Sunday 22 December 2019

Menuntut di Bumi Garuda bagi Ballast Water Management 2004 Konvensyen .



Minggu ini namaku  dipetik untuk menghadiri bengkel Balast Water Management (BWM 2004) Komvensyen di Surabaya Indonesia . Bengkel ini melibatkan beberapa negara asia lain seperti Cambodia, vietnam , Timur Leste, Thailand , Singapore, Indonesia, Myanmar & laos  dimana dibawah satu payung IMO dan dibayar perbelanjaan semuanya oleh UNDP.

Seperti biasa kerana kesibukkan kerja hakiki sedia ada menyebabkan aku sedikit terbelakang menyediakan bahan pembentangan berkenaan perlaksanaan BWM 2004 di Malaysia .

Malam sebelum terbang aku menyediakan dengan penuh tekun dan maklumat tersebut didapati oleh rakan lain yang berpengalaman. Aku gagahkan jua mengambil cabaran untuk hadam konvensyen baru ini bagi perbentangan antabangsa nanti.

Hari kejadian aku seperti orang yang jakun kerana tidak pernah naik AIRASIA untuk penerbangan antarabangsa. Paling terkejut aku disapa oleh kakitangan mereka di. Kaunter! Kenapa tak pergi kaunter Fast (x). Rupanya pihak UNDP sudah menetapkan kemudahan yang baik bagi wakil negara macam kami. 

Kami berdua dihantar ke Surabaya , Indonesia untuk melihat bagaimana perlaksanaan konvensyen tersebut . Nasib baik ada rakan yang pakar bersama dimana sekurang-kurangnya ada bantuan kiranya tersasar jauh pabila disana supaya dapat membawa ke jalan yang benar semula.


Aku menginap di Hotel Sentira Premiere Gubeng, Surabaya


Seperti biasa hari pertama sampai dimana agak penat dan keperluan rehat yang panjang adalah amat penting kerana besok bermulanya bengkel melibatkan negara asia tenggara. Sebelum tidur seperti biasa aku dan rakan perlu mencari kedai makan. Aku yang seperti biasa memerlukan gadget untuk mencari kedai makan yang berdekatan dan popular Foursquare . Pass Celcom 7 hari yang aku cuba langgani di lapangan tebang agak gagal kerana kebetulan di malaysia adalah cuti Hari Buruh.


Sepanjang berjalan aku agak terkejut dimana ada beberapa batang jalan digunakan sebagai tempat memperbaiki , kereta dan motosikal. Kerja-kerja mengecat juga dibuat dikawasan tersebut dan ia aku rasakan terlalu unik berbanding keadaan dimalaysia.

Hari pertama /Day One

Bengkel seperti biasa ada perasmiaan dan perbentangan oleh setiap negara yang menyertainya. 

Selepas perasmian aku ditugaskan untuk membentang perlaksanaan BWM 2004 .








Kalau difikirkan semula entah apa aku terangkan pun tak tau dan rasa dalam diri tu bangga sedikit kerana diberikan kesempatan untuk membentangkan kepada semua negara yang menghadiri dan kita diantara negara yang maju ke depan didalam perlaksanan BWM 2004.





Kejahatan aku asik bertanyakan pekara yang luar kawalan sedikit menggegarkan lantai bilik seminar tersebut. Banyak soalan didalam fikiran aku untuk dilontarkan bagi mendapatkan kepastian lebih mendalam berkenaan perlaksanaan BWM ini.



Apa lagi ...masa berbengkel sudah habis dan masa untuk makan besar katanya. Dengan besar hati Directorate General of Sea Transportation mengajak semua makan di restoren yang terkenal di Bandar Surabaya.



Macam biasa kita perlu berbahagia dimana semua deligasi dipaksa menyayi lagu dan menari bagi menghiburkan malam hari.

Sambung lagi selepas ini 


No comments: