Assalamualaikum, hari ni cuaca adalah baik dari hari sebelum ini.Bukan bermaksud malaysia mempunyai bencana alam yang boleh menyebabkan saya tidak boleh pergi kerja? Maksudnya 2hari sebelum ini asik hujan sahaja. Alhamdulilah negara ini adalah terbaik daripada negara lain dari seluruh dunia.
Hari ini macam biasa, basikal adalah pengangkutan saya sepanjang 2hari mula bekerja. Pelik kalau saya katakan, ada kereta, motor tetapi saya lebih gemarkan basikal..kenapa?
Seperti yang sedia maklum, berat badan adalah pekara yang paling saya takuti semenjak bekerja didarat ini. Terus terang saya katakan , saya sangat risau berat saya bertambah dan kelebihan menjadi pemalas pun ada. Basikal rasanya adalah pekara yang saya boleh katakan, boleh memecahkan lemak yang sekian lama bertambah kerana sikap malas yang melampau.
Darat? Memang banyak dugaan untuk mengawal berat badan kerana tiada sekatan didalam cara pengambilan permakanan. Di laut sangat mudah dan mengikut masa untuk makan , seterusnya mendisplinkan saya. Sebab tu berat badan saya 70kg dan itupun setelah 3-6kali seminggu di trackmill...
Di darat berat badan naik sangat ketara sehingga 86kg selama hampir 2tahun saya bekerja.
Saya masih mencari formula untuk menurunkan badan dengan cara free... Sebab itu basikal adalah pilihan saya untuk kursus ...bolehkah saya?
Kekadang bila difikirkan semula memang susah nak teruskan dan agak kecewa jika berat badan masih maintain macam sekarang ni. Adakah segala workout yang saya buat tidak memadai? atau terus tingkatkan usaha sehingga nyawa terakhir?..Susah la...
No comments:
Post a Comment