Friday 17 February 2012

RUMAH SEWA ALAM MELAKA

Salam,

Hari ini nak cerita pasal rumah sewa murah yang dimiliki oleh aku dan kuarga aku. Kalau sesiapa perasan berhadapan dengan ALAM, sg linggi melaka terdapat appartment yang telah didirikan oleh ALAM. Nak ceritanya belakang appartment tu ada 1 taman dimana disitulah rumah sewa yang telah aku miliki hampir 4 tahun lepas.
    Sebelum ini rumah tu telah aku sewakan kepada satu kuarga yang aku rasa sangat menyesal sangat-sangat  kerana menyewakan dan seterusnya transform jadi rumah reban ayam. Hampir 3 tahun juga rumah ni disewakan kepada keluarga ini dan separuh dari tempoh sewaan , tidak dibayar oleh penyewa..
Kenapa 1setengah tahun  tidak bising dan sewa tidak pungut? Sebabnya kuarga saya sangat baik bagi sewa tidak ingin rasa nak pungut duit. Kesian kan kat saya bulan-bulan 300 ingit terbang untuk bayar installment di MBSB. Bagi saya itu adalah rezeki kuarga tersebut...saya halalkan dan faham kesusahan kuarga terbabit  dan  salah satu cara nak tolong orang adalah cara macam ini kot.

Kali ini cadangan untuk sewakan kepada pelajar ALAM akan menjadi kenyataan.Seperti sedia maklum AlAM batu rakit akan berpindah ke ALAM melaka dan kursus persediaan jangka pendek akan dibuat di melaka. Daripada situ saya menjangkakan makin mudah untuk menyewakan rumah itu kepada pelajar. 
        Selepas berbincang dengan keluarga aku akan memastikan segala kelengkapan didalam rumah untuk disewa itu cukup dan sedia maklum aku pun pernah berlayar dan mengambil kursus jangka pendek dahulu. Selera pelaut ini adalah tinggi dari segi penginapan, keselesaan ,makanan dll dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi persediaan rumah sewa ku nanti.




Ini adalah wajah-wajah baru rumah yang telah disediakan oleh aku dan kuarga , agak banyak juga belanja nak sediakan semua kelengkapan ini. Tetapi alhamdulilah rumah ini berjaya ditukar daripada dahulunya seperti reban ayam, dindingnya yang kotor, atap yang bocok, lantai yang berdaki, ya ALLAH memang terseksa aku . Budget? banyak juga aku keluarkan untuk menyediakan rumah ini, sampaikan duit ASB terpaksa dikeluarkan demi untuk menjadikan rumah ini seperti rumah..heheheee
       Dekat sini aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menolong aku menyediakan rumah ini daripada reban kepada rumah penginapan. Terima Kasih kepada Isteriku yang menyokong aku dan seterusnya membebel dan aku bersyukur daripada bebelan itu ia menjadikan aku lebih berjaga-jaga untuk menyewakan rumah itu kelak. Terima kasih sekali lagi kepada isteri ku, walaupun banyak tido daripada tolong mengecat rumah, mak yang datang teman n join sekali dengan isteri ku tido dan saya sangat berbangga mereka banyak tolong aku.
      Mak mertua n abah pun banyak membantu dan tidak lupa ayah ku , yang hampir 100% menolong aku menjadikan rumah ini seperti rumah kediaman..AKU ni macam menang anugrah jer...asik berterimakasih ngan semua orang.
Haaaaa... Biasalah sebab aku sebenarnya sangat gembira dapat siapkan rumah itu dengan baik.
Alhamdulilah.



4 comments:

beLLa said...

sewa sebulan berapa ye? untuk bln 7 ni ade kekosongan x?

hazroolrizalabdrahim said...

Boleh contact saya bella untuk mengetahui harga dan boleh berbincang..
0147201055

Unknown said...

Rumah sewa ada lg ke

hazroolrizalabdrahim said...

Masih Ada..Boleh Contact En Hazrin Ainol 0172795979 untuk tempahan