Hari ini ditakdirkan hari pelepasan kepada aku untuk menghadiri kelas kerana pensyarah yang sepatutnya mengajar telah menggantikan kelas tersebut disebabkan oleh urusan keluarga. Semalam hampir 12 jam berada di dalam kelas bagi menggantikan kelas yang sepatutnya hari ahad.
Kesempatan ini aku dan keluarga gunakan untuk berjalan-jalan di Setia Alam Mall yang terletak di antara bandar Klang dan Kapar.
Agak kekok juga keluar bersama keluarga kerana hampir berbulan kami tidak keluar bersama. Pagi lagi keluarga telah membuat aturan di mana pada pagi ini harapan untuk pergi ke kompleks Krangkraft di seksyen 15 Shah alam untuk mendapatkan buku/novel serendah Rm 5 . Mereka menggunakan peluang yang ada untuk membeli sebanyak buku yang mungkin kerana pihak Krangkraft menjual buku secara besar-besaran dari kilang.
Selepas habis mendapatkan buku yang diinginkan. Lokasi keduanya adalah pasaraya Setia Alam yang mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan. Setibanya di kawasan parkir , pekara pertama yang dibuat adalah membeli makanan produk aunntie annes's .. Tempat duduk yang disediakan oleh pihak pasaraya telah kami gunakan untuk bersama-sama menikmati makanan yang dibeli dan berbincang pekara-pekara berkenaan dengan keluarga . Hampir 15min selepas itu, tempat untuk anak shooping adalah
Dimana beg tangan yang diminati dan beranika adalah salah satu hobinya. Oleh kerana agak lain selera aku untuk menemani mereka dari satu kedai ke kedai yang lain.. Aku mengambil keputusan untuk duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak pengurusan pasaraya yang terletak di antara lot-lot kedai bagi mengelakan kebosanan yang melampau.
Tujuan aku tidak mengikut mereka marhaban dari kedai ke kedai, lot ke lot adalah kerana hendak mengelakan sifat sensiviti perasaan mereka yang mempengaruhi pemilihan barang . Aku akuai bahawa, makin lama di sesuatu kedai dan tanpa membelinya adalah seperti satu kerugian. Oleh itu ada baiknya aku melihat daripada jauh berbanding mempunyai perasaan marah sewaktu menemani mereka.
No comments:
Post a Comment