Tuesday, 31 March 2020

CABARAN PELAUT COV-19




Assalmualikum dan Salam sejahtera 

Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak di negara Malaysia pada 25 Januari 2020.Sehingga 28 Mac 2020, terdapat 2,320 kes yang disahkan.Berikutan peningkatan kes pada bulan Mac, Yang di-Pertuan Agong telah menyatakan kebimbangan baginda terhadap kes positif yang mendadak.Langkah selanjutnya kemudiannya diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk mengatasi penyebaran virus ini di dalam negara melalui siaran langsung pada 13 Mac 2020.
Dengan penyebaran virus di semua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia sehingga 16 Mac, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan untuk melaksanakan perintah berkurung  (dikenali sebagai Perintah Kawalan Pergerakan) dari 18 Mac hingga 14 April 2020 untuk mengekang pertambahan kes positif dalam negara.

Statistik Malaysia hari ini bagi wabak COV 19 ini adalah 2626 orang dan jumlah kematian keseluruhan 37 orang . Jika hendak dibandingkan kepada itali ketika ini jumlah kes sebanyak 97689 dan sebanyak 10781 kematian .Di itali dimana pesakit dipilih untuk diberikan rawatan walaupun seperti sedia maklum negara tersebut antara yang terbaik didalam bidang kesihatan.


IMO dalam hal ini telah memaklumkan beberapa mesyuarat utama perlu ditangguhkan 


Bagaimana pandangan dan perlaksanaan dimalaysia?

Jabatan Laut Malaysia(JLM)  telah mengeluarkan notis dilaman sesawang melalui NPM 02 & 03/2020 dimana dinyatakan secara terperinci berkenaan dengan pelaut dan kapal. Bila dibuat semakkan mendapati secara proaktif JLM telah mengeluarkan arahan selari dengan arahan Perdana Menteri Malaysia bagi menangani wabak COV19.

Kefahaman saya dimana pelaut ini boleh diturunkan daripada kapal jika terdapat penyakit COV19 atau penyakit kecemasan lain yang memerlukan bantuan perubatan. Beberapa hari ini terdapat banyak rintihan pelaut yang rata-rata inginkan JLM membuka peluang untuk pelaut on/off seperti biasa.

Bila kita lihat didalam perlaksanan didarat semperna arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana konsepnya adalah untuk memutuskan rangkaian COV19 ini . Pada hari ini pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memperketatkan secara drastik bagi mengawal pegerakan umat manusia di malaysia.

Kita faham dimana Vaksin bagi mengubat penyakit COV19 ini dijangka siap dipasaran pada awal tahun hadapan . Bagi sementara ini ,ubat yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah menggunakan konsep memeutuskan rangkaian ini dengan perlaksanan PKP. Didalam hal ini bagi pesakit yang kuat imun badan akan survival. Sebab itu bila dilihat statistik yang dikeluarkan KKM kebanyakan pesakit yang meninggal adalah lebih daripada 60 tahun dan mempunyai sakit kronik lain.


Berbalik kepada isu pelaut kita. kenapa tidak boleh signing off dan signing on? adakah kerajaan kita tidak perhatin ? Pandangan saya adalah secara khususnya pelaut malaysia tidak pernah dipinggirkan . Bukan sahaja PKP ini menyebabkan impak ini terasa kepada pelaut sahaja , ia juga terkena kepada semua rakyat malaysia yang bekerja didarat . 

Sebagai contoh 
Pakcik piah : Kontrak berada dikapal telah tamat pada 30 Mac 2020 dan disebabkan PKP ini beliau tidak boleh pulang seperti biasa .Syarikat terpaksa membatalkan penukaran pelaut ini selari dengan arahan kerajaan bagi membendung COV19 ini. Kontrak baru sahaja masuk 3 bulan dan adakah dengan arahan PKP ini memerlukan pemanjangan kontrak  dilakukan ? Berbaloi kah kita duduk 6bulan - 9bulan kontrak diatas kapal bagi pemanjangan PKP ini sepertimana waktu dahulu berlayar yang mana kontrak diatas kapal lebih daripada 6 bulan dan pernah sampai kepada 12 bulan kerana tidak boleh signning off.

En kiah: Sudah 3 bulan off dan kebiasaan on/off mengikut kapal yang sama dan pengiliran tersebut tidak dapat dilakukan kerana PKP ini. Adakah beliau tidak layak mendapat bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan ? bagaimana nasib beliau bagi pemanjangan PKP ini .

Itu adalah salah satu contoh yang saya rasakan menjadi isu pelaut pada ketika ini . Pandangan saya adalah 

1. Pertama kes pakcik piah , disebabkan hal ini berkemungkinan kita kena bantu kerajaan dimana memanjangkan tempoh tersebut buat masa tertentu . Saya faham ,setiap kita mempunyai masalah sendiri yang saya sebagai penulis pun pernah mengalami benda ini waktu ketika dahulu . Secara keseluruhan berkemungkinan kita boleh sama membantu untuk memutuskan rangkaian COV19 ini secara tidak langsung . Jika kita pulang membawa penyakit tersebut , tanpa sedar dan pada masa sama keluarga kita juga yang akan menderma penyakit disekeliling ahli keluarga kita dan mungkin orang lain juga. Di darat jika pesakit tersebut didapati mempunyai penyakit +cov19 ini dia akan diasingkan dan tidak boleh berjumpa dengan ahli keluarga  jika dilihat pada kes senario teruk , sehinggakan keliang lahat juga tiada ahli keluarga bersama dan ini adalah fact yang terjadi sekarang ini didarat .

2. Kes En Kiah , tiada punca kewangan untuk kelangsungan hidup, dan saya percaya kesan arahan PKP ini bukan hanya pelaut sahaja terkena , Makcik jual goreng pisang , peniaga kecil, kerja sendiri dll.Saya percaya jika kita berlayar dahulu pasti mempunyai sedikit simpanan bagi kes-kes kecemasan begini . Jika tidak seperti pakage rangsangan yang diumumkan PM menyatakan "No on Left behind " dan kita perlu proaktif untuk mendapatkan maklumat lebih berkenaan bantuan oleh kerajaan. 


Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan satu keluarga yang mana pendapatanya bergantung hanya mengoreng dan menjual pishang? bagaimana untuk menyara keluarga ? ketika ini sudah genap 14 hari PKP ini dilaksanakan? 

Capaian video pengumuman PM https://youtu.be/SlQ1lk2pdl8

Pandangan saya jika pemanjangan PKP ini sehingga 2-6 bulan dimana pertimbangan pekara ini perlu dilaksanakan untuk membantu pelaut :

1. Perlu dipermudahkan signing off /on dimana-mana port di malaysia 
2. Jika hendak on/off perlu dan wajib kuarintin selama 14 hari dilaksanakan oleh pihak syarikat 
3. Perlu mempunyai maklumat kesihatan dan bebas COv19 sebelum lapor diri on/off
4. Insuran perlu diberikan kepada pelaut ini bagi kes ini 

Pada keadaan sekarang kita tak perlu menyalahkan satu sama lain dan ianya tidak akan menyelesaikan masalah jika ianya berterusan. Setiap orang mempunyai masalah sendiri dan mari kita saling memahami dan bantu membantu disaat negara kita dilanda krisis yang berat ini bersama.

Secara keseluruhan itu adalah pandangan saya dan sebagai pemerhati tentang wabak COV 19 ini dan percaya setiap kita mempunyai pandangan masing-masing . Bagi hal ini kita mohon semua pelaut kita tabah untuk menghadapi dan peperangan menangani wabak COV19 bersama .

Berikut adalah link video yang mana penyakit ini dan dan kesan untuk kita nilai 
https://youtu.be/y39Y6ANewME   Keadaan di wad COV19 
https://youtu.be/ZVbhAgRSCic     Bagaimana jika terkena +COV19
https://www.facebook.com/groups/jalankebun/permalink/2597030183844048/  sedih?


Hanya pandangan daripada bekas pelaut dan tiada kena mengena dengan mana-mana .




Sumber :
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan
https://www.ecdc.europa.eu/en/geographical-distribution-2019-ncov-cases
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandemik_COVID-19_di_Malaysia
http://www.marine.gov.my/jlmv4/ms/notis/perkapalan




No comments: