Sunday, 8 July 2012

JAKIM bekerjasama dengan MARDEPT

Salam,

JAKIM?http://www.islam.gov.my/
Mungkin hendak tahu apakah itu jakim? Aku ditugaskan oleh pengarah untuk menyediakan dan membentangkan kehidupan pelaut islam diatas kapal. Ini bagi menamatkan spikulasi dan pemahaman pelaut islam malaysia yang berkhidmat dikapal asing.

Apple MacBook Pro 13'

Salam,


Alhamdulilah, akhirnya berjaya aku dapatkan apple Macbook Pro ni ..Hampir 2tahun memendam rasa untuk memiliki the best ever computer ini.
Masa mula-mula lihat kat kedai mechines bukit tinggi http://www.machines.com.my/ sangat teruja dengan rekebentuk dan operating program nya.



Setelah membawa pulang flyer dan berangan-angan hampir 2 tahun akhirnya aku mengambil keputusan nakad dengan membelinya walaupun ku tahu harganya tidak sepadan dengan computer yang sama dengan spesifikasinya.

Selepas diberikan keyakinan oleh isteri ku tentang bagaimana hendak membayar ,walaupun kuasa membeli itu tiada..aku dengan secara berani mengambil keputusan hendak memiliki computer ini.
Pembayaran? seperti biasa easy payment menggunakan credit card maybank aku ler.


 Terus terang aku katakan kekadang kita kena membelanjakan wang kerja dengan tidak berhemah dan mesti pembaca tidak bersetuju dengan pendapat  aku...mengapa aku tidak berhemah?
Itu adalah persoalan yang boleh difikirkan kemudian...

Seperti sedia maklum pada 2004 computer pertama aku adalah jenis TOSHIBA dan alhamdulilah sampai sekarang masih boleh digunakan walaupun sudah outtodate. Aku yakin dengan harga RM 4800 pada masa itu adalah sangat mahal dan kualiti yang aku dapat hingga sekarang masih boleh digunakan.
Nak dikira berjasa, memang banyak, bawa naik turun kapal sehinggakan kekadang aku rasa macam bawa kitab ...Masih ingat lagi , aku mengambil keputusan yang agak lama untuk menentukan kesanggupan untuk memiliki kitab ini. Alhamdulilah selepas tension melihat kawan-kawan sekapal memiliki set computer yang dikira canggih pada masa itu, aku pun mengorak langkah untuk mendapatkan Toshiba ini.


Pada tahun 2009 sekali lagi aku membeli comp. ACER lite dimana harga yang aku dapat RM1800 dan seperti sediamaklum computer tersebut sebenarnya hanya untuk kegunaan melayari sesawang dan kerja-kerja asas computer. Disebabkan aku bekerja bersama dengan computer hampir setiap hari dan masa , aku menggunakan computer terbabit 100% semaksimum yang boleh . Akhirnya hampir 2 tahun menggunakanya..bermulanya macam-macam masalah yang aku pun sendiri tidak boleh selesaikan .Itulah computer yang aku ceritakan tadi.

Memang kalau nak cakap berbeza diantara computer?dengan operating system ? memang sangat berbeza.
Aku ambil keputusan dengan memiliki computer ini akan dapat memaksimakan kerja yang aku buat dan diarahkan.
Harga tidak penting bagi aku, yang aku pentikan KUALITI dan aku percaya dan mahukan sekurang-kurangnya 10tahun akan kugunakan computer ini.


Friday, 6 July 2012

Hazrool Rizal B Abdul Rahim: EEDI GHG in Asian held in Bangkok Thailand

Hazrool Rizal B Abdul Rahim: EEDI GHG in Asian held in Bangkok Thailand: Lanjutan daripada perbincangan bekenaan dengan Energy Efficiency Design Index  di IMO pada Jan lepas , pihak urusetia IMO telah membuat ...

EEDI GHG in Asian held in Bangkok Thailand

Lanjutan daripada perbincangan bekenaan dengan Energy Efficiency Design Index  di IMO pada Jan lepas , pihak urusetia IMO telah membuat pengenalan dan promosi bekenaan dengan GHG bagi negara-negara asia tenggara. 2 pegawai telah dihantar bagi mewakili Malaysia didalam workshop terbabit.









Saya rasa tidak perlu cerita panjang-panjang, kemungkinan gambar dapat mencerita segal-galanya.
Kalau nak tahu lebih lagi boleh tanya saya sendiri.


hahahahaaa

Putrajaya jamborie

Salam sekali lagi,

Seperti kebiasaan jika ada jamboriee , penglibatan saya didalam acara tersebut tidak dapat dinafikan lagi. heheheheeee..bunyinya macam saya la juara, sebenarnya ianya adalah gimik dimana saya terpaksa mengangkat bakul sendiri memandangkan tiada sapa yang hendak tolong angkatkan.

Pada bulan empat 2012 dimana jamborie yang julung-julung kali diadakan di PUTRAJAYA dengan kerjasama majlis perbandaran putrajaya telah mendapat sambutan yang hebat diantara pengemar-pengemar offroad MTB.
Salah sorang daripadanya adalah saya...kebetulan jadual kosong pada minggu itu dan dikesempatan itu telah mengajak diri saya untuk menyertai perlumbaan itu. Jarak perjalanan sepanjang perlumbaan adalah 35KM yang dimana ia melalui denai, sungai, jalan berbatu,berbukit dll bagi mencabar pelumba dari segi mental dan fizikal.










Daripada gambar telah menceritakan jumlah perserta dan kepayahan trek /laluan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Seperti biasa sebarang perlumbaan yang dijalankan pihak urusetia akan memberikan goodies dan shirt bagi kegunaan pada hari tersebut. Bagi saya shirt yang diberikan adalah digunakan pada hari perlumbaan tersebut dan saya menggunakanya seperti perlumbaan -perlumbaan yang lain.
Jika dilihat dari keselesaan ianya amat jauh sekali berbanding dengan baju yang direka untuk berbasikal. Tetapi alhamdullilah sepanjang 1jam setengah kayuh, tiada pekara-pekara yang mempengaruhi kehebatan saya berkayuh...cehhhhh...