Sunday 12 January 2014

Menara gading

Agak tidak lambat untuk aku bercerita tentang kesanggupan Ku sambung belajar. Selepas hampir 10tahun meninggalkan pelajaran.. Akhirnya aku mengambil jalan untuk menyambung pelajaran dalam kursus MASTER EMERGENCY RESPONSE PLANNING yang mengambil masa dalam satu tahun lebih.
Kursus ini sebenarnya adalah diwujudkan khas untuk mereka yang mempunyai skop kerja berkaitan dengan tugas-tugas keselamatan . Agak jarang sekali kita mengetahui kursus ini dan hanya UPM sahaja yang menawarkan kursus ini di DUNIA seantero..
Permulaan semester pertama agak sukar bagi aku kerana banyak pekara perlu diambil perhatian . Komitment keluarga adalah salah satu faktor yang boleh dikatakan mengganggu pembelajaran. Mengapa? Disebabkan setiap hari minggu adalah di kelas .. Bukan setakat itu, komitmen menjaga, memastikan semuanya berkeadaan baik sebelum ke kelas adalah salah satu faktor.
         Bersama dengan Dato' zakaria

Hari ini adalah hari terakhir aku hendak menjawab kertas soalan untuk semester ini. Pada minggu lepas 2 subjek kertas peperiksaan telah diambil dan minggu ini untuk kertas 3 & 4. 
      Peperiksaan minggu pertama

Tekanan? Semua merasai seperti apa yang dirasai..

No comments: