Gambar menunjukan gadis Korea yang menyayangi abang Tempe (jawa kot)
Seperti biasa aku mendapat perkabaran untuk ditugaskan menghadiri bengkel di Jeju Island korea. Aku dijadualkan untuk membuat pusingan kerja bermula 3 Jan 2017 dimana hampir 8 tahun aku di satu bahagian sahaja didalam organisasi. Berat hati hendak pergi kerana pusingan kerja menyebabkan benda baru aku perlu berlakar dan dua bulan sebelum pindah aku diberikan tugas pertama untuk mendapatkan pencerahan bakal kerja baru aku nanti.
Persediaan dibuat daripada soal jawap daripada setiusaha IMO dan KOEM dimana selain daripada itu aku ditugaskan mencari maklumat berkenaan perlaksanaan MARPOL annex V . Trip kali ini aku akan bertolak daripada malaysia ke korea dan transit ke jeju island dimana meliputi perjalanan lebih daripada dua ribu kilometer. Sepanjang perjalanan selama seminggu itu aku ditemani oleh bakal rakan sekerja iaitu mak orang Puan Suhana. ngeri bagi orang bujang macam aku?!
Pandangan daripada dalam Korean air
Bermula trip aku selama 6 jam daripada KLIA ke Inchoen http://www.airport.kr/pa/en/a/index.jsp dimana seawal jam 7 pagi. Makan? Kita orang Malaysia selalu rungsing bila memikir pasal makan halal. Risau? Tidak sebab aku dah buat pesanan makanan halal dikapal terbang yang aku naiki.
Sesampai selepas selesai urusan kemasukkan aku terus mengambil beg kerana mengejar kapal terbang ke JEJU island. Bermula misi mencari arah adakah menggunakan train atau bas express. Setelah berbincang dengan kakitangan Korea di lapangan terbang aku mengambil keputusan untuk menaiki bas kerana mudah dan tiada banyak perhentian.
Gambar didalam bas, dipaksa pakai tali pinggang ?
Aku menggunakan bus daripada Icheon international airport terus ke Gimpo domestic airport dimana kadar tambang sebanyak 7500 won dikenakan dan disekitar duit malaysia RM 29. Ia mengambil masa setengah jam daripada Iecheon ke Gimpo domestik AirPort.
Gambaran pintu masuk ke domestik airport
Selepas 3 jam menahan sejuk aku mula menaiki kapal terbang ke Jeju. tak sangka sejuk berbanding suhu di Muar johor.. dekat kampung panas je. Pepatah Melayu . Masuk kandang kambing mengaum la.. So aku kena macam buat-buat pakai baju sejuk la.
Gambar menunjukkan di dalam flight ke jeju island
Deligasi Malaysia diwajibkan untuk duduk di hotel yang ditetapkan oleh mereka dimana Sebab-sebab keselamatan tidak boleh dipindahkan di hotel lain. Aku akur dengan kehendak International Maritime Organization (IMO) dan Korea Environment Management Cooperation (KOEM) .
Didalam bengkel ini adalah lebih kepada pengkongsian ilmu secara berjemaah .
Harga semalam di hotel ini adalah sebanyak 170,000.00 Won dan disebabkan pihak KOEM telah berbincang untuk mengurangkan harga bayaran kepada 140,000.00 Won =( RM 543.00/Malam).
Nasib baik UNDP menanggung semua perbelanjaan sewaktu aku disana.
Hari pertama pada ahad tersebut aku mula mengorak langkah untuk berjalan disekitar Jeju Island untuk mengenal lebih dekat kehidupan penduduk disana.
Sewaktu berjalan aku ternampak warga kaya Korea membeli ikan tuna yang masih hidup lagi didalam akuarium seperti didalam gambar sebelum ini. Aku agak terkejut mereka membeli ikan masih hidup dan seterusnya memotong isi tuna tersebut dan terus dihidangkan untuk santapan.
Aku hanya berjalan-jalan disekitar kawasan hotel tidak lebih daripada setengah jam kerana suhu bagi aku adalah terlalu sejuk. Seperti sedia semua tahu pulau jeju terkenal dengan 3 pekara dimana Angin, Wanita & Heritage . Sejuk disebabkan angin yang bertiup kuat membatalkan niat aku untuk berjalan-jalan disekitar hotel. Didalam pulau ini mempunyai punca angin yang banyak.. oleh itu jika dilihat di kawasan pantai, banyak kincir angin dapat dilihat kerana ianya membantu penduduk untuk menjana elektrik bagi kegunaan setempat.
Wanita? Yup didalam pulau ini wanita paling banyak berbanding lelaki kerana mengikut penerangan penduduk disini dahulu sewaktu perang Korea , semua lelaki dikerah untuk berperang dan hanya wanita sahaja menunggu dan terus tunggu . Kalau dilihat pada gambar pertama , berkemungkinan aku boleh dikategori sebagai lelaki gilaan wanita Korea. Itu hanyalah andaian dimana di Malaysia aku tidak laku( ayat merendah diri).
Bermula hari pertama dimana bengkel ini dimulakan dengan perbentangan daripada kerajaan Korea dan IMO berkenaan perlaksanaan MARPOL ANNEX V. Seperti biasa pada hari kedua dan ketiga aku memberikan sepenuhnya perhatian kerana pihak KOEM . Sebagai wakil malaysia , aku perlu memberikan perbentangan berkenaan perlaksanaan di malaysia dimana pengurusan Marine litter ini dan keberkesanan masih dalam pembangunan.
Negara membangun seperti Malaysia pengurusan memerlukan komitmen yang penuh jika ingin mendapat target yang Disasarkan .
Macam biasa aku ditugaskan memberikan perbentangan berkenaan perundangan, perlaksanaan dan persediaan untuk menghadapi perlaksanaan undang dunia yang dipersetujui semua. Itu adalah kerja wajib sepanjang trip 5 hari disana .
Kita cerita pasal trip lagi baik berbanding kerja dimana makanan masyarakat sana memerlukan yang segar.
Hari pertama adalah hari mee segera malaysia dimana aku membawa 6 bungkus mee segera cup. Kalau berjalan keluar negara, pekara wajib adalah MEE SEGERA
Seperti sedia kita faham didalam agama juga ada menyatakan jika berlaku dan merasakan was-was dalam beberapa pekara , kita tidak perlu buat. Pandangan aku sebagai seorang yang selalunya berada di tempat asing, aku merasakan kita perlu bijak didalam memastikan kelangsungan hidup supaya selari dengan keadaan semasa.
Tengahari aku diajar makan makanan laut dan itu adalah makanan utama rakyat korea dimana makan laut adalah makanan ruji mereka. Pekara pertama aku sampai disini aku telah memaklumkan pihak urusetia dimana keperluan makanan halal bagi wakil daripada Malaysia. Pihak urusetia menyatakan bahawa makanan di kawasan jeju kebanyakan berasaskan seafood dan percaya semua yang beragama Islam tiada masalah berkenaan makanan laut. Akan tetapi bagi mereka yang mempunyai tahap tertinggi was-was aku sarankan semua makanan perlu dibawa daripada rumah bagi mengelakkan masalah tersebut.
Sarapan pagi setiap hari
Tengahari terakhir di sini. Ikan dan sayur dan ikan dan sayur dll ... rutin kehidupan sebagai manusia di bumi Korea .
Secara jujurnya aku rasakan tidak perlu bercerita berkenaan dengan kerja aku kerana aku rasa ada baiknya Bercerita berkenaan dengan lawatan trip pada hari ketiga.
Bermula trip Mabuk didalam bas kerana berkemungkinan cara pemandu memandu bas deligasi .pening? Yup.
Fasiliti yang ditawar akan oleh KOEM bagi merawat air kotor . Kebiasaan air kotor / minyak dihasilkan oleh kapal dagang dan ini perlu dirawat sebelum dilepaskan ke laut.
Bergambar bersama ketua pengarah KOEM wilayah JEJU
Lawatan kedua pada hari tersebut adalah lebih kepada melihat kapal pihak KOEM melaksanakan penjagaan alam sekitar menggunakan aset sedia ada.
Pihak pengurusan KOEM membawa lawatan ke tempat heritage UNESCO yang biasa dilawati oleh pelawat daripada luar.
Tempat pertama dilawati adalah bekas kawasan gunung berapi (volcanic) .
Di Malaysia orang panggil lalang dan di kampung Jikalau terkena lalang kita akan gatal/miang
Boleh dilihat kawah yang beratus tahun selepas hasil daripada letupan. Dahulu apabila kita berlajar di sekolah , selepas berlaku letupan , menjadi kebiasaan tanah tanaman menjadi subur . Lihatlah sendiri bagaimana pemandangan sekitar.
Seongsan Ilchulbong Peak
Hampir 1 jam untuk memanjat gunung ini dan sangat berpuas hati dengan trip diatas puncak gunung ini. Hasil daripada bekas letupan gunung berapi dimana ianya terbentuk 2000 tahun dahulu.
Hari terakhir aku berjalan dikawasan wet market dinamakan DOGMUN MARKET dimana agak terkenal kawasan tersebut sebagai pusat membelibelah bagi penuduk setempat. Selepas habis bengkel aku mula mengatur langkah dimana :
Pandangan daripada atas mengenai pulau yang diisytihar oleh UNISECO
Pak Mat jaga ticket sempat bergambar.
Pintu masuk
Perjalanan boleh mengambil masa dalam setengah jam atau sejam untuk sampai ke puncak
Halfway
Hari terakhir aku berjalan dikawasan wet market dinamakan DOGMUN MARKET dimana agak terkenal kawasan tersebut sebagai pusat membelibelah bagi penuduk setempat. Selepas habis bengkel aku mula mengatur langkah dimana :
Ini adalah tempat yang sempat aku lawati sepanjang berbengkel di negara yang terkenal dengan running Man .
Tiada bezanya pasar disana dan di Malaysia
Pandangan makcik menjual sayur seperti mana dapat dilihat di Malaysia . Beza adalah makcik memakai baju sejuk sahaja.
Survenior di jeju ini adalah kebanyakan adalah berkaitan dengan patung. Disini setiap kampung diletakkan 2 patung untuk pintu masuk setiap wilayah/kampung/ kedai dimana ianya membawa maksud penjaga kawasan. Tidak hairanlah semua sevenior adalah dihasilkan mengikut kepercayaan setempat. Sebagai seorang malaysian yang dibesarkan dengan makan Tempe , aku rasakan tidak sesuai untuk dijadikan hadiah kepada keluarga dan rakan di Malaysia .
Dikawasan Dongnam market sebenarnya ada shooping kompleks dan ianya terletak dibawah tanah bersebelahan wet market tersebut. Ianya tersembunyi dimana didalam rata-rata menjual pakaian sejuk, kasut,alat penjagaan kulit dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment