Signal sisi kanan kiri yang tidak lagi boleh digunakan akan ditukarkan seperti perancangan . Hampir 4bulan memikirkan bentuk lampu signal, jenis dari Keta apa, harganya dan diakhiri keputusan menukarnya walaupun harga mencecah langit.
Sebulan selepas memiliki greakk2 aku telah mendapatkan sebut harga untuk sepasang lampu signal dari pengedar alat ganti land rover. Harga tidak termasuk pasang adalah Rm 60. Selepas 4 bulan barulah aku mengambil keputusan untuk menukarkan kepada jenis lampu yang agak mudah didapati di kedai alat ganti biasa. Harga agak berpatutan kerana aku menggunakan lampu signal sisi Proton lama yang hanya berharga RM 8 .
Kalau diikutkan hampir 12 clip diperlukan untuk menyenangkan kerja menukar signal. Tetapi aku terpaksa mengorbankan 6-7 clip iaitu hanya separuh bahagian arch sahaja aku buka demi penjimatan.
Setiap clip yang dibuka akan rosak dan semestinya perlu ditukar. Aku mengambil alternatif lain menggunakan clip kereta Jepun yang mempunyai panjang yang hampir sama di mana harganya 1 clip = Rm 2. Berbanding jenis land rover Rm 5/1pcs.
Aku mencuba buka signal lama secara lembut dan akan tetapi nut yang mengikat signal tersebut tidak membenarkan kerana kekaratan.
Akhirnya keputusan menggunakan drill untuk menghancurkan permukaan kaki signal lama tersebut .
Setelah mengeluarkan signal lama tersebut, aku terpaksa mengubah suai tapak kerana tidak sama dengan jenis land rover.
Biasalah ukur dahulu sebelum membuat lubang tapak signal.sayang rasanya untuk menebuk lubang di fender tersebut.
Aku cuba tidak merosakkan kedudukan asal signal lama supaya jika pada masa hadapan hendak menggunakannya tiada lagi perlu memasang Plate lain bagi menyokong tapak signal tersebut.
Wiring perlu diperiksa dahulu sebelum memasang lampu tersebut.