Cerita feb 2013 trip ke Bukit melawati , kuala selangor.
Kisahnya cuti tahun baru cina , semua hendak berehat dirumah menonton rancangan yang disediakan di televisen. Keputusan untuk ke kuala selangor adalah pekara yang mengejut dan tidak dirancangan Kerana ayahnda Abdul Rahim B Saiman dan ibunda Rosniah binti Hanan mengadu kekurangan bekalan kelapa menjadi permasalahan besar.
Aku pernah memandu melalui Jalan ke kuala selangor dan mengetahui Ada sesetengah tempat menjual kelapa dengan kuantiti yang banyak .
Keputusan hendak berjalan-jalan ke kuala Selangor adalah mengejut dan aku dengan secepat yang mungkin menyediakan plan tindakan sebelum bergerak ke sana.
Macam biasa pagi-pagi semua dikerah bangu dan menyediakan makanan untuk dibawa berkelah di nun diatas bukit .
Setelah semua persediaan telah dibuat, jam 10pagi kami semua bertolak ke kuala Selangor menggunakan laluan ke kapar dan seterusnya ke Manjung.
Di dalam perjalanan , aku ditugaskan oleh ibunda untuk memastikan berhenti bila diperlukan.. Seperti biasa kesiapsediaan aku kenalah dalam keadaan 100% kerana hendak memberhentikan kenderaan apabila nampak penjual kelapa.. Aduiiiii .. Tekanan juga dibuatnya.
Setibanya di Bukit Melawati , Kuala Selangor ,aku difahamkan oleh penjaga pintu masuk , hari minggu tidak dibenarkan kenderaan naik sampai keatas dan terpaksa la kami sekeluarga menaiki keretapi x berapa keluar api tu.
Setiba di atas bukit tersebut, ramai pengunjung yang menjerit-jerit dan melompat kesana kemari dan aku menyangkakan ada serangan histeria. Tetapi bila diamati betul-betul kebanyakan yang menjerit adalah golongan hawa dan ini kerana kebanyakan monyet-monyet terlalu mesra sehinggakan cuba merampas makanan daripada pengunjung yang hadir.
Biasalah kami mengambil tempat untuk berehat-rehat dan menikmati makan yang dibawa daripada rumah . Agak takut juga untuk makan dimana kawasan yang kami duduki dikelilingi monyet yang sentiasa mengintai makanan yang kami bawa. Untuk permulaan kami terpaksa makan bergilir-gilir bagi mengelakkan ganguan monyet ini.
Sementara menunggu giliran untuk makan, aku dan Nur Ermi Farihin Binti Mohd Fahmi terpaksa la bermain dengan monyet bagi mengubah pandangan mereka terhadap keluarga aku yang sedang makan.
Selepas penat melayan monyet bakem ni , giliran ayanda Abdul Rahim B Saiman .
No comments:
Post a Comment