Wednesday, 19 March 2014

Grill and Wiper Motor Mylandy110

Agak seram untuk menyatakan ketidak sediaan Mylandy Greek..greeek aku sewaktu ambil . Dimana grill yang patah menyebabkan rupa yang hodoh.
Grill tersebut sangat rapuh kerana berjemur/panas dimana seperti gambar diatas yang tidak cukup sifat.



Agak kemas jika dilihat daripada sisi dimana ketepatan pemasangan mempengaruhi rupa . Seperti sedia maklum alat ganti ini mempunyai harga tidak seperti rupanya. Kesanggupan aku memastikan rupa Mylandy kesayangan menjadi pujaan menyebabkan segengam wang untuk menjadikan sandaran.
Bercakap tentang wiper motor dimana pada awalnya aku menggunakan wiper secara manual menggeluarkan tangan daripada cabin bersama-sama dengan kain lap sepanjang 6bulan daripada tarikh aku miliki. Bayangkan agak pelik dan pernah sekali satu keluarga menaiki kenderaan lain dimana anak kepada pemandu tersebut ketawa dan tangannya menunjukan isyarat bagus. Kenapa? mungkin kerana wiper secara manual yang aku lakukan.
Malaysia adalah negara tropika dan terletak dibawah garisan katulistiwa dimana jumlah taburan hujan yang banyak bagi menyuburkan segala tanaman dibumi. Oleh itu aku terpaksa mencari motor wiper yang agak sukar didapati di kedai alat ganti biasa. Aku terpaksa mencari kedai di sekitar kuala lumpur dimana lokasinya telah diberitahu oleh rakan landy En Azmani. Beliau tanpa ragu telah menolong aku walaupun tidak pernah berjumpa dan sekali lagi hendak mengucapkan terima kasih kepada beliau.
Inilah kedai Ahbee yang aku maksudkan dimana beliau adalah seorang wanita berurat besi. Agak terkejut kali pertama jumpa Ahbee dikedai tersebut dimana dia mengetuk, prop shaft dan menghentak bearing ketika pertama kali berjumpa. Spare part landy agak mudahdisini.

Kembali kita kepada wiper motor.
Harga motor terpakai ini jejak sehingga harga RM280 dan motor ini adalah keluarkan terbaru dimana ianya mempunyai 3 aras kelajuan berbanding model mylandy ku hanya 1 laras kelajuan.
Memasangnya memerlukan skill dimana secara jujurnya tidak pernah membuat kerja membaiki,memasang, dan laini-lain terhadap kereta. Setengah orang bercakap DIY (do it yourself) dan aku cuba untuk memasang.


Gambar diatas menunjukan alatan dalaman didalam set wiper ,dimana aku meletakan grease supaya ianya akan berjalan lancar hendaknya.



Aku terpaksa menggunakan tiub basikal dimana ianya membaluti motor tersebut kerana pemegang asal motor adalah lebih besar daripada motor baru ini. Dari segi susunan aku terpakas mengikut selera aku dan tiada contoh lain yang boleh dibuat panduan apabila memasang motor wiper ini.
Wire? aku telah cuba hendak menyambung dan disebabkan alatan wiring tiada aku terpaksa menghantar ke kedai electrik bagi penyambungan.





Tuesday, 18 March 2014

Mud Flap

Mud Flap

Yang pasti ketidak sempurnaan Mud Flap di kiri dan kanan landy menyebabkan ketidak selesaan aku mengemudi Mylandy kesayangan.
Agak jangal dimana dibahagian kiri pemandu cukup lengkap aksesorinya dan dibahagian kanan togel terpaksa.

   
Adakah aku akan membiarkan sahaja ? semestinya tidak dimana aku terpaksa membuka kesemua flap termaksuk 2 dihadapan bagi mengurangkan keganjilan terhadap greeek---greaak

Bahagian Belakang Mud Flap

Bahagian Hadapan Mud Flap



Tuesday, 25 February 2014

9W2DYA STESEN RADIO AMATUR: SPOT

9W2DYA STESEN RADIO AMATUR: SPOT: GPS satellites provide signals SPOT messenger's onboard GPS chip determines your GPS location and sends your location and pr...

Friday, 14 February 2014

Mylandy Project (Alternator & servo pump)

Penyakit pertama yang mencabar kesabaran aku adalah Alternator (Tapak) patah dimana apabila berjalan, habis bergegar semuanya dan ianya kadang kala merbahayakan .
  
 
Agak terkejut dimana harga alternator terpakai mencecah hingga RM260 dan bagi orang kebanyakan seperti saya,ianya agak berat dengan harga terpakai. Pada awalnya aku bercadang untuk menggunakan alternator kereta jepun yang mempunyai output yang sama. Akan tetapi selepas berfikir panjang, aku akan kekalkan ketulinan walaupun harga yang melampau.


Servo ini tidak berfungsi sepenuhnya kerana bahagian diaphragm telah bocor dan menyebabkan pump tidak boleh menolak piston dan sebaliknya. Macam biasa spare adalah penghalang terbesar dan harga terpakai jejak sehingga RM 400 dan rasanya tidak berbaloi. Aku terpaksa mengambil keputusan untuk menukarkan dan mengubahsuai break mechanism dengan kereta buatan jepun. Harga satu set tidaklah semahal seperti barang original land rover dan alat ganti mudah didapati.


aku menggunakan servo motor kereta honda bagi memudahkan dan murah.

Monday, 10 February 2014

Mencari rezeki menjual kangkung

Assalamualaikum,
Merujuk cerita berkenaan Tanah Makan Ku Link:http://hazroolrizalabdrahim-pelaut.blogspot.com/2014/01/tanah-makanan-aku.html?zx=e86cbd0ec9abe90c
Agak sukar bagi ku untuk bercerita tentang kehidupan yang dilalui oleh kami sekeluarga didalam meneruskan kehidupan sekeluarga. Kesusahan meniti kehidupan daif bagi mendapatkan sesuap nasi bagiku adalah salah satu ketidak adilan kehidupan. Aku pasrah dengan apa yang berlaku pada masa lepas dan cuba menjadikannya satu cabaran.
Gambar Hiasan

 Cerita kali ini yang ku bawa bukannya berkaitan dengan apa yang berlaku sekarang ini, ini adalah lebih kepada pengalaman hidup .Terpanggil aku bercerita berkenaan pencarian rezeki dimana kangkung telah banyak membantu didalam kehidupan kami sekeluarga.
Agak lama kami sekeluarga menggunakan tinggalan lombong lama di kawasan berdekatan dengan rumah sebagai tempat memungut kangkung. Disitu keluasan lombong tersebut yang hampir 10 hektar dimana kangkung tumbuh secara sendiri tanpa dibiakkan.Disitu terletak 3 lombong yang ditinggalkan dan sayur kangkung adalah penghuni tetap disini. Pautan tentang kawasan yang aku maksudkan http://sejarahkampungbatu6.blogspot.com/
   Permintaan bahan basah(kangkung) bagi kalangan peniaga di Tanjung Emas adalah penyebab utama kami sekeluarga mendapatkan bahan mentah itu. Rojak agak terkenal di muar dari zaman ke zaman dimana pada masa ini juga masih lagi terkenal dengan rojaknya, selain mee bandung dan satey muar.
Biasanya ayah akan membawa ku bersama untuk memetik kangkung di lombong utama. Seperti sedia maklum lombong yang berkeluasan 6 ekar itu diliputi kangkung sebanyak 70%. Biasanya kami berdua akan sampai di lombong tersebut didalam jam 4 setengah. Kesusahan hendak tiba di kawasan yang dinyatakan adalah bermula di pintu masuk ke kawasan kebun kelapa sawit. Sebelum dapat melintas ke kawasan lombong tersebut, aku terpakasa menempuh titi usang yang dibina sendiri oleh kami. Menjadi kebiasaan setiap kali selepas hujan jambatan yang kami bina akan hanyut dibawa air parit kerana air akan melimpah disebabkan oleh air melimpah dari lombong tersebut.
Memang seronok bila sewaktu melintas titi kecil dan tanpa keseimbangan yang baik biasanya akan diakhiri dengan aku jatuh kedalam parit . Bayangkan dengan baju basah kuyup ku teruskan juga pergi memetik kangkung untuk jualan. Bagi ku itu biasa sahaja dengan baju basah dan diserang oleh angin yang menyebabkan kegigilan sepanjang 3 jam ditengah-tengah lombong itu. Suara ini seperti mahu menjerit memberi tahu keluarga yang aku tidak sanggup menghadapi semua ini. Apakah daya ku anak kecil yang tidak boleh memberi sebarang keputusan dan menolong dari segi kewangan. Aku percaya semua akan teruskan juga walaupun basah pakaian , kerana hendak pulang ke rumah mengambil masa yang panjang sebelum kembali semula ke lombong tersebut.
Merujuk gambar diatas adalah gambaran dimana motosikal RC 80(suzuki) yang ditunggangi oleh ayah akan melalui halangan ini. Adakalanya pernah sekali motor dan orangnya jatuh didalam air tersebut. Dengan luka calar, tercucuk pelepah sawit adalah sebenarnya pembakar semangat kami semua .Tidak pernah sekali daripada keluarga dimasukan ke hospital kerana luka disebabkan kerja yang aku lakukan, Alhamdulilah.

Hujan , ribut adalah makan aku sewaktu memetik pucuk kangkung dan pernah sekali petir jatuh berdekatan dengan tempat aku bekerja . Ia tidak pun sedikit melemahkan semangat untuk meneruskan usaha kami mendapatkan kangkung . Bagi ku jika itu adalah untuk membolehkan kami meneruskan kehidupan, ianya tidak perlu dirisaukan walaupun binatang berbisa menghampiri.
Pernah sekali sewaktu memetik kangkung, setiap pergerakan ku diatas akar kangkung aku akan berasa seperti diatas tilam air dimana pijak dihujung dan di sebelah sana akan merasa ombak/pergerakan akar kangkung. Ini bererti aku sebenarnya bekerja diatas lombong dan dibawahnya adalah lombong yang dalam. Boleh bayangkan bagaimana tiba-tiba terdapat lubang diantara akar? sudah semestinya aku akan jatuh kedalam lombong tersebut. Berbalik kepada binatang berbisa, lipan, ular dan sebagainya adalah sebenarnya kawan jauh sewaktu itu. Walaupun pernah sekali terpijak ekor king cobra tetapi sikit pun tidak melemahkan semangat ku untuk mencari sesuap nasi adik beradik.
Pelik? jika sekarang ini pabila nampak semak sahaja aku sudah mula risau dengan binatang berbisa yang berkemungkinan berada disekitar. Memang ALLAH mempermudahkan segala urusan sewaktu susah dahulu, dengan hujan, sejuk, jatuh lubang dalam tercucuk duri sawit, ular, lipan dan sebagainya. KuasaNya mengizinkan segala apa yang dibuat tidak menerima kecelakaan.
Begini caranya membawa kangkung daripada lombong ke rumah yang mengambil jarak 4-5KM dimana penuh satu motosikal dengan berguni-guni dan berplastik bungkusan kangkung.Sampaikan kekadang saya yang duduk di belakang tidak nampak orang yang dihadapan. Pernah sekali sewaktu ayah membawa motor dengan penuh muatan kangkung, dimana jalan yang berlobang-lobang menyebabkan aku jatuh dijalan raya kampung. Agak pelik ayah terus berlalu tampa menghiraukan aku yang tergolek jatuh dengan gunian kangkung hempap di atas badan. Nasib baik jalan kampung/kebun yang tiada lori boleh melalui jalan terbabit,jika ianya berlaku dan semestinya hazrool menjadi kenangan.
    Rasanya selepas berpuluh tahun meninggalkan kerja tersebut dan kerinduan melalui detik tersebut jika ada kesempatan akan dijadikan kenangan yang sangat bermakna. Nama kangkung adalah sangat bermakna kepada aku kerana jenis sayur ini yang membesarkan , mengajar, mendidik erti kehidupan yang sukar diceritakan didalam blog ini. Sehingga sekarang sayur nombor satu didalam hidup aku adalah sayur kangkung.
   Semenjak kami sekeluarga berhenti memetik kangkung , kawasan lombong tersebut telah ditutup dan kangkung yang tumbuh menjalar juga telah mati. Sebab tidak dapat dipastikan dan pekara ini telah dimaklumkan oleh penduduk kampung yang selalu memancing dikawasan tersebut.

 




Tuesday, 4 February 2014

Rumah Kampung Muar

Kampung seri tanjung, Bakri Batu 5, Muar Johor..
Inilah rumah saya dan saya dibesarkan daripada darjah 1 sehingga tingkatan 5 di dalam rumah ini. Jika hendak dikenang semula memang banyak juga kenangan yang sukar dilupakan dirumah ini dimana suka-duka semuanya didalam rumah ini.
Pembinaanya bermula disekitar awal 90'seingat saya dimana sewaktu itu baru melawati darjah 2. Agak daif keadaan kehidupan sekeluarga sewaktu itu dimana ayahku berulang alik ke melaka bekerja dan dimana didalam satu hari beliau membuat berbagai-bagai kerja bagi menanggung kami sekeluarga. Ibu surirumah sepenuh masa dan beliau bukannya dirumah sepanjang masa, dimana beliau juga membantu keluarga,dipagi hari menoreh getah, tengahari sibuk menyediakan makanan untuk anak-anak, petang bekerja di tapak semaian dan lewat petang memetik kangkung untuk dijual kepasar bagi membesarkan 6 orang anak.
Permulaan pembinaan rumah ini adalah bermula dengan foundation menggunakan botol kosong dan saki baki batu bata yang dipunggut ditepi jalan. Hampir 80% kayu ini adalah daripada rumah lama di mana ketika itu kami sekeluarga mencari rumah tinggalan dan membeli papan/kayu dan sebagainya untuk melengkapkan rumah ini.Bagaimana kayu tersebut dihantar ? daripada parit jamil ke kampung seri tanjung? Ayahku terpaksa menebalkan muka meminjam lori GDL daripada sedara terdekat bagi mengankut kayu tersebut. Sehinggakan sampai satu tahap kami sekeluarga dipulaukan kerana meminjam kenderaan dan ianya sedikit sebanyak menggangu perasaan kami sekeluarga. Oleh dari sebab itu ayah menggunakan motosikal vespa mengangkat kayu sedikit demi sedikit bagi menyiapkan struktur rumah ku syurga ku ini.
Diawal pembinaan rumah ini, teringat aku ketika aku menolong ayah menebang pokok getah untuk dijadikan tapak rumah . Datuk ku Hj Hanan membenarkan ibuku menjadikan secebis tapak kebun ini untuk dijadikan rumah . Ayahku mengorbankan masa dan wang untuk membina sedikit demi sedikit rumah teduhan kami sekeluarga. Asas rumah ini bila dilihat pada gambar itu tidak la berapa kuat dan seperti sedia maklum tapak rumah ini berada di tanah gambut . Jika dibandingkan rumah lain dikampung ini, yang rata menggunakan kayu bakau untuk menguatkan tapak rumah.. rumah ku hanya dibinadengan mudah dan murah dan dibuat semampu yang mungkin.
Kebanyakan cermin telah didermakan oleh ketua kampung ketika itu kerana sewaktu rumah ini siap rangkanya, kami sekeluarga sudah berpindah dan bayangkan rumah yang mempunyai rangka dan bumbung dan tiada lantai yang bersemen? itu la rumah yang kami duduk sepanjang 5 tahun beralaskan tanah gambut dimana kami sekeluarga tido.
Kami menggunakan air perigi untuk kegunaan mandi/masak.. Pernah bayangkan air perigi tanah gambut? bagaimana dengan baju sekolah ?Air perigi berwarna hitam keperangan inilah kami gunakan untuk hidup selama 5 tahun sebelum bekalan air bersih dibekalkan.
Itu sedikit sahaja kesusahan yang diceritakan didalam ini. Bab kena gigit lipan ? banyak kali aku kena dan dah dikira biasa sahaja dulu .Ini kerana rumahku tiada katil, semua adik beradik tido dilantai gambut sehinggalah bersemen. Lipan gemar keluar sewaktu hujan, dan bayangkan waktu malam dengan sejuk ,hujan lebat? memang tidak perasan bila masa kita bergerak/berguling sewaktu tido. Pada masa itu lah mereka akan menyerang.

Agak sedih kalau dingatkan semula suka duka rumahku syurga ku!!
Kalau rumah kampung, jika tandasnya di dalam rumah boleh dikira bukan rumah kampung? Pernah merasa tengah malam hendak rasa terkucil?

Banyak lagi kenangan yang tersimpan didalam gambar ini.. Insallah akan diceritakan lagi kehidupan daif di kampung. Adakah mereka semua tahu kesusahan ...?

Tuesday, 28 January 2014

Tanah makanan aku?

Assalamualaikum

Berkerja mengisi tanah di polybag?

Merujuk gambar diatas, adakah makanan aku? mengapa?
Agak pelik jika tanah adalah makan ku. kesinambunagan cerita rumah kampung sebelum ini telah menyebut ibu ku yang berkerja ditapak semaian dimana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Bagi keluarga yang besar agak menjadi kewajipan anak-anak yang ingin membesar dan memerlukan makan yang baik untuk membesar. Waktu itu adalah waktu kanak-kanak membesar dimana memerlukan makanan yang banyak untuk membesar.
Pekara itu juga berlaku didalam keluarga kami dimana 6 orang adik beradik berlumba makan makanan dirumah sehinggakan tidak mencukupi walaupun berulang memasaknya. Teringat aku sewaktu gaji ibu ditapak semaian, dimana sebulan sekali sahaja kami adik beradik dapat merasa makan ayam. Hari itu ibu membeli 2 ekor ayam dan mengorengnya untuk hidangan teristimewa setiap kali gaji.Setiap kali habis mengoreng, biasanya hanya tinggal 2-3 ketul kecil ayam sahaja yang dapat dihidangkan. Selalunya 2-3 ketul itu lah yang diberikan kepada anak-anaknya dan beliau selalu terpaksa menipu dengan menyatakan "MAK DAH KENYANG" . Mengapa tidaknya setiap kali mengoreng, ada sahaja tangan yang mengusik lauk tersebut sehinggakan goreng ayam belum diangkat dari kuali, didalam pinggan sudah habis.
Tanah? makanan tanah? disini saya inghin menyatakan kenikmatan makan ayam goreng itu adalah hasil daripada tanah, duit tanah, bekerja di tapak semaian. Routine ibu sewaktu aku di sekolah rendah, dimana beliau akan keluar menoreh selepas sahaja soalah subuh dengan menggunakan lambu gas yang dipasang dikepala sehingga awal pagi untuk penyediaan anak-anaknya ke sekolah. Beliau akan semula menyambung kerja menoreh sehingga 2-3 kebun getah yang dipajak dan kebun datuk saya. Setelah selesai menoreh beliau akan mula memugut beku/getah keras untuk dijual kepada peraih. Waktu itu banyak kerja-kerja yang dilakukan oleh ibuku dibantu oleh aku dan secara jujurnya aku merasa kesusahan yang dialami oleh ibu ku. Aku pernah bertanya kepada ibu kenapa setiap kali dapat duit menjual getah, perlu semuanya diberikan kepada datuk? soalan ini keluar sewaktu aku mengikut ibu membeli barang dapur di kedai wak tubi, dimana ibuku berhutang membeli barang keperluan. Ibu ku dengan selamba dan rasa tidak bersalah menjawap , tanggungjawap anak untuk membantu orang tua.Disitu mengajar aku cara hidup walaupun masih mentah dan sehingga sekarang masih teringat dan terniang didalam telinga ini setiap kali nampak kedai runcit.
      Petang biasanya selepas habis sekolah pagi, aku akan menolong ibu ku ke tapak semaian . Agak hairan waktu darjah 3 , mesti timbul persoalan adakah saya tidak bersekolah petang? dimana di johor sekolah agama adalah wajib bagi setiap anak johor. Buat pengetahuan semua aku hanya bersekolah agama sehingga darjah 2 kerana kecenderungan aku menolong ibu di tapak semaian walaupun selalu dimarahi oleh ibu setiap kali ponteng sekolah.

Sepatutnya aku perlu berseolah sehingga darjah 6 dan disebabkan mandi sungai menjadi kegemaran aku, semua itu aku tinggal dan ibuku terpaksa akur dengan kemalasan ku. Ibu tidak salah dalam bab sekolah ini kerana beliau telah menyediakan semuanya untuk anak-anak dan tetapi aku sahaja yang ingkar.
Kembali semula tentang tanah, ibu ku mula kerja di tapak semaian pada jam 2 ptg dimana aku adalah pembantu setia beliau . Selalunya kakak ku linda turut membantu meringankan kerja ibuku dimana kakak linda akan mengangkat tanah sehingga penuh dan menolaknya ke tempat penyusunan poly bag.
 Kakak linda biasanya akan datang ke tapak semaian didalam jam 3 selepas balik daripada sekolah di muar. Beliau adalah super women sewaktu aku kecil kerana kuderat mengankat tanah seperti bagaikan superman sewaktu itu. Agak pelik pelajar tingkatan 2-3 seperti beliau boleh mengangkat tanah penuh didalam kereta sorong dan aku sangat hormatinya.

Dipendekan cerita, selalunya 2-3 jam mengisi tanah didalam polybag, aku biasanya berpasangan dengan kakak linda sehinggakan 800-1000 beg boleh diisi didalam masa yang singkat.
Biasanya kami bertiga akan berhenti mengisi tanah pada jam 5 dan seterusnya akan menyambung kerja lain seperti memetik sayur untuk jualan di pasar besar muar.
Dimana ayah? kebiasaan beliau akan tiba di rumah didalam jam 5 . Kemana selepas itu ayah akan pergi?

Bersambung....