Thursday 7 February 2013

PANGKOR

Pangkor..


 Pulau pangkor adalah tempat peranginan yang terletak di Lumut, Perak.
Seperti sedia maklum ianya bukan hanya terkenal dengan pantai yang bersih, ianya juga terkenal dengan hasil laut yang murah.
Pada Jan 2013 ialah trip pertama aku dan keluarga ke pulau tersebut. Lawatan sambil kerja disana adalah perancangan hampir bebulan dan akhirnya menjadi kenyataan. Bagi Ermi ini adalah seperti percutian yang sangat menyeronokan kerana janji aku telah ditunaikan.


Nur Ermi Farihin Bte Mohd Fahmi adalah paling gembira sekali hendak melawat tempat-tempat yang didengari oleh kawan-kawannya. Perjalanan daripada port klang ke lumut mengambil masa 3jam mengikut jalan pantai dan bertolak dari jam 0500 pagi . Pakir kereta telah disediakan di kawasan pekan lumut dan kereta yang aku bawa diletakkan di tempat pakir majlis daerah manjung.
Pekara yang pertama bila sampai yang ditanya oleh ermi, adakah kita akan mabuk laut bila naik feri nanti? aku pun menjawap , kita cuba dahulu...

Setiba di jeti aku seperti biasa terus masuk ke kawasan berlepas  tanpa membeli ticket feri dan amat malu apabila ditegur oleh operator feri ...Oiiii mana ticket? kasi beli dulu laaa!!
Dengan muka selamba aku berlalu pergi beli ticket yang aku pun tidak tahu dimana kaunternya.Agak sukar bagi sesiapa kali pertama hendak menggunakan khidmat feri di jeti lumut , ini kerana kaunter penjualan ticket berada dipintu masuk kawasan jeti dan tersorok dibelakang kedai menjual cenderamata .
Setiba di jeti aku ditawarkan sewa motor oleh penjaga ticket dan beliau menjanjikan itulah hanya kenderaan yang tinggal untuk disewa , memandangkan semua pengusaha feri pulau pangkor telah mogok sepanjang hari. Oleh kerana tidak mempunyai banyak pilihan akhirnya aku akur dengan pilihan tersebut dan sememangnya menjanjikan pengalaman yang sukar aku terima kerana 3 orang akan menaiki motorsikal tersebut...



Pilihan pertama tempat aku naik ke feri adalah bahagian belakang bot dimana tempat menikmati permandangan laut dan sememangnya Pn Nur Hartini Bte Abdul Rahim agak tidak setuju dengan permintaan kami berdua. Kemungkinan tiada tempat duduk dan berdiri sepanjang perjalanan dan AIRCON mungkin salah satu punca.

Setelah sampai ke jeti pulau pangkor aku terus menelefon penyewa motosikal dan MasaAllah motor yang diberikan adalah motor jenis yamaha 2 stroke lama dan aku sabarkan sahaja. Ini adalah perancangan cuti yang tidak sepatutnya berlaku. Aku cuba mencari penyewa teksi, kereta dan sebagainya dan ianya sia-sia sahaja kerana semua mogok kerana sebab yang aku pun tidak faham.

Aku cuba merancang dengan isteri bagaimana untuk  aturkan tempat duduk dan beg sandang yang dibawa bagi membolehkan tiada masalah ketika menunggang kenderaan tersebut. Agak sukar pertama kali menaiki motorsikal bersama hampir sekian lama berkahwin dan seterusnya 3 orang akan berada di motorsikal tersebut...Susah betul.





Tempat pertama yang aku lawat adalah gudang penyimpanan timah yang ditinggalkan oleh penjajah belanda dahulu.Katanya waktu dahulu pada kurun ke 18 ini adalah tempat belanda menyimpan semua hasil timahnya sebelum dihantar untuk diexport dan banyak penentangan daripada daripada rakyat perak waktu ketika itu.Kalau dilihat daripada kubu yang didalam gambar itu, ia sebenarnya lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang ini dan daripada makluman penduduk sekitar, mereka menyatakan kawasan kubu itu dikawal oleh berpuluh pengawal belanda sewaktu penentangan bangsawan perak.
Batu bersurat?
kawasan ini terletak berhampiran dengan kubu tersebut dan aku cuba mencari apa yang ditulis di dua bungkah batu tersebut dan malangnya tiada apa yang aku jumpa. Agak pelik kerana batu itu terletak dibawah tempat berbumbung dan seperti dijaga oleh majlis perbandaran tempatan akan tetapi hanya lukisan/contengan yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggunjawapyang ada.

Selepas itu aku pergi ke sebelah barat pulau pangkor untuk makan dan mandi manda dan setelah tiba ditempat yang dirancang, plan terpaksa ditukar kepada menjemput ibu kepada ermi ni di jeti pagkor.

Disebabkan tidak mempunyai cukup masa, kami terpaksa pulang semula ke lumut untuk melawat ahli keluarga di kampar , perak dan lawatan kekilang ikan dan sebagainya terpaksa dibatalkan.




No comments: