Salam,
Kehendak ke tempat yang tinggi di malaysia adalah impian mereka-mereka yang selalunya inginkan kesejukan seperti luar negara.
Cameron Higland
Biasalah gambar Nur Ermi Farihin Bte Mohd Fahmi ni menjadi model dalam blog aku ni..kenapa? die yang dipilih? sebab free kot? tidak perlu bayar fee untuk bergaya.
Kali kedua sepanjang perkahwinan aku.Agak teruja setelah tiba di tanah tinggi ini dengan ditemani oleh Nur Hartini Binti Abdul Rahim. Kali ini jalan yang digunakan adalah naik pada tapah dan seperti maklum jalan tersebut adalah jalan paling tidak disukai oleh semua , kerana mabuk adalah salah satu sebab utama.
Awal pagi bertolak daripada rumah sewa Ernie Nurhairuliza Binti Abdul Rahim yang terletak di pekan kampar, dimana ianya mengambil masa hampir 1 jam ke tanah rata jika menggunakan kereta. Bersyukur kerana pada awal pagi tiada kereta yang menggunakan jalan tersebut dan ianya memudahkan pergerakan ke tanah rata.
Rancangan untuk sesi lawatan daripada awal pintu masuk cameron higland adalah bermula di ROSE VALLEY dan seterusnya bawa kepada Lata Iskandar.
Agak menarik juga di taman rose ini, walaupun sudak kali kedua aku menjejak kan kaki disini.
Agak puas hati dengan kadar bayaran masuk ke rose valley ini, dengan harga yang dibayar ianya padan dengan apa yang diberikan untuk pengunjung.
Plan kedua adalah taman rama-rama yang tidak beberapa jauh daripada Rose Valley ini. Tujuan utama adalah hendak melihat secara dekat dan memegang rama-rama(Ain cakap la).
Agak suram tempatnya, tetapi bagus untuk melihat secara dekat kehidupan kupu-kupu dan ada juga binatang lain dipamirkan bagi menarik pengunjung-pengunjung yang datang.
Selepas beberapa tempat telah dilawat, tibalah waktu pulang dan sepanjang menyusuri jalan pulang menggunakan laluan turun ke tapah. Sepanjang jalan banyak kenderaan dan seperti maklum tarikh lawatan kami adalah waktu cuti panjang dan sememangnya bukan hanya trip kami sahaja yang ke tempat sejuk.
Waktu pulang selepas melepasi pekan ringlet setelah 3 jam kesesakan trafik kami merancangan untuk singgah di lata iskandar untuk rendam kaki dan bukannya mandi kerana waktu tersebut hujan lebat.
No comments:
Post a Comment