Monday 12 October 2015

Tratak Bonda Make over (Muoran)

Bercerita kita tentang perubahan yang dibuat terhadap rumah pusaka.

Berikut adalah gambar Sebelum dimana sewaktu itu rumah ini diberikan sewa kepada penyewa daripada daerah yang berlainan.
Boleh menyemak cerita entry blog sebelum ini http://hazroolrizalabdrahim.blogspot.my/2014/01/rumah-kampung-muar.html





Setelah melihat harta orang tua ku tidak dijaga dengan baik dan aku mengambil keputusan untuk membantu didalam merialsasikan harapan keluarga ku.

Bermula projek aku untuk menukar bumbung rumah yang usang ini. Aku menukarkan bumbung tersebut daripada yang dahulunya bumbung zink biasa kepada bumbung zink kilang dimana standard ketebalan dan ketahanan lebih lagi. Aku membelanjakkan hampir RM 30000.00 untuk penambahbaikan.
 Projek selepas mengalihkan garage kereta dimana ianya mengganggu penglihatan dan menutup seri rumah tersebut.

Tangki ini digunakan untuk menyimpan air yang diperlukkan ketika musim kemarau.




 Langsir holder dimana aku membelinya pasang siap bagi memudahkan kerja
Seperti biasa kerja memasang lampu , wire dan kipas adalah DIY. Aku cuba walaupun agak sukar kerana tiada pengalaman didalam wiring rumah.



Permasangan Wall paper di bilik  utama 




Aku mula mengantikan semula pekara yang penting didalam rumah tersebut supaya ianya menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Alhmadulilah keluarga yang banyak membantu didalam menambah baik keadaan rumah tersebut.
Kekeuda dan kesemua dinding rumah dibuat semula supaya mengeluarkan keceriaan dan ketahanan papan yang usianya lebih daripada 20 tahun.


Dinding tepi terpaksa dibuat semula kerana dinding lama yang tidak kukuh dan memerlukan penambahbaikkan semula .




 Agak tergamam seketika dimana baru 15% pemasangan jubin didapati rumah telah dimasuki pencuri dan kesemua simen dan jubin baru telah dicuri dan ini adalah sangat membebankan bagi kami sekeluarga.

Cat yang digunakan untuk menyerikan suasana .




Gambaran luar dan dalam pada hari raya aidiladaha 2015


Gambar terbaru selepas pengubahsuaian yang banyak.

Pada 11Oct 2015 perubahan untuk membuat bahagian belakang telah berlaku dimana perlebaran dapur sangat diperlukan. Gambar adalah seperti berikut.




No comments: