Monday 27 January 2014

Tayar Mylandy

Assalamualikum ,

Kita bercerita tentang tayar /rim dan lain-lain berkaitan dengan Mylandy saya ini.Awal- awal lagi Greaak2(nickname land rover) menggunakan rim standard dan tayar lori biasa untuk kegunaan seharian. Setelah tersadai lama di bawah rimbunan , terdedak kepada panas,sejuk, hujan ribut dan sebagainya yang menyebabkan keretakan pada keseluruhan tayar tersebut.
Dilihat dari gambar menunjukan tayar lama..yang digunakan dimana agak uzur dan menyebabkan banyak gegaran sewaktu jalan biasa. Setelah dilihat didalam stamping di tayar tersebut, mendapati tahun yang dikeluarkan adalah tahun 90'.Agak terkejut kerana tayar itu bertahan sehingga tahun 2013 dan keputusan terbaik adalah menggantikan kepada yang lebih baru untuk keselamatan .


Dua bulan pertama , dimana aku terpaksa menggunakan tayar tersebut kerana kegawatan yang membolehkan pembelanjaan dikurangkan . Seperti biasa pencarian bermula didalam online dan cuba mendapatkan harga termurah.Akhirnya setelah berbulan mencari , terjumpa Tuan Farhan Zainan otai land rover yang ingin menjual tayar 4 bijik SILVERSTONE MT-117 EX 275 kerana beliau bertukar kepada AT tayar.Rim masih menggunkan rim lama dimana rim tersebut adalah rim daripada kilang yang mengeluarkan Land Rover 110 1986.

Tiba masanya mencari tempat untuk memeriksa tayar yang baru dibeli dijalan biasa, mendapati landy yang ku naiki adalah lebih baik daripada sebelumnya.

Manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dia miliki, pekara ini juga terjadi kepada ku dimana agak jelous rakan-rakan lain menggunakan rim yang tersembol keluar dari fering/fender yang menyebabkan keinginan untuk mendapatkan RIM offset. Bermula la aktiviti survey didalam blog/forum dll bagi mendapatkan permahaman tentang rim. Akhirnya membuat keputusan untuk mendapatkan rim modular dimana ianya lebih murah berbanding rim aloi.



No comments: