selepas 15tahun menyimpan niat akhirnya aku memiliki secara sahnya.
      Alhamdulilah walaupun greaak2 masih belum sempurna , bagiku cukup sempurna hidupku setiap kali buka pintu rumah dan dapat lihat kelibat greaak2 di depan mata. Memang aku terus terang katakan, walaupun aku mempunyai kereta jepun yang lagi selesa dan aura yang diberikan oleh greaak2 tidak boleh disangkal diketepikan sepenuhnya. Aku akan pilih LAND ROVER greaak2 jika diberikan banyak pilihan.

Link video selepas diiklankan 
http://youtu.be/mzUNM7FFv_A

Hari pelaut 2014

Hari pelaut 2014

Jika aku masih dilaut pada ketika ini dan sudah pasti aku masih bekerja lagi disaat ini. Seperti pepatah pelaut 'selagi kaki diatas besi kapal.. Selagi itu kita kena kerja' 
Moto tu yang digunakan oleh pelaut-pelaut malaysia di sekitar awal 20" ..
Aku agak bangga kerana terpilih menjadi pelaut. Pada asalnya aku mula diperkenalkan dengan seorang pelaut dimana beliau adalah pekerja syarikat gergasi malaysia. Dari segi penilaian aku ketika itu(tingkatan 1) aku menjangkakan pelaut mempunyai kehidupan yang sempurna.
Dengan sebab itu , aku mengumpul semangat untuk menjadi seperti pelaut tersebut . Bila ditanya orang kenapa hendak jadi pelaut? Aku menjawab "sebab suka Welding " . Selepas daripada itu aku cuba memohon memasuki sekolah vokasional Muar dimana kefahaman aku waktu itu adalah sekolah kemahiran Welding . Malangnya aku ditawarkan kursus yang berlainan dimana bidang Electrik . 
Aku teruskan juga pelajaran aku sehingga tamat SPMV dimana aku sekadar dapat pangkat satu sahaja. 
Aku tidak putus asa.. Terus memohon untuk memasuki universiti .. Tetapi aku percaya nasib tidak menyebelahi aku. 
Aku menanamkan semangat untuk terus mendapatkan tempat di ipta. Aku bekerja sebagai wireman di satu tempat kejuruteraan Electrik . Dalam pada masa yang sama aku memohon semula di UPU dan bekerja bagi meneruskan hidup.

Aku teruskan kerja ku sebagai pekerja biasa dan menghadapinya hampir satu tahun dan dua tempat kerja yang berlainan negeri. Genap satu tahun selepas itu aku ditawarkan untuk kursus yang aku pohon dimana 3 universiti, itm dan politeknik. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke politeknik kerana kursus yang ditawarkan adalah Kejuruteraan perkapalan dan ianya seperti perancangan aku.


      1999 adalah tahun aku mula-mula melangkah kaki ke  alam perkapalan dimana kursus yang ditawarkan adalah 4 tahun.Mula-mula aku agak terkejut kerana Diploma biasa sepatutnya 3tahun akan tetapi Diploma Kejuruteraan Perkapalan mengambil masa 4tahun. Disebabkan minat yang mendalam aku turutkan juga dan alhamdulilah ibu bapa menyokong keputusan aku.


     Pengalaman semester satu adalah hebat aku katakan kerana sebagai pelajar junior perlulah mengenali senior cara terhormat. Pernah pumping selama satu juta? pernah makan nasi kepak? pernah demam? itulah harga yang perlu dibayar bagi menjadi seorang pelaut terbilang..hahahahaaa
Sepanjang belajar banyak pahit manis pengalaman yang tidak boleh dibayangkan bagi manusia biasa. kenapa? cuba masuk ke PUO !


Pelaut..aku ditakdirkan menjadi pelaut malaysia dan agak gembira dengan keputusan itu aku dihantar pergi menjalani latihan kapal selama setahun di luar negara.


 Pengalaman bersama rakan sekelas adalah pekara yang tidak dapat aku lupakan sepanjang berada diatas kapal tersebut. Kapal MT Bunga Siantan adalah kapal yang paling seronok aku rasakan kerana kapal itu tiada jadual perjalanan. Bermaksud sepanjang 1 tahun aku berada disana , negara yang aku telah lawati adalah Singapore, Vietnam ,Holland , Mesir, Turky , Ukraine, Saudi Arabian, Findland dan banyak lagi yang tidak teringat. Teori selagi ada diatas kapal, selagi itu aku perlu bekerja adalah memang betul . The best part apabila dapat menunaikan umrah!

Disebabkan minat yang mendalam tentang perkapalan aku turutkan perasan
Tersebut dan mencuba mengapai puncak adalah agak sukar.

Kalau hendak lihat lagi terperinci kapal yang pernah aku naiki sepanjang menimba pengalaman  https://www.linkedin.com/pub/hazrool-rizal-abdul-rahim/48/81b/99
Sewaktu membuat kerja pemeriksaan diruang kotak Injin.

Bersama-sama rakan sekerja yang berlatar belakang dari banyak negara.
Hampir 10 tahun berkhidmat di laut . Aku mengambil keputusan untuk berkhidmat dengan agensi ber wajib dimana sedikit sebanyak aku boleh membantu pelaut malaysia.
Pernah aku ditanya "hazrool Rizal ! Ko dah kenapa berhenti kapal dengan gaji yang dah besar tu"x rasa rugi ke?" aku dengan selamba menjawab .. Aku sayangkan pelaut! Sebab tu aku berhenti ! 
Aku pernah dimarah, dibenci, dicaci ketika berkhidmat diatas kapal. Ini hanya kerana aku berlainan negara dan kecil sahaja bilangan pelaut dari tanah tumpahku. Terus terang aku katakan, aku masih mampu bertahan sehingga 7-9bulan diatas kapal walaupun diasak sedemikian . Aku kekadang seperti hendak berenang pulang setiap kali kapal melalui selat Melaka . Kamu boleh berlayar dimana hanya kamu seorang malaysia dan muslim? Berani?

Aku anggapkan itu adalah cabaran yang sukar dan sikit sebanyak aku dapat belajar erti berdirikari.

Apa sumbangan pelaut?

Agak gembira apabila setiap tahun IMO menetapkan 25jun adalah untuk hari pelaut .. Terus terang aku katakan.. Aku bangga menjadi pelaut  dan insyallah jika diberikan peluang sekali lagi. Aku akan jejakkan kaki diatas besi kapal.

Kepada rakan-rakan pelaut sekalian .. Anda harus bangga menjadi pelaut, kerana sumbangan anda tiada tolok bandingnya.

Luv u mariner

Hazrool