Thursday, 29 June 2017

Adakah COR diperlukan di Malaysia ? Benci !

Persoalan aku apakah itu Certificate of Recognition COR ? kenapa isu ini berbangkit?

Tahukah untuk melayakkan pelaut asing (pegawai) untuk berlayar dikapal berbendera Malaysia perlu mempunyai COR?  Sebab tu ada perjanjian MOU STCW I/10 . Bukan senang pelaut asing Nak kerja kat Malaysia kan?


Menjadi tanggunjawap pentabir mengawal selia segala sijil berkaitan dengan STCW berkenaan dengan endorsan. Semenjak 15 April 1999 sehinggalah mesyuarat berkaitan pada 2002 dimana beberapa perubahan dibuat untuk menambah baik keperluan dan manjadi kewajipan pentabir sijil sesebuah negara setelah menjadi signatori kepada konvensyen tersebut.

Tahukah kita apakah kepentingan COR didalam menjana pendapatan negara ? Tahukah kita dimana negara mengalami masalah kekurangan pekerja mahir didalam hampir semua sektor maritim?


Malaysia mengambil langkah drastik dimana mula mengambil pendekatan untuk membuat penilaian kepada pelaut luar secara atas talian. 

Kita selalu dimomokkan oleh rakan-rakan dimana menyatakan ketidakpuashatian terhadap warga luar memasuki pasaran kerja bahagian maritim . Katanya mereka tidak pandai membuat kerja akan tetapi mereka tetap digaji kan dan seterusnya menerima gaji lebih daripada sepatutnya.

Pada tahun 2017 dimana notis NMPM 01/2017 dikeluarkan untuk EduCOR bagi memastikan semua pegawai luar yang mempunyai sijil kekompetenan layak dan faham tentang Malaysia . Mereka perlu lulus ! 


Adakah pelaut luar hendak bekerja di Malaysia lagi mudah? Seperti sebelum ini? Adakah cara ini membantu kita ? 


Aku difahamkan ia menggunakan konsep seperti peperiksaan secara talian. Beberapa set dan soalan diceraikan dan seterusnya setiap soalan tidak sama sekiranya peperiksaan bersebelahan diantara calon. Paling masalah adalah sebagai Malaysian seperti aku untuk menghadapi peperiksaan berkenaan perlembagaan , perundangan , pengetahuan am terhadap Malaysia .. aku memang tidak boleh lulus sebab pengetahuan aku adalah tahap jalanan sahaja. Bayangkan jika pelaut luar yang tidak tahu langsung tentang pekara itu? Pastinya memang susah hendak lulus.

Pandangan saya ia akan sedikit sebanyak membantu didalam pasaran kerja kita. Terima kasih kepada pentadbir maritim kerana cuba memuaskan hati kita sebagai " pelaut Malaysia ".

Siapa kata suara kita tidak pernah didengari? 

Sekurang-kurangnya sikit sebanyak membantu kita .. jangan la kita menghampakan dan memalukan kepada pentadbir kita kerana pekara kebencian ini. Buktikan kita pelaut yg kualiti! Ruang telah dibuka.. terpulang kepada kita untuk menterjemahkan kesanggupan kita membalas semula kepada pentadbir maritim kita untuk tanda terima kasih

No comments: