Monday, 9 January 2012

London 07012012

Hari kedua aku di london dan selepas jam 4ptg aku bermesyuarat dengan deligasi malaysia untuk mesyuarat EEDI aku ambil keputusan akan keluar berjalan-jalan sekitar kawasan paddington..
Aku tidak rasa hendak jalan jauh-jauh sebab ada baiknya melihat kawasan sekitar sebelum ke kawasan lagi jauh...hanya berjalan kaki aku dan syarul meneroka setiap inci paddington ni dan terlalu besar kawasan jajahan ni. Kalu boleh dilihat digambar aku ingin menyewa basikal untuk berjalan disekitar dan disebabkan tiada syiling aku batalkan niat aku..
Bot spt dlm gambar adalah dijadikan rumah untuk mereka yang suka mempunyai kehidupan seperti orang air,lihatlah memang moden betul bot air dia dan sedikit sebanyak menjadikan rumah mereka menginap dan ini kerana pasaran harga rumah di kawasan ini lebih daripada 5ratus ribu pound se unit.
Oxford circus dimana station underground untuk menghubungi Oxfort street dimana terkenal dengan dunia membelibelah...nasib baik isteri x ikut,kalu tidak habislah sisuami kn?

Sunday, 8 January 2012

London Trip 1day

Salam...macam biasa aku baru je sampai di london untuk menghadiri mesyuarat IMO selama 2minggu. Ini adalah 1st time aku smpai di kotaraya london dan memang jarang-jarang sekali dapt peluang untuk sampai kesini.Alhamdulilah aku diberi kepercayaan untuk mewakili jabatan laut malaysia untuk menyertai working group untuk EEDI dan SLF.
Perjalanan flight dari KUL HTR mengambil masa 13jam dan biasalah aku dpt duduk di kerusi ekonomi class sampaikan kematu punggung ni. Sepanjang perjalanan sungguh susah utk tido sehinggakan movie jadi peneman sepanjang perjalanan. Serius aku katakan nak tido di kerusi yang sempit tu...memang tidak selesa langsung.
Sesampai di HTR airport aku dan sharul dijemput oleh pemandu van yang telah aku tempah dari mlys lagi dan sedikit sebanyak memudahkan pengangkutan kami ke hotel. Dari airport perjalanan mengambil masa hampir 1jam sebab driver yang hantar kami sesat ...heheheheeee...selepas sampai bilik sahaja..terkejut aku thk bilik yang kecil ni...sangkaan aku harga semalam hotel RM400 yang dibayar oleh jabatan tidak berbaloi...rasa macam di mlys duduk di hotel budget rm60 semalam..tapi tidak apa aku bersukur kerana diberi peluang untuk mendedahkan diri dengan IMO ni.. Malam tu juga capt halim telah datang ke hotel kami dan kami berbual sambil makan di MARA hall.. Mahal makanan dia dan untuk nasi goreng kampung harganya sehingga 6pound...terpaksa la...lepas habis makan kami berbual sehingga jam 10 mlm...masa tu mata kami berdua memang tidak larat sebab nya lebih dari 24jam tidak tido...urmmmm bila letak je kepala...lelap terus sehingga jam 2pagi waktu tempatan....kenapa 2pg bangun ?Sebab di malaysia waktu itu tghari....jadi timing mata ni sudah berlainan....

Monday, 21 November 2011

FOLDING TERN

Hai


Hampir sekian lama saya tidak menulis didalam blog ini.
Ada pekara baru yang saya nak kongsikan kepada semua..
Cuba fikir-fikirkan k

FOLDING TERN

Salam,
tatap  dulu puas-puas yek..bukan senang nk dapat ini basikal..

Hampir sekian lama aku tidak menulis tentang basikal kan? hahaaaa..Tiba-tiba rasa macam nak cerita tentang basikal baru ku ni..agak simple dan sangat cute.
Untuk perhatian kepada rakan-rakan rasanya folding basikal ni sudah lama boooommmm...cuma saya rasa nak cuba jadi urban man ni...basikal yang akan bakal saya namakan nanti yang akan diumumkan kemudian bukan hanya sekadar basikal biasa..Kalu mereka yang pandai menilai sesuatu benda tu..pasti die rasa berharga..macam saya la..hahahahahaaaaa

Untuk pengetahuan rakan-rakan:
Basikal ini ringan jer cuma 12.1Kg
Tayar 20"
Model Tern Link D8

Jenama ni sebenarnya tidak asing lagi untuk basikal folding ni..selain Dalon syarikat Tern ni adalah anak syarikat Dalon USA.. Tidak hiranla design, spec, color hampir-hampir serupa....nama model pun sama..

Tuesday, 10 May 2011

Sambungan jamboriee

Hahahahaaa..sik letak gambar sikal jer kn? kite sambung lik cite nk masuk check point 2..pas check ponit 1 ,pas puas makan pisang n minum satu botol mineral wtr..lega beb..ras bile dah settle 1checkpoint, macam rasa dah bis dah race ri tu..tapi meleset r..aku layan pas tu naik bukit turun bkit..memang letih tul bile jumpe bukit yg sampai 60 deg incline ni..sesetengah racer dgn selamba kayuh naik..maintance jer x penat..aku? pas naik kit 2-3 kali..abis pancit..so terpaksa r sorong basikal tu..memang penat tul..checkpoint kedua aku sampai kt kmpg pe tah..lupe nama die..bagusnya waktu tu urusetia bagi semangat diorg ckp pe? DAH NK DKAT je...ngan semangat aku sental kayuh bukit mcm si expert kayuh ...time tu memng x ingat..yg aku ingat dh nak smpai....TUlaaaa aku ni langit x selalu cerah kn..rupenyanya masih jauh lagi..dengan aku pun x tau ape nama tempat tu..rasa mcm tul2 weak r.
Aku layan jer kayuh smpai aku rasa x penat...yang aku x tahan sampai bukit di kawasan bemban melaka..tiba2 aku nye kaki rasa mcm kejang? peh...tuhan jer tahu rasanya mcm ner..mamat ni siap cakap hang layan jer kayuh..set dalam kepala x de pe2..tu yang aku cube practickn kayuh tampa henti. Disebabkan aku terus belagak kayuh tanpe henti, tengah daki bukit 60deg incline..tibe2 kaki ni jem(Kejang) ..pe lagi terus tergolek aku kat treck lumbe tu...ngn secepat mungkin aku tarik polygon aku dari track race tu..takut menghalang peseta lain nk lenjan..Boleh kn bayangkan  macam mana rasanya bile kejang kedua-dua kaki? memang perit..
      Medic!!!medic!!! heheheheee...jerit dalam hati jer..Aku bersyukur ada mamat dari team UITM  @UTM club sikal ni..siap bertanya kabar?aku ulang yek ape die tanya...( SAL BANG? BOCOR KER BASIKAL? aku pun dengan selamba ckp kaki ni kejang dan tampa segan silu mamat baik hati ni dermakan ubat cream kat aku dan die sebut ape?...HANG SIMPAN JER UBAT TU YEK...) aku syukur sgt2 sebab de org sudi tolong aku time tu...memng terbaik r mamat2 sikal nun...Thank god ..aku nyer sikal x bocor..kalu bocor cam maner tah aku nk buat.
     apa lagi aku gagahkan abiskan semua checkpont dan untuk habiskan 7KM lagi tu rasa macam nak pengsan..letih sesangat...tu lah KM terakhir yang buatkan kaki aku kream tahap dewa2..aku layankan kayuh jer time tu smpai garisan penamat..best..

Thursday, 5 May 2011

BCMC kampung Jamborie

Ni basikal aku... 1st time nak masuk ikut semua peserta ke dalam hutan..hahahahaaa..boleh ke atau tidak..?...
Nak citer cikit tentang cm ner pengalaman aku kali pertama masuk lawan naik basikal.
Pagi2..memang paling ramai aku katakan..hampir 1000 orang menyertai kampung Jamboriee ni..hadiah n cabutan bertuah boleh tahan gak..aku layan jer masuk pertandingan ni, walhal x de pengalaman langsung naik2 basikal ni.Seperti masa yang ditunggu-tunggu, tepat jam 8 setengah pagi semua peserta dan aku sekali dilepaskan..mula-mula memang ramai betul,berhimpit-himpit bro nk dapat jalan dulu punya pasal...maklumlah starting lagi aku duk barisan belakang, bkn apa...sebab ni 1st time naik basikal ni join diorg.
 Semuanya ada 4 Checkpoint and setiap Checkpoint ada lebih kurang 10KM.. semua total 45KM, cam ner?jauh x?biasalah nk test drive aku nyer stamina leh atau tidak..OOOpppsss lupa nk bagi tau,pagi2 sebelum nk start aku bowat streching ngn raider2 lain..ala-ala aerobik n poco2...puas gak layan ...
      Aku kira lama juga nak habiskan 1st checkpoit..memng jauh aku rasakan masa tu, penat, bosan n malas ..tapi untuk pertama checkpoint,kira jalan memang mencabar sampai masuk kat dalam lumpur ni.. Aku x sangka untuk dalam diam-diam aku dah habiskan checkpoint pertama. Jalan memng teruk bro..sampai satu tahap kena tatang basikal tu, sebab nak lepaskan parit kat kebun getah.Aku rasa yang cantiknya bile aku ni sibuk kayuh bagaai nak rak..makcik yang menoreh getah, siap senyum lebar kat aku...Ok r tu..at least aku sih kuat lagi kn abiskan checkpoint 1.
        Kira malu jugak aku ni..sebab yang potong sikal aku ni kebanyakan orang-orang lama yang x aku sangka leh overtake akunyer sikal..Yang pling aku sedih sikal perempuan,selamba saje diorg memotong basikal aku...huhuhuuuu ...x pe sebenarnya bagus juga diorg potong aku,sebab atleast aku ada semangat nak kejar diorang n seterusnya menjadikan aku hebat mcm diorg...

Nanti aku citer lagi k..sambunganya..