Tuesday, 22 April 2014

Mylandy greaak2 Drive shaft universal joint.

Drive shaft universal joint menjerit mahu ditukarkan kerana dimamah usia yang memasuki 29 tahun. Sintom yang ketara apabila memandu pada setengah kelajuan seperti mendengar loceng kecil mengikut alunan injin. Pemeriksaan dibuat setelah mendapat nasihat daripada group mylandy berkenaan perubahan semasa pemanduan.
Melihat gambar diatas menunjukan bearing tersebut telah mencapai tahap ketidakbolehan bekerja seperti biasa.

Seperti kebiasaan sebelum membuka drive shaft, perlulah ditandakan supaya apabila pemasangan semula akan mengikut kedudukan asal. Universal joint perlulah dikeluarkan daripada flange supaya memudahkan pengantian bearing yang baru nanti.

Sebelum menggantikan kepada bearing baru, perlulah diingatkan supaya membersihkan dahulu flange . Tips membeli universal joint adalah perlunya mengukur panjang ,diameter dan sebagainya bagi memudahkan pembelian. Jika tidak berapa yakin dengan ukuran, alat ganti yang rosak tersebut boleh dibawa ke kedai alat ganti untuk mendapatkan persamaan ukuran.

Semasa membeli alat ganti pastikan semuanya mengikut ukuran asal dan ada baiknya menukar screw/nut yang baru bagi memudahkan pemasangan .
Bersihkan coated kuning di universal bearing kerana ia hanyalah untuk melindungi bearing tersebut mengalami kekaratan sebelum digunakan. Jika tidak dibuang lapisan antikarat tersebut kemungkinan sewaktu memasang di flange akan menyebabkan kesukaran dan sebagainya. Saya menyarankan pembersihan lapisan kuning tersebut supaya ianya akan berfungsi seperti biasa.

Mungkin ramai bertanyakan kenapa aku mewarnakan warna oren? Ini kerana aku mempunyai lebihan cat warna kuning yang dibeli 3 tahun lepas masih tidak digunakan dan kesempatan ini aku gunakan sekurang-kurangnya menampakan kesegaran 29 tahun landy. Mengapa kita perlu membuang jika masih boleh digunakan?




Selepas memasang kembali ditempat sepatutnya perlu lah mengambil perhatian penuh tempat yang ditandakan sebelum ini. Grease semula di universal nipple bagi ia lebih tahan lama.
Cost didalam projek ini hanya RM 70.
Perlu penjimatan? bagaimana? DIY!!

No comments: