Tuesday, 22 April 2014

Mylandy radiator fan & Thermostat


Tajuk melambangkan ketidak sanggupan penyediaan dan mempengaruhi tabung ayam!
Mengubah suai bukanlah pekara mudah didalam sesuatu kompetensi . Dilihat pada gambar diatas memperlihatkan kelainan didalam penyediaan kecekapan sistem penyejuk Mylandy greaak2.

Bonnet hadapan perlulah dibuka dahulu sebelum memulakan sebarang modifikasi  besar. Pekara seperti keselamatan perlulah dititik beratkan didalam penyelengaraan.

Lihat berapa kotornya? 

Mendapati sesetengah bahagian menunjukan seperti kesan dimakan zaman.
Aku terpaksa memotong fan radiator cover kerana ianya tidak rata. Aku menggunakan model bosch dimana harganya dikedai potong adalah RM100.


Aku terpaksa menggunakan plate nipis untuk membolehkan fan tersebut rapat di bahagian radiator. Setengah hari memikirkan bagaimana cara hendak memasang kipas tersebut dimana pengakhiranya seperti didalam gambar.


Kesempatan itu juga membolehkan aku memeriksa thermostat dan mencari kemungkinan masalah suhu air injin tinggi. 



Agak terkejut dimana thermostat seakan tidak perlu didalam injin. Ini bermaksud selama ini perjalanan air penyejuk hanya melalui thermostat casing . Tetapi bila difikirkan kembali mengapa suhu meter menunjukan suhu melampau walaupun hanya 3min hidup?
Walaupun masih tidak dapat lagi punca sebenar, sebab radiator kotor, thermostat tersekat secara automatiknya boleh disangkal didalam pencarian penyakit suhu tinggi. Aku berpendapat kemungkinan sensor(penyukat suhu) sudah menunjukan bacaan tidak betul.


No comments: