Tuesday, 8 April 2014

Bukit jugra selangor


"BUKIT JUGRA!!" Itu lah yang disebut apabila kali pertama mendengar tempat tersebut.
Minggu ini aku merancang untuk ke tempat ini . Nurhartini agak terkejut dengan pilihan ku untuk bersiar-siar disana. Sepanjang perjalanan dari port klang menghala ke banting .. Mulut tidak pernah lekang tentang tempat yang hendak dibawa. Perjalanan dari Klang  akan melalui bandar teluk panglima garAng. Dari bandar tersebut Lebih kurang 1.5km terdapat bulatan dan susur ke jam 12 ke arah pulau carey dan jugra.
Dari situ ianya akan mengambil masa lebih kurang 15min ke bukit jugra.
Pendakian ke bukit tersebut boleh menggunakan kenderaan bermotor dan alhamdulilah kami naik sehingga ke atas tanpa berjalan kaki. Agak curam kawasan jalan ke puncak bukit tersebut dan penggunaan gear yang baik akan mengurangkan risiko kemalangan.
Diatas mempunyai pakir yang disediakan oleh pihak pengurusan.
Tempat pertama sesi bergambar adalah :
Seperti sedia maklum tempat ini adalah tempat aktiviti paragliding yang terkenal di malaysia . Nasib tidak menyebelahi kami untuk melihat sendiri bagaimana sukan tersebut diguna pakai di kawasan tersebut . 
Hanya bergambar sahaja aktiviti yang sesuai pada hati itu.


Sebelum pulang.. Kami menikmati pemandangan kawasan puncak bukit tersebut di mana boleh dilihat Westport pelabuhan barat dari puncak terbabit. 
Ada sesetengah pengunjung memberikan makanan kepada monyet sekitar tersebut dan pokok yang ala-ala Korea pun ada disini.



No comments: