Monday, 27 January 2014

Berkebun Kampung Seri Tanjung, Bakri Batu 5 , Muar Johor

Kampung ku yang terletak di kampung seri tanjung bakri batu 5, muar johor.  Kebun tersebut adalah milik ayahku dimana dikebun itu juga terletak rumah yang dibina oleh ayah dan disewakan kepada penyewa kerana ibu bapa ku menetap dimelaka.
Minggu tersebut aku diajak oleh ayahku untuk menolong membersihkan kebun sebanyak 3 ekar itu. Agak sukar bagi ku kerana kerja yang aku bakal lakukan menggunakan tulang 4 kerat yang sepastinya menyebabkan keletihan.
Hampir 4 tahun aku meninggalkan kerja kapal, dimana kerja tersebut membolehkan aku mengeluarkan peluh sewaktu berkerja. Mengikut keadaan sekarang, dimana kerja di pejabat yang lebih kepada komputer dan sebagainya menyebabkan keadaan badan naik dan kesihatan terganggu adalah salah satu faktor workout di jalankan dikebun ayah.
Sebelum memulakan kerja , aku telah dirasuah oleh ibu dimana satey muar yang terkenal menjadi santapan pada pagi itu. Kami sekeluarga , Nur Hartini Bte Abdul Rahim(isteri) Nur Ermi Farihin(anak), Rosniah Bte Hanan(ibu) dan Abdul Rahim B Saiman(Ayah) akan meracun rumput dan lalang di ladang tersebut.
Meracun? Kali pertama dalam hidup?
Ayah juga membantu untuk meracun kawasan dan pembahagian kawasan meracun memudahkan kerja kami berdua.
Itu adalah gambar-gambar mereka yang berkerja keras untuk kebun kelapa sawit .
Dimana mereka yang lain? adakah mereka sibuk dengan activiti membersihkan kebun?


Makan tebu? itu lah kerja srikandi 2 orang ini sepanjang hari....


No comments: