Saturday, 5 July 2014

Hari pelaut 2014

Hari pelaut 2014

Jika aku masih dilaut pada ketika ini dan sudah pasti aku masih bekerja lagi disaat ini. Seperti pepatah pelaut 'selagi kaki diatas besi kapal.. Selagi itu kita kena kerja' 
Moto tu yang digunakan oleh pelaut-pelaut malaysia di sekitar awal 20" ..
Aku agak bangga kerana terpilih menjadi pelaut. Pada asalnya aku mula diperkenalkan dengan seorang pelaut dimana beliau adalah pekerja syarikat gergasi malaysia. Dari segi penilaian aku ketika itu(tingkatan 1) aku menjangkakan pelaut mempunyai kehidupan yang sempurna.
Dengan sebab itu , aku mengumpul semangat untuk menjadi seperti pelaut tersebut . Bila ditanya orang kenapa hendak jadi pelaut? Aku menjawab "sebab suka Welding " . Selepas daripada itu aku cuba memohon memasuki sekolah vokasional Muar dimana kefahaman aku waktu itu adalah sekolah kemahiran Welding . Malangnya aku ditawarkan kursus yang berlainan dimana bidang Electrik . 
Aku teruskan juga pelajaran aku sehingga tamat SPMV dimana aku sekadar dapat pangkat satu sahaja. 
Aku tidak putus asa.. Terus memohon untuk memasuki universiti .. Tetapi aku percaya nasib tidak menyebelahi aku. 
Aku menanamkan semangat untuk terus mendapatkan tempat di ipta. Aku bekerja sebagai wireman di satu tempat kejuruteraan Electrik . Dalam pada masa yang sama aku memohon semula di UPU dan bekerja bagi meneruskan hidup.

Aku teruskan kerja ku sebagai pekerja biasa dan menghadapinya hampir satu tahun dan dua tempat kerja yang berlainan negeri. Genap satu tahun selepas itu aku ditawarkan untuk kursus yang aku pohon dimana 3 universiti, itm dan politeknik. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke politeknik kerana kursus yang ditawarkan adalah Kejuruteraan perkapalan dan ianya seperti perancangan aku.


      1999 adalah tahun aku mula-mula melangkah kaki ke  alam perkapalan dimana kursus yang ditawarkan adalah 4 tahun.Mula-mula aku agak terkejut kerana Diploma biasa sepatutnya 3tahun akan tetapi Diploma Kejuruteraan Perkapalan mengambil masa 4tahun. Disebabkan minat yang mendalam aku turutkan juga dan alhamdulilah ibu bapa menyokong keputusan aku.


     Pengalaman semester satu adalah hebat aku katakan kerana sebagai pelajar junior perlulah mengenali senior cara terhormat. Pernah pumping selama satu juta? pernah makan nasi kepak? pernah demam? itulah harga yang perlu dibayar bagi menjadi seorang pelaut terbilang..hahahahaaa
Sepanjang belajar banyak pahit manis pengalaman yang tidak boleh dibayangkan bagi manusia biasa. kenapa? cuba masuk ke PUO !


Pelaut..aku ditakdirkan menjadi pelaut malaysia dan agak gembira dengan keputusan itu aku dihantar pergi menjalani latihan kapal selama setahun di luar negara.


 Pengalaman bersama rakan sekelas adalah pekara yang tidak dapat aku lupakan sepanjang berada diatas kapal tersebut. Kapal MT Bunga Siantan adalah kapal yang paling seronok aku rasakan kerana kapal itu tiada jadual perjalanan. Bermaksud sepanjang 1 tahun aku berada disana , negara yang aku telah lawati adalah Singapore, Vietnam ,Holland , Mesir, Turky , Ukraine, Saudi Arabian, Findland dan banyak lagi yang tidak teringat. Teori selagi ada diatas kapal, selagi itu aku perlu bekerja adalah memang betul . The best part apabila dapat menunaikan umrah!

Disebabkan minat yang mendalam tentang perkapalan aku turutkan perasan
Tersebut dan mencuba mengapai puncak adalah agak sukar.

Kalau hendak lihat lagi terperinci kapal yang pernah aku naiki sepanjang menimba pengalaman  https://www.linkedin.com/pub/hazrool-rizal-abdul-rahim/48/81b/99
Sewaktu membuat kerja pemeriksaan diruang kotak Injin.

Bersama-sama rakan sekerja yang berlatar belakang dari banyak negara.
Hampir 10 tahun berkhidmat di laut . Aku mengambil keputusan untuk berkhidmat dengan agensi ber wajib dimana sedikit sebanyak aku boleh membantu pelaut malaysia.
Pernah aku ditanya "hazrool Rizal ! Ko dah kenapa berhenti kapal dengan gaji yang dah besar tu"x rasa rugi ke?" aku dengan selamba menjawab .. Aku sayangkan pelaut! Sebab tu aku berhenti ! 
Aku pernah dimarah, dibenci, dicaci ketika berkhidmat diatas kapal. Ini hanya kerana aku berlainan negara dan kecil sahaja bilangan pelaut dari tanah tumpahku. Terus terang aku katakan, aku masih mampu bertahan sehingga 7-9bulan diatas kapal walaupun diasak sedemikian . Aku kekadang seperti hendak berenang pulang setiap kali kapal melalui selat Melaka . Kamu boleh berlayar dimana hanya kamu seorang malaysia dan muslim? Berani?

Aku anggapkan itu adalah cabaran yang sukar dan sikit sebanyak aku dapat belajar erti berdirikari.

Apa sumbangan pelaut?

Agak gembira apabila setiap tahun IMO menetapkan 25jun adalah untuk hari pelaut .. Terus terang aku katakan.. Aku bangga menjadi pelaut  dan insyallah jika diberikan peluang sekali lagi. Aku akan jejakkan kaki diatas besi kapal.

Kepada rakan-rakan pelaut sekalian .. Anda harus bangga menjadi pelaut, kerana sumbangan anda tiada tolok bandingnya.

Luv u mariner

Hazrool 

No comments: