Seperti kebiasaan jika ada jamboriee , penglibatan saya didalam acara tersebut tidak dapat dinafikan lagi. heheheheeee..bunyinya macam saya la juara, sebenarnya ianya adalah gimik dimana saya terpaksa mengangkat bakul sendiri memandangkan tiada sapa yang hendak tolong angkatkan.
Pada bulan empat 2012 dimana jamborie yang julung-julung kali diadakan di PUTRAJAYA dengan kerjasama majlis perbandaran putrajaya telah mendapat sambutan yang hebat diantara pengemar-pengemar offroad MTB.
Salah sorang daripadanya adalah saya...kebetulan jadual kosong pada minggu itu dan dikesempatan itu telah mengajak diri saya untuk menyertai perlumbaan itu. Jarak perjalanan sepanjang perlumbaan adalah 35KM yang dimana ia melalui denai, sungai, jalan berbatu,berbukit dll bagi mencabar pelumba dari segi mental dan fizikal.
Daripada gambar telah menceritakan jumlah perserta dan kepayahan trek /laluan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Seperti biasa sebarang perlumbaan yang dijalankan pihak urusetia akan memberikan goodies dan shirt bagi kegunaan pada hari tersebut. Bagi saya shirt yang diberikan adalah digunakan pada hari perlumbaan tersebut dan saya menggunakanya seperti perlumbaan -perlumbaan yang lain.
Jika dilihat dari keselesaan ianya amat jauh sekali berbanding dengan baju yang direka untuk berbasikal. Tetapi alhamdullilah sepanjang 1jam setengah kayuh, tiada pekara-pekara yang mempengaruhi kehebatan saya berkayuh...cehhhhh...
No comments:
Post a Comment