Wednesday, 12 November 2014

Malaysian suka viral kan?

hai,

Viral? Anda suka menjadi terkenal? Bagaimana caranya?
Kebelakangan ini kita asik mendengar beberapa isu dimana bagi aku sangat terpencil pekara tersebut dan dihebahkan menjadi lebih besar!

Aku sebenarnya adalah pengguna tegar laman social dimana banyak rakan dan page aku sertai bagi melebarkan sayap network. Daripada semua pekara yang aku minat sehinggakan kepada pekara paling aku benci. Kenapa?

Ini disebabkan kerana aku cuba belajar menerima seberapa banyak input ke dalam kotak pemikiranku dan cuba mengeluarkan maksud yang sesuai sahaja sesudah otakku membuat penilaian.
Secara jujurnya aku tidak akan terus mengambil secara bulat-bulat pekara yang disebarkan dan menjadi tanggunjawap sendiri berfikir bagaimana sesuatu itu berlaku seterusnya sehingga kesannya.


'Menjaga tepi kain orang' adalah salah satu ayat yang biasa kita dengar! mengapa? sebab ini adalah malaysian...laaaaa...orang malaysia.
Kita ambil satu contoh dimana keadaan dikampung.. kehidupan yang sangat komplek untuk dibuat penceritaan.
 Dikampung dulu sewaktu zaman kedaifan dimana rezeki adalah datang daripada usaha penat jertih untuk hanya merasa ayam goreng dimana sebulan sekali sahaja. Kekurangan ini kekadang telah diambil oleh mereka (orang Kampung) membantai keluarga yang lemah seperti saya. Contoh pekara yang umum biasa adalah jika ada saudara yang datang dari jauh berkereta menjalang panjang dan besar akan menjadikan viral dikampung. Biasanya orang ini akan membawa berita ini sekeliling kampung dan menjaja cerita yang tidak mungkin difikirkan oleh manusia biasa.
Konsepnya adalah keluarga ku miskin dan pabila sekali sekala adanya kereta besar dihadapan rumah akan disangka penjual dadah.
Itu adalah contoh pemikiran yang sempit sewaktu dikampung  dan aku percaya bukan semua tempat berlaku seperti aku ceritakan. Ini aku berikan sebagai contoh bagi melihat pemikiran didalam kotak yang mempunyai pengaruh yang besar kepada kejadiaan ketenteraman.
Ia..ini adalah hakikat kehidupan. Kita rakyat malaysia suka menilai manusia daripada segi luaran daripada dalaman. Cepat sekali kita memberi keputusan walaupun dengan sekelip mata sahaja gambar yang dilihat , akan dijadikan bahan memfitnah.

Pernah merasa jalan raya yang sangat sesak berpuluh KM kerana adanya kemalangan di sebelah jalan? walaupun pada hakikatnya jalan yang dilalui tiada kemalangan berlaku? cukup kah contoh itu?

Pernah melihat dan mendengar penguatkuasa atau penjawat awam dikutuk dan dicaci kerana menjalankan tugas? Saya percaya kebelakangan ini ada pihak yang mahu menjadi wira keyboard yang hanya tahu mengutuk, mencaci, menyindir dan mengeluh sahaja! Aku agak sedih dengan malaysian yang katanya suka mengambil berat diantara satu sama lain. Jangan lah kerana fahaman politik akan menyebabkan kita saling bergaduhan kerana semuanya menegakkan pekara yang tidak sepatutnya kerana meraih simpati secara trajis.

Aku faham itu adalah lumrah manusia, kekadang kita tidak puas dengan apa yang ada di tempat kita dan seterusnya memperjuangkan pekara yang tiada hala tujunya. Mengherdik, mencaci, mengumpat, menyindir didalam laman sosial kerana menyatakan ketidak puashatian adalah salah satu pekara menunjukan tahap kebodohan kita kepada orang lain. Rakan-rakan yang aku sayangi! kita masih boleh mengubah pekara tersebut dengan cara yang diplomatik berbanding menghentam didalam laman web, jalanan dan sebagainya. Aku percaya semua rakan yang aku sayang tidak seperti aku katakan.

Aku ajak semua rakan-rakan berfikir secara rasional sebelum memberi kata-kata yang kekadang boleh menyentuh perasaan mereka yang tidak bersalah. Cuba kita berada di kasut mereka? Apakah perasaan apabila diherdik diperli begitu?

"Kita hanya suka bercakap sahaja berbanding membantu dan memperbaiki"



Monday, 10 November 2014

Pressure tertinggi dikala sampai kemuncak

Tekanan!!!

Adakah tekanan belajar adalah membolehkan aku membuat coretan ini?

Tapi adakan berkesan jika aku ceritakan didalam ini? owh!!

Wednesday, 27 August 2014

MERCY mission kampung sungai tiang

Mercy Malaysia.
15 Aug 2014

Jam 0500 aku sudah bangun untuk bergerak dari port klang ke kl sentral dengan menaiki komuter dan agak kecewa kerana aku terpaksa menunggu lama. Agak hampa dengan servis yang ditawarkan oleh komunter kerana sepatutnya jam 5 setengah sudah ada di perhentian sepatutnya. Aku agak risau dengan perjanjian dengan kak za yang dimana aku menyatakan bahawa jam 0700 sepatutnya sudah berada di lokasi yang ditetapkan.

Akhirnya jam 0645 aku tiba dan tugas pertama aku adalah mencari surau Kl Sentral yang terletak jauh ke belakang dan memang bagi aku tidak mesra penumpang. Setelah selesai solat aku berjumpa dengan semua sukarelawan yang terlibat di perhentian bas berhadapan dengan hotel terkenal di situ. Dimulai dengan perkenalan dengan sukarelawan lain yang telah sampai pada waktu tersebut.

Aku ditugaskan untuk memandu kenderaan pacuan empat roda Hilux ke jeti awam tasik banding dimana tempat semua sukarelawan menaiki bot bersama-sama. Tapah adalah hentian rehat tempat kami menikmati sarapan pagi dan pada yang sama ketua misi kak za memberikan penerangan berkenaan perjalanan misi.
Sesudah penerangan diberikan kami semua mula bertolak ke grik untuk membeli barang keperluan makanan selama 3 hari disana. Seperti sedia maklum hari itu adalah penghulu segala hari dimana diwajipkan kami lelaki menunaikan solat jumaat. Tempat persinggahan di grik dimana aku dan kaum lelaki semua menunaikan solat wajib di masjid pekan gerik .
Makan tengahari adalah makanan segera dan ianya demi mengejar masa kerana semua sukaralawan  perlu sampai di jeti sebelum jam 4 petang.


Abg long (taukeh bot) telah menunggu dijeti ketika itu untuk membawa kesemua sukarelawan ke kampung sungai tiang (perkampungan orang asli) dimana mengambil masa perjalanan selama satu jam setengah .
Empat buah bot telah digunakan bagi mengangkut pekakas dan sukarelawan .

Sepanjang perjalanan ke sana kami semua menikmati hutan dara yang tidak pernah lagi dicemari oleh orang luar.Aku pernah melihat satu video menunjukan bagaimana gajah berenang menyeberangi tasik beberapa tahun dahulu. Keinginan menyaksikan pekara itu adalah sangat tipis kerana kumpulan kami mempunyai tugas yang lebih penting. Kemungkinan satu hari nanti akan aku kembali semula bagi melihat keajaipan itu berlaku kembali.

Setelah sejam lebih perjalanan akhirnya kami pun sampai di tempat yang dituju dan kami semua akan merancang bermalam disurau dikampung tersebut kerana tiada tempat yang sesuai untuk menginap. Bagiku orang yang dibesarkan dibandar akan merasa sangat tidak selesa kerana untuk tiga hari perlu menghadapi kehidupan yang sangat mencabar.

Semua pekakas perubatan dan bantuan dipunggah daripada bot ke tempat bakal penginapan kami. Bayangkan kami semua sampai lambat ,pada masa itu hari sudah gelap dan semua perlu membawa alatan ke tempat penghinapan kami secepat yang mungkin. Bermulanya penyediaan lampu, wayar, generator, tempat memasak dan sebagainya. Agak sibuk juga pada waktu itu kerana persediaan perlu dibuat bagi mengelakkan waktu gelap.
Biasalah yang lelaki selain daripada penyediaan kuasa electrik, tempat memasak juga perlu disediakan bagi memudahkan kaum hawa membuat penyediaan makan malam pertama disana. Pihak mercy telah menyediakan semua alatan dan tanpa diduga kami mempunyai masalah dengan dapur gas yang dibawa. Bermulalah episod tikus membetulkan labu dan akhirnya hanya satu set dapur gas yang boleh digunakan untuk memasak pada malam itu dan semestinya mengambil masa panjang untuk memasak semua masakan yang seperti didalam perancangan.

Malam tersebut adalah seperti  malam yang panjang untuk makan dimana dengan perut yang lapar semua terpaksa menunggu sehingga siap makan. Mujurlah kita mempunyai tukang masak yang ramai dan makanan yang disediakan adalah mengalahkan hotel berbintang-bintang.

Selepas sesudah makan kami semua berbincang untuk program yang dirancang dan keperluan untuk esok hari. Aku ditugaskan penyampai segala informasi berkenaan program pada hari kejadian dimana aku pun tidak beberapa yakin dengan tugas yang diberikan, almaklumlah kali pertama diberikan tugas bercakap tanpa teks .

Malam pertama aku menyegarkan badan dengan mandi pada jam 2330  kerana masing-masing beratur menunggu giliran mandi.  Air yang digunakan adalah puncanya datangnya daripada gunung yang berdekatan dan bersyukur kerana aku percaya pihak kerajaan telah menyediakan pasarana seperti sistem paip, tandas, rumah untuk penduduk pribumi di kampung tersebut.
Ada diantara kami yang diserang anjing kerana mandi dikawasan tidak sepatutnya dan aku percaya sukarelawan ini mempunyai kuasa melembutkan hati anjing tersebut daripada mengganggu. Tapi dimana yang lain-lain tidak datang membantu ketika itu? jawapan aku boleh katakan diantara survey adalah "Aku Takut".

Tepat jam 0000 generator dimatikan bagi menjimatkan minyak dan sebagainya. Sleeping bag adalah peneman malam aku pada hari itu dan yang pastinya nyamuk juga menamani tidurku.

Jam menunjukan pukul 0630 dimana kebanyakan mereka telah bangun pada awal pagi bagi penyediaan program pada hari tersebut. Sarapan pada pagi pertama itu telah disediakan oleh sukarelawan yang aku percaya sangat meminati masakan dimana perasaan cinta , sabar menyebabkan rasa masakan sarapan pagi seperti di hotel. Terima kasih kepada mereka yang tidak jemu memegang kuali dan sudip bagi menyediakan makanan kami semua.

Sepatutnya program yang kami jalankan dibuat di kawasan dalam sekolah dan disebabkan pengubahsuaian sekolah ,ketua program terpaksa mencari alternatif lain dimana balai raya menjadi pilihan terakhir . Oleh itu kami terpaksa mengubah /mengatur perjalanan program yang baru dimana kawasan yang agak terhad.


Pagi lagi aku sudah mula berjalan ke kawasan kampung untuk memberi informasi berkenaan program yang akan kami jalankan. Pertama kali agak kekok kerana kemungkinan cara berkominikasi bersama penduduk pibumi adalah berlainan sedikit . Aku rasa diejek kerana mungkin pertama kali berurusan dengan mereka dan aku terima itu semua kerana amalan dibandar tidak boleh digunapakai di kampung tersebut. Aku mengubah keputusan drastik dimana cara aku membina perhubungan dengan mereka menggunakan konsep bersalaman dan kanak-kanak.

Bila dengar sahaja gigi aku pasti orang pribumi terus takut hendak datang dan semestinya pandang balai raya pun tidak. Banyak orang dewasa hanya berlalu jalan melewati balai raya sahaja berbanding mendapatkan perkhidmatan free.

Aku ditugaskan membantu permainan berinteraksi dengan kanak-kanak pribumi dikampung tersebut dan mendapatkan perhatian mereka bagi aku agak sukar kerana perasaan takut yang diwarisi. Seperti aku katakan tadi bahawa kanak-kanak adalah resipi segalanya dan aku gunakan serangan saraf dimana kunci crowd adalah kanak-kanak gembira. Aku mengambil pendekatan dengan mengajak mereka bermain bola di mana kebetulan kanak-kanak 2-3 orang duduk dibawah pokok tanpa membuat apa-apa.

Aku difahamkan oleh ketua program dimana didalam perpustakaan kampung adanya gambar rajagopal jurulatih bola malaysia dan secara terang-terang bola adalah salah satu alat bagi menarik minat mereka. Sukan adalah sangat penting dimana ianya boleh merapatkan perhubungan semua walaupun mempunyai idologi, fahaman, politik yang berlainan. Aku bagi satu contoh dimana nelson mandela perdana menteri Afrika selatan telah menggunakan media sukan(Rugby) sebagai merapatkan jurang perkauman diantara kaum kulit putih dan kaum kulit hitam. Hasilnya beliau berjaya menyatupadukan rakyatnya.

Daripada situ teori yang aku gunakan telah menyebabkan sukarelawan tidak terlayan kanak-kanak yang hendak bermain tanpa berhenti. Hampir 70 orang kami berjaya mengajak mereka bermain dan pada masa yang sama pendidikan kehidupan sihat secara tidak langsung diberikan kepada mereka. Dalam masa setengah jam aku lihat semakin ramai ibu bapa kanak-kanak tersebut menghampiri kawasan anak-anak mereka bermain. Ia bermaksud makin mudah untuk sukarelawan menjemput mereka menjalani pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi dengan pujukan kasih sayang.

Agak mengejutkan dimana jumlah pemeriksaan gigi mencapai hampir 40 orang berbanding misi yang lepas dimana anggaran diantara 7-8 orang purata. Tidak kurang juga ramai penduduk kampung membuat pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pihak Pfizer iaitu sponser misi kali ini . Strategi untuk memanggil penduduk kampung untuk membuat pemeriksaan gigi adalah doc(sukarelawan) rapat dan berbual dengan mereka bagi membiasakan diri supaya tidak perlu takut dengan pemeriksaan gigi. Memang aku katakan berkesan cara sikologi yang telah dijalankan oleh setiap petugas sukarelawan kali ini.


Waktu rehat aku didendangkan dengan lagu fresh dari ladang dimana anak muda orang asli memainkan lagu khas untuk petugas Mercy Malaysia.
Makan tengahari pihak Mercy Malaysia berbesar hati  memberikan makanan kepada penduduk kampung sekitar 300 orang dan agenda petang itu diteruskan semula dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, kraftangan ,melukis bagi kanak-kanak dan seterusnya membuat rawatan kutu.


Setelah semua selesai aktiviti pada hari tersebut , kami semua mula mengemas tempat yang digunakan dan mengembalikan kepada keadaan asal. Sebelum membuat acara penutup , acara sesi bergambar mula mengambil tempat.

Akibat penat dengan aktiviti patang siang hari, sedar tidak sedar malam mula melabuhkan tirai.
Lapar? malam itu kita telah melantik tukang masak dari mercy staf dimana sebagai orang muda didalam kumpulan itu, beliau diberi penghormatan untuk menyediakan juadah pada malam itu. Pujian masakan yang sedap tidak lekang dari mulut semua sukarelawan yang terlibat. Setelah di tanya apa resepi yang digunakan, aku dengan tidak malu tolong menjawapkan untuk si tukang masak" Kasih sayang dari hati yang suci " semasa memasak adalah hasil yang fantastik.

Selepas makan malam, kami semua membuat postmoterm perjalanan activiti pada hari tersebut dan hasilnya adalah baik. Akhir sekali permainan telah dibuat bagi mengembirakan semua sukarelawan dimana sikit sebanyak merapatkan kami semua secara luaran. Menari adalah denda yang paling ditakuti aku.

Malam itu tidur ku ditemani okestra yang tidak harmonis susunan suaranya.
Aku paksakan juga tidur kerana itu adalah lumrah manusia.

Sarapan hari terakhir telah disediakan oleh 2 orang sukarelawan yang cantik jelita yang datangnya dari muar dan PD. Paste tuna sandwich adalah bagi aku makanan paling sedap sekali apabila dua anak dara ini yang menyediakannya.


Setiap pertemuan itu ada perpisahan dan hari ketiga adalah hari sukarelawan meninggalkan kenangan terindah di per kampung sungai tiang.


Selamat tinggal












Monday, 11 August 2014

Sendirian mengurus masa di atas kapal cara terhormat

Kapal? kenapa kapal selalunya dinamakan nama perempuan? kenapa kapal dilayan seperti perempuan?
Eagle Virgina

Sepanjang minggu ini aku hanya banyak duduk dirumah sahaja dan teringat pengalaman sewaktu dikapal dahulu. Didarat jika setengah jam kita duduk dibilik sudah rasa kebosanan tahap maksimum yang membolehkan perkembangan otak terbantut. Tetapi dikapal duduk dibilik selama 12jam tanpa keluar adalah masih biasa lagi. Kenapa? kita cuba mengupas pengalaman kehidupan dikapal.

Biasanya kapal yang berlayar tanpa had mempunyai kontrak selama 6 bulan bagi setiap kali berkhidmat diatas kapal. Ada sesetengah kapal mempunyai kontrak yang berlainan  diantara ,seperti 6 bulan untuk crew biasa dan junior officer dan 4bulan untuk top four officer. Kapal Oil dan gas biasanya mempunyai kontrak yang pendek dan biasanya berlayar dipersisiran pantai. Tidak seperti kapal yang berlayar tanpa had dimana perlukan kontrak yang panjang bagi memudahkan syarikat membuat pertukaran crew. Jika kontrak kapal berlayar tanpa had dibuat pendek sahaja ini akan menyebabkan kenaikan kos pengurusan, pertukaran crew dan kesiapsediaan kapal tersebut memasuki port dalam jangka masa pendek.

Sesudah kaki menjejakkan diatas besi kapal dan ia bermaksud kehidupan seperti didalam penjara gembira. Kehidupan menghambakan diri telah bermula dimana segala tenaga akan dicurahkan untuk memastikan kapal berjalan dengan baik.


Lagu ini memang sesuai dengan perjalanan seorang pelaut sejati.
http://youtu.be/mWhF_pgE_CU

Sebenarnya kekuatan bertahan lama kerja dikapal adalah kerana didorong oleh rakan-rakan yang menyokong dan membantu. Gambar diatas adalah Bosun lama syarikat aku dan dialah tempat aku mengadu jika berlaku pekara yang membolehkan aku naik minyak. Banyak kali aku ditenangkan olehnya apabila minyak itu berada dipenghujungnya dan hanya untuk menunggu dicucuh api sahaja. Resepi aku dapat bertahan sampai setahun dikapal adalah kerana aku selalu lepaskan masalah, kemarahan, ketidak puashatian kepada rakan yang sanggup mendengar. Oleh sebab itu aku berjaya menguruskan diri aku setiap kali berlayar.

Kembali semula persoalan bagaimana hendak bertahan diatas kapal dan apa yang perlu dibuat ?
Aku hanya bercerita tentang routine kehidupan aku dengan bagaimana menghabiskan masa diatas kapal. Cara yang aku lakukan adalah tidak sama dengan dengan apa yang tuan-tuan alami, kemungkinan boleh menggunapakai cara ini dan mengubah mengikut kesesuaian tempat bekerja.

Versi VLCC di lautan

0600 bangun solat subuh
0615 Senaman ringan didalam cabin
0700 Naik bridge membuat panggilan keluarga (INMARSAT)
0730 Sarapan pagi
0750 Round check dan terus ke engine room
0800 Tool box meeting
  -
1700 UMS
1730 Gym
1800 Makan
1900 Pinjam movie dari (SRC)
1930 Mula menonton
0000 Tidur.

Biasanya ini adalah routine aku seharian sewaktu hari berkerja.
Jika hari bercuti adalah lain sedikit dimana banyak masa dihabiskan dengan bersukan disekeliling kapal atau duduk di bilik sauna di E/R.

Cara pelaut bersosial diatas kapal adalah dengan berkumpul di mess room , smoking room dan tempat sewaktu dengannya. Biasanya didalam kapal mereka mempunyai ship recreation club (SRC) yang merancang activiti - aktiviti kru selepas waktu kerja. Mereka bertanggunjawap memastikan semua anak kapal selesa menjalani kehidupan seharian. Aku pernah memegang tanggunjawap sebagai pengerusi SRC dan aku rasa agak besar tanggunjawap tersebut dari segi perancangan activiti bersama diatas kapal. Selain menguruskan program bersifat sukan, permainan, keraihan ia juga menjadi pengantaraan anak kapal dan agent didarat setiap kali kapal menghampiri daratan. CD,DV, Gym equipment dan keperluan anak-anak kapal biasanya adalah permintaan mereka . Jika diberi lantikkan menjadi SRC pengerusi  dan semestinya mereka akan sampai kering idea .

Semestinya pengerusi akan berbincang dengan Kapt kapal bagaimana hendak memenuhi permintaan anak kapal. Biasanya pihak syarikat mempunyai agent di kawasan-kawasan tempat persinggahan kapal dan tugas aku akan menghubungi mereka untuk membincangkan bagaimana hendak mendapatkan apa-apa sahaja keperluan . Setiap senarai permintaan anak-anak kapal akan dihantar kepada agent untuk disediakan .

Pengalaman yang paling menarik menjadi pengerusi SRC  adalah dimana menerima pesanan anak kapal untuk membelikan kuda hidup bagi digunakan diatas kapal, kucing parsi, isteri , kekasih dan bermacam-macam lagi yang tidak masuk akal.  Itu adalah cabaran yang biasa aku terima dan sebagai pengerusi mana yang aku kira tidak sepatunya akan aku tolak . Pernah sekali aku ditugaskan menguruskan party new year yang  besar-besaran. Dana SRC yang diberikan oleh syarikat digunakan semuanya untuk party tersebut,permainan dan hadiah bertuah disediakan bagi mengembirakan crew kapal.Ini berlaku apabila akaun SRC hendak ditutup bagi setiap 3 bulan.

Itu adalah salah satu cara aku dan rakan-rakan pelaut menghabiskan masa bersama untuk bersosial bersama-sama. Dengan cari begini kami akan menjadi lebih rapat lagi sebagai satu keluarga . Karaoke , menonton filem, permainan video game adalah salah satu pekara wajib setiap kali kami berkumpul. Sememangnya bukannya semua crew akan berkumpul sama menonton filem dan ada yang lebih selesa menghabiskan masa dibilik sahaja.

Aku buat apa ? Bilik aku biasanya mempunyai TV bersama pemain dvd bagi memudahkan pegawai atasan berehat dibilik. Aku biasanya akan meminjam DVD 2-3 filem untuk ditonton sepanjang malam pada setiap hari.Bayangkan jika aku berkhidmat selama 4 bulan dikapal? berapa banyak movie akan aku tonton?

Dari cerita, english, russian, india(hindustand) , tamil , melayu sehingga segala filem berkenaan kewarganegaraan di atas kapal akan aku tonton.

Selalunya setiap kali aku menaiki kapal yang berlainan, filem yang ada dikapal tersebut tidak semua akan sama. Kekadang filem yang gemar aku tonton akan aku ulangi berkali-kali kerana konsep menghabiskan masa di kapal. Jika didarat aku rasa kita tidak mempunyai masa seperti mana dikapal.

Pada zaman teknologi ini ada sesetengah pelaut sudah mula berjinak-jinak dengan bidang photographer. Tidak kira gadjet dari jenis , kamera DLSR, pro, iphone dan sebagainya digunakan untuk dikongsikan di sosial media.

Aku percaya kebanyakan kapal sekarang sudah dilengkapi dengan sistem internet dimana membolehkan anak kapal berhubung dengan tersayang dengan lebih rapat.  Laman sosial digunakan bagi mendekatkan jurang dan ada yang menggunakan untuk perniagaan.

Sebenarnya masih banyak cara yang aku tidak nyatakan disini kerana aku pasti tidak semua akan bersetuju dengan cara aku menghadapi sehari-hari dikapal.


Laut adalah jiwaku







Friday, 18 July 2014

MH17 Tragedi menyayat hati (IM STANDING WITH YOU MALAYSIA)


Terpanggil aku hendak menceritakan tentang tragedi yang jarang-jarang berlaku didalam sejarah malaysia menyebabkan kematian yang besar. Pada April yang lalu pekara yang sama juga berlaku di Laut China Selatan dimana kehilangan MH 370 sehingga sekarang masih tidak dijumpai. Dugaan besar terhadap negara memerlukan kita rakyat malaysia bersatu dan tidak perlu mempolitikkan dan seterusnya memalukan negara kita sendiri kepada  luar.
Hari ini 17july 2014 dimana dunia dikejutkan dengan peristiwa dimana pesawat nasional negara MALAYSIA AIRLINES MH17 terhempas di negara sedang bergolak di Ukraine . Daripada sumber berita telah menyatakan bahawa MH17 telah ditembak jatuh oleh pemberontak Ukraine .link perbualan mereka https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=846244958741302&id=114016628630809 

Pergolakkan berlaku diantara negara russia dan ukraine dimana sebahagian daripada prorussia (rakyat Ukraine) ingin mengembalikan semula wilayah ke russia . Pergolakan tersebut masih berterusan sehingga sekarang dimana masih tiada lagi jalan penyelesaian sehingga kini. 

Ada dimana teori menyatakan bahawa warna kapal terbang russian seakan-akan sama dengan malaysia airlines. Ini kemungkinan diantara salah satu penyebab kemalangan berdarah ini berlaku. Didalam perbualan tersebut menyatakan itu adalah salah MH17 kerana memasuki ruang udara mereka. Didalam perbuatan tersebut juga menyatakan pesawat penumpang ini tidak sepatutnya nemasuki ruang udara mereka. 
Teori terbaru dimana katanya jet pejuang terbang berdekatan dengan MH17 dimana percubaan Ukraine untuk mengacah puak pemisah untuk menembak mereka. Apabila dilepaskan tembakan jet tersebut mengalih pandangan target kepada pesawat MH17 dimana titik panas pesawat penumpang itu ditukarkan kepadanya. Agak tinggi teori yang diwar-warkan dilaman sosial media.

Walau bagaimana teori yang ada kita biarkan pihak berkuasa menyiasat pekara yang sebenarnya berlaku. 
Disini jangan kita memberi spakulasi luar pemikiran akal yang tidak sepatutnya yang boleh mengganggu penyiasatan dan seterusnya sedikit sebanyak menggangu perasaan ahli keluarga yang terlibat.

295 jumlah penumpang bersama dengan anak kapal didalam perjalanan daripada amsterdam - malaysia. Setakat ini yang diketahui daripada media cetak menyatakan tiada yang terselamat. 
Banyak gambar sedih keadaan penumpang yang terkorban. Salah satu menyentuh hati aku ialah seorang kanak-kanak masih lagi memakai tali pinggang keselamatan terikat dikerusi meninggal dunia dengan cara yang menyayat hati.

Sanggupkah kita memperlakukan pekara ini kepada anak orang lain? Jangan disebabkan perbezaan ideologi dimana akan menyebabkan sistem otak tidak berfungsi . ianya berlaku sekarang ini dimana disebabkan kefahaman yang berlainan ,mereka yang tidak bersalah turut terkorban.

Hampir kesemua syarikat  Airlines telah mengarahkan kesemua kapal mereka mengubah haluan serta merta diatas ruang udara Ukraine bagi mengelakkan pekara sama berulang.

 Diatas menunjukan taburan pesawat komersial yang dimana di kawasan udara Ukraine tidak digunakan sebagai laluan kapal terbang komersial buat waktu ini.
Berita yang baru diterima juga ada menyatakan selepas MH17 melalui kawasan tersebut , ada kapal terbang komersial lain lalu di laluan yg sama iaitu MH3 , pesawat dari India yang membawa menterinya dan lain-lain.

Bagi negara yang mempunyai penumpang terbanyak telah mula memberikan penghormatan  terakhir di kedutaan mereka di Ukraine . Kesedihan yang ditanggung oleh keluarga penumpang adalah tidak tekata hendaknya.
 Didalam tweeter  telah menunjukan 6 sekeluarga serba berbaju hijau berpakaian baju melayu yang hendak balik beraya dimalaysia menemuai ajalnya kerana kesalahan orang lain.
Agak sedih salah seorang daripada penumpang adalah pelaut sejati malaysia. Beliau graduan daripada ALAM Melaka dan berkhidmat di syarikat perkapalan gergasi dunia. Kehilangan beliau adalah salah satu kehilangan besar pada negara maritim secara amnya.

" Berat mata memandang ..Berat lagi bahu memikul"
Kesedihan menunggu orang yang disayangi pulang tidak kunjung tiba dan ianya berlaku kepada sesiapa sahaja yang bernama manusia. Jika berlaku kepada kita bagaimana kita akan menghadapinya?

Teringat aku waktu aku balik daripada kapal signing off Airport Schipol-Amsterdam pada tahun 2001 dimana kali pertama menaiki penerbangan jarak jauh pulang ke Kuala Lumpur. Memang excited apabila nama disebut untuk pulang ke tanah akhir pabila hampir setahun berkhidmat diatas kapal dagang.

Aku menunggu untuk bording flight pada masa itu hampir 5 jam dimana kebanyakan masa aku gunakan untuk berjalan-jalan di kawasan kedai free duty bagi mengisi masa lapang. Pekara paling aku tidak lupa sekali adalah aku disapa oleh pramugari mengucapkan Selamat Pagi sewaktu hendak mendaftar masuk. Sangat gembira kepalang kerana sekian lama tidak mendengar orang malaysia bercakap malaysia di luar dari negara tanah tumpah. Dengan hati yang berbunga aku melangkah masuk ke tempat duduk yang ditetapkan.

Aku boleh katakan sepanjang aku menggunakan perkhidmatan penerbangan asing, Malaysia Airlines adalah terbaik diantara semua  syarikat yang ada dibumi ini. Layanan yang baik yang diberikan walaupun kita berada di dalam kelas ekonomi sikit sebanyak mengurangkan tekanan perjalanan selama 12jam ke malaysia.

Aku merasa selamat apabila Kapt kapal terbang tersebut memperkenalkan diri dalam bahasa malaysia walaupun berlain bangsa dan secara terus terang aku katakan , aku sangat bangga dengan kemampuan orang malaysia . Alhamdulilah setelah mengharungi 12 jam jarak perjalanan dimana hampir 10 movie aku tonton + games + makan yang banyak akhirnya kapal terbang tersebut mendarat di lapangan terbang KLIA pada jam 0630.

Dekat sini aku bukanya bermaksud hendak mempromosikan malaysia airline , tetapi aku berbangga kerana dapat menaiki kapal terbang malaysia dan seterusnya bersama krew kapal dari malaysia. 
Setiap kali melewati terminal lapangan terbang dunia, setiap kali itu juga aku nampak lambang wau merah. Ianya sudah membuatkan aku jalan mendada kerana bangga menjadi rakyat malaysia.
Dari segi standard Mas Airlines mempunyai jauh perbezaan dengan syarikat kapal terbang luar lain. Ianya juga telah dibuktikan oleh badan NGO memberi pengiftirafan yang menjaga standard penerbangan dari segi layanan.Ini adalah pendapat aku sahaja sebagai bekas penumpang syarikat tersebut.

Sehingga sekarang aku masih percaya dengan kewibawaan syarikat national malaysia dimana kru menerima Latihan dan mempunyai kompetensi yang baik.

Agak sedih dengan berita dimana MH17 mengakhiri perkhidmatannya diudara setelah 17tahun berkhidmat.
Kita sebagai rakyat malaysia bersama kita berganding tangan dan cuba ketepikan fahaman dan sikap menuding jari . Bersama-sama kita berdoa kepada mangsa dan keluarga supaya dipermudahkan segalanya.
Al-Fatihah

Tuesday, 15 July 2014

Berpuasa dan menyambut syawal di kapal seorang diri (seafarer)

Pengalaman 10 tahun bekerja di rantauan adalah saat paling berharga dan sangat sukar sekali . Kebiasaan kita menyambut hari raya puasa pada 1 syawal setiap tahun dengan meriah bersama keluarga tersayang . Jelas kegembiraan diwajah mereka kerana dapat melengkapkan segala kehendak yang ditetapkan seperti didalam ajaran agama islam. Bagi mereka yang mempunyai daya dan usaha akan meneruskan puasa 6 .

Pengalaman beraya dikapal?
Pada tahun pertama aku bekerja sebagai jurutera aku dibenarkan pulang untuk menyambut syawal bersama keluarga (2001) . Itu adalah pembukaan kerjaya aku sebagai pegawai pengawasan diatas kapal malaysia. Aku rasa jika berlayar diatas kapal malaysia dan mempunyai majoriti pelaut malaysia adalah pekara yang sangat disukai! , mana tidaknya sekurang-kurangnya chef cook memasak rendang pada pagi raya.

Selepas itu sepanjang 9 tahun raya aku bersendirian menyambut syawal dimana tiada rakan seagama yang menyambut. Puasa? sememangnya bergantung pada nasib dan kekadang puasa aku melebihi  setengah hari bergantung kepada negara aku bekerja. Puasa diatas kapal adalah pekara yang paling sukar sekali kerana keadaan persekitaran yang berlainan. Dimana sebagai crew kapal aku diperlukan untuk bekerja sehingga setiap masa sehingga mengeluarkan peluh melampau. Seperti sedia maklum suhu dikawasan bilik injin boleh mencecah sehingga 40 degree Celsius . Jika kapal melalui kawasan middle east (kawasan arab) suhu sehingga 60 degree Celsius terutamanya bulan jun, july dan aug.

Kerja di bahagian injin  boleh katakan perlu menghadapi kepanasan haba mesin yang melampau. Biasanya apabila kita mengambil pengawasan untuk memeriksa sekitar bahagian injin , ianya sahaja sudah mencukupi untuk membuatkan seluruh baju basah seperti kena hujan. Bayangkan jika sedang berpuasa? bagaimana keadaanya? Ada pernah sekali diwaktu bulan puasa, injin yang aku jaga mengalami masalah yang memungkinkan kapal tersebut Blackout. Aku terpaksa menghadap injin tersebut selama 2 hari kerana jadual pelayaran yang sangat ketat. Hanya minuman sahaja menjadi alas perut sewaktu berbuka didalam bilik injin. Peneman setia makanan segera Remen (ala2 meggi) sahaja makanan buka aku setelah selesai kerja-kerja menyelenggara.

Puasa bersendirian dimana pencampuran diantara warganegara dan berlainan agama adalah paling sukar dalam menempuh kehidupan sepanjang ramadhan. Minority adalah penyebab utama dimana makanan perlu disediakan sendiri, sebagai contoh di US buka puasa biasanya jam 8mlm dan waktu makan di atas kapal jam 6ptg.

Aku terpaksa mengambil inisetif sendiri untuk menyediakan makan berbuka dan mahupun sahur. Seperti aku maklumkan tadi kehendak kapal dimana dapur hanya dibuka sehingga jam 6 petang dan dibuka semula pada 6 pagi. Ini bermaksud tiadanya barang mentah untuk dimasak dan selalunya aku tidak berbuka dan kalanya tiada sahur. Bayangkan sepanjang sebulan berpuasa aku bagaikan hendak menangis sepanjang hari kerana diperlakukan begitu.

 Tetapi itu hanya sekadar sementara sahaja kesedihan yang ditanggung. Aku mula menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut selepas mentality dapat menerima keadaan tersebut. Sesiapa yang berada diatas kapal mempunyai masalah yang sama dengan aku perlu membuat penyediaan dari segi mental kerana ia juga biasanya menyebabkan kita tewas jika tidak melawan secara logikal. Mindset perlulah di pastikan kuat asasnya.

Pernah sekali dimana satu kadet injin telah dihantar ke kapal aku dan sememangnya waktu itu adalah bulan puasa. Selepas 2 hari naik dikapal tersebut beliau berjumpa dengan aku menagis mengadu tidak tahan dengan dugaan diatas kapal. Aku menceritakan pengalaman aku tentang kehidupan berpuasa selama bertahun dengan syarikat tersebut. Selepas seminggu beliau berada diatas kapal, beliau telah meminta untuk dihantar pulang kerana tidak berdaya menghadapi puasa diatas kapal tersebut. Aku kekadang bertanya kepada diri aku sendiri kenapa aku boleh bertahan?

Bercerita tentang beraya diatas kapal? aku tidak pernah nampak manis dari pahit . Didalam hidup aku diatas kapal apabila menjelang 1 syawal  seperti tiada apa-apa makna. Contohnya bangun pagi jam 7, mandi, pakai baju kerja(Boiler Suit) pergi ke  tempat makan (mess room) dan makan sarapan seperti biasa . Maksud aku hari 1 syawal itu tiada apa-apa yang menunjukan seperti perayaan yang ditunggu-tunggu seperti didaratan. Jika ada 2-3 orang crew kapal islam barulah diberikan cuti dan yang paling indahnya cuti yang diberikan itu aku gunakan untuk tidur dari pagi sampai ke petang.Selepas 2 tahun aku menghadapi saat raya diatas kapal, bagiku tiada apa-apa makna lagi erti 1 syawal itu.Kenapa aku nyatakan waktu cuti itu aku tidur sepanjang hari, Aku bukan jenis kaki tidur dan tetapi ini disebabkan apabila raya berseorangan ia sedikit sebanyak ia akan mengigatkan aku kepada suasana raya di daratan bersama keluarga. Bagi aku waktu itu apabila lepas bangun tidur petang, raya sudah pun mula menutup tirai dan seterusnya aku berjaya melewati dugaan hidup bersendirian.

Aku percaya orang yang paling gembira untuk menyambut hari raya adalah kanak-kanak kerana mereka menghadapi puasa sepanjang bulan. Habuan puasa penuh juga menjadi bahan ukuran mereka dan paling mereka suka adalah bunga api. Contohnya di johor sendiri diadakan lawatan rumah ke rumah sewaktu raya yang dibuat oleh penduduk kampung(Marhaban) . Waktu ini adalah waktu aku rasakan paling gembira menyambut syawal.

Apabila sekarang ini aku sudah bekerja didarat aku dapat rasakan 1 syawal tu seperti diatas kapal dan aku masih kekalkan mentality tersebut selama 5 tahun didarat. Pemerhatian aku setiap kali ramadhan sahaja semua sudah sibuk hendak beli itu la..ini la..Belanja melebihi pendapatan dimana bagi mereka raya adalah hari gembira dan lupa hari duka selepas raya.
Memang tidak bagi aku dan secara jujur sepanjang 5 tahun didarat aku hanya ada 2 baju raya sahaja dan songkok tinggi sepanjang zaman.

Aku tidak bermaksudkan menyambut syawal itu adalah pekara yang tidak bagus, ini disebabkan aku sudah biasa dengan keadaan tersebut dimana telah diajar(sendiri) sewaktu berkhidmat di kapal dahulu. Teori yang menyatakan apabila kita sudah biasa apa yang kita buat dan untuk berubah akan mengambil masa lama.


Ini hanya pendapat aku sahaja berkenaan sambutan syawal diatas kapal. Anda Bagaimana?