Saturday 28 January 2012

Tukar Minyak Hitam

Salam,

    Hari ini nak cerita sikit tentang kereta aku yang sudah tamat tempoh untuk penyelenggaraan ..kena tepuk dahi semula la sebab belanja bulanan akan naik  melepasi budget.huhuhuhuhuuu
Kali ini 2 buah kereta sekali gus yang perlu ditukar minyak itam dimana vios setiap 10000Km da kelisa 5000Km dan seharusnya kena tukar..kalau tidak...lagi banyak duit kena keluar..

Hahahaaa..tu gambar permulaan, bagi saya untuk tukar minyak dah filter adalah pekara yang sangat mudah dan kalau dibandingkan injin kapal yang nak tukar minyak sampai berjam-jam...rasa saya ini terlalu senang, cuma masa yang kita berkira  sampai malas nk buat.
Kita cerita bagaimana nak tukar minyak hitam kereta vios k.



Mula-mula jack kereta belah kanan, sebab kena tinggikan bawah kereta supaya senang untuk membuat kerja seperti gambar atas. Cari dimana terletaknya  filter dan drain nut untuk memudahkan cecair minyak pelincir keluar daripada sum injin. Senang kan?





Kemudian gunakan box spanner atau open spanner size (14) untuk vios dan kelisa dan kereta yang sewaktu dengan nya untuk membuka drain nut . Sebelum buka nut tersebut,pastikan tempat bekerja itu bersih, mempunyai alas surat kabar, tong takung minyak pelincir dll. Apabila dipastikan tong minyak kosong diletakan dibawah drain nut, barulah boleh dibuka dan nut tersebut mestilah dibersihkan seterusnya disimpan di satu tempat yang selamat. Tunggu beberapa minit sehingga tiada lagi minyak pelincir keluar dari tangki pelincir.



 Untuk filter , mula-mula kena pastikan type filter mestilah sama dengan model kereta,jika tidak kecekapan filter bekerja tidak seperti yang diharapkan. Gunakan filter opener untuk memudahkan pergerakan filter untuk buka. Selepas filter dibuka untuk memasang semula filter baru,kita perlu bersihkan dahulu base filtar kerana ditakuti habuk atau kotoran akan menggangu permukaan sealing.
Sebelum memasang filter, saya syorkan filter tersebut perlulah dipenuhi minyak pelincir baru supaya apabila injin mula bergerak selepas tukar minyak baru, Airlock tidak akan terjadi kepada perjalanan minyak dan seterusnya melanjarkan pergerakan minyak pelincir tersebut.
Untuk ketatkan filter tersebut, memadai dengan ketatkan menggunakan tangan sahaja kerana apabila injin berjalan ia akan memanaskan permukaan getah dan seterusnya menambah baikkan sealing diantara base dan filter.
Sebelum memasukan minyak baru ada baiknya menggunakan minyak baru ,tuangkan sedikit dan biarkan ia keluar dimana sikit sebanyak akan mengalirkan minyak hitam yang tinggal didalam tangi minyak pelincir itu.



Siapppp!!!
Cuba tengok gambar berikut untuk kereta kelisa ku ni...
enjoy...




No comments: