Friday, 3 July 2015

Trip 24jam berbuka di Kuching sarawak berseorangan

Berseorangan ke seberang laut dibulan puasa? 


Aku ditugaskan untuk menyelesaikan masalah yang agak rumit. Terkejut kerana   bulan puasa dihantar bertugas. Memang kita tidak boleh menyalahkan bulan Ramadhan dan ianya buka halangan untuk aku terus  bekerja. Aku terus sahaja mencapai beg galas aku dimana barang didalam hanya cukup untuk seharian sahaja. Dengan berat hati aku melangkah untuk bekerja mencari sesuap nasi.


Hari khamis pagi aku telah dihantar ke KLIA2 dimana aku tidak pernah menjejakkan kaki ke air port semenjak ianya dibina. Agak berbangga juga sebab dapat memijakkan kaki di lantai terminal yang berharga berbilion ringgit.


Kalau dibandingkan 2 tahun lepas prasarana lapangan terbang LCCT adalah jauh berbeza dengan KLIA2.

Macam biasa didalam kapal terbang aku dihidangkan makanan yang baunya semerbak sedangkan aku berpuasa! Owhhhh 


Kuatkan juga deria dan perasaan ini selama 1 jam 45 minit. Boleh melihat dan akan tetapi tidak boleh makan.


Setibanya di lapangan terbang antarabangsa Kuching aku agak terkejut!
 

Patutlah kebanyakan lapangan terbang perlu dinaiktaraf supaya keselesaan kepada pengguna awam.

Aku dijemput oleh abam sopan dengan menggunakan kereta gear box gegar? Sopan? Gegar? Serius nama dia sopan!. Gegar? Biasalah kurang budget untuk aktiviti penyelengaraan .


Setiba aku disana aku ditanya oleh awek cun! Nak bilik menghadap sungai ka? Aku dengan angkuh menjawap! Nak bilik no smoking.... Agak-agak terjawap kan persoalan awek kaunter tu? Ternganga sebentar beliau.


Jendela kata mari lah naik bot penambang Beb. Tanpa membuang masa aku tukar baju dan terus membuat perhitungan dengan jadual padat aku . 24jam adalah masa yang sangat pendek yang aku rasa bukan mudah untuk menyelak keseluruhan bandar Kuching. 

Lokasi aku pertama adalah naik bot penambang yang Ala-ala kat tempat orang putih tu. Kayuh pakai tangan? 


Dengan semangat waja aku pun melompat ke atas bot. Tahu tak semua orang di sekeliling waktu itu memandang atas bawah. Muka aku macam orang asing ke? 


Sangkaan aku meleset dimana ingatannya pakcik tersebut akan kayuh menggunakan pendayung. Rupa-rupanya dia menggunakan motor Injin . Terpedaya aku 😞. Al maklumlah zaman moden ini mesin menggantikan kudrat manusia.


Untuk makluman penumpang perlu membayar upah bot penambang ini sekitar 50sen sahaja bagi setiap orang. Disebabkan aku tiada duit kecil, aku bagi RM 1 untuk upah ke seberang.

Aku mula jalan dikampung yang aku pun tidak tahu apa namanya. Seawal jam 5 ada sedikit bazar Ramadhan sudah dibuka . Menariknya aku terjumpa kuih pelik! Cuba teka kuih apa kah ini ? 


Biasalah aku ini, jika benda pelik aku jumpa dan terus tanya asal usulnya. Kuih yang sangat menakjubkan sampaikan sekarang masa terasa kemanisanya. Manis seperti wanita Sarawak 😘


Sesudah aku membeli kuih tersebut dalam perjalanan pulang ke jeti aku ternampak ariana rose. Rupanya ini lah ariana rose yang terkenal di Sarawak . Dengan rakus aku sambar 5 gulung kek lapis aku beli dan nama yang diberikan setiap kek agak unik diantaranya Dato K, ariana rose dll.

Sebelah kedai kek tersebut adanya gerai menjual ikan terubuk kering yang serendah Rm10. Teringat aku di Sibu sebelum ini dimana aku membayar terubuk masin berharga RM 70 bagi seekor. Selepas aku merisik dengan orang tempatan mendapati kebanyakan ikan dikuching adalah di import daripada Bangladesh . Ku fikir-fikir dan kemudian tidak jadi! 


Aku bercadang hendak balik hotel sahaja dan tido kerana rasanya tiada pekara yang menarik. Aku cuba menaiki bot lain dimana ianya akan menurunkan aku di jeti berlainan.

Setiba disitu aku terpandang bot menyusuri sungai ini.


Bila operator bot tu cakap ini adalah last boat untuk hari itu. Aku terus merampas poket duit aku supaya mengeluarkan jumlah wang sebanyak Rm19. 

Biasalah aku rasa sangat teruja dengan trip last untuk hari tersebut.


Orang cakap boat kayu nampak lebih antik. Aku ingatkan dia akan kayuh sepanjang sungai . Jangkaan Ku meleset seperti boat penambang tadi. Mereka dengan megah menggunakan mesin tebu untuk mengerakkan sampan. 

Bermulalah trip aku menyusuri sungai dari hilir ke hulu.


Dalam boat tu memang ramai pelancong asing yang teruja hendak menyusuri sungai.


Biasalah menyusuri.. Melihat permandangan tempat sejarah dan lain-lain


Aku nasihatkan kepada pembaca dimana jika tuan puan berasal dari kampung dan membesar cara orang kampung , saya tidak galakkan menyusuri sungai kerana cepat menjadi bosan seperti saya. Sebab kemungkinan sudah menjadi kebiasaan hidup cara begini, menaiki bot, mandi sungai, kejar ayam dan sebagainya. Bagi orang bandar saya sarankan cuba trip menyusuri sungai ini.


Seperti biasa waktu berbuka adalah waktu paling dinanti-nantikan oleh semua orang. Aku hanya makan kuih dan mee mamak yang dibeli di atas kapal terbang tadi. Inilah harga yang perlu dibayar untuk berbuka di seberang laut dengan tanpa persediaan.

Biasalah aku pasrah dengan keadaan.


Apa lagi makanan bujang


Memang tidak puas makan makanan  simple begini. Aku cuba menggunakan pakcik Google untuk mencari makanan popular sekitar hotel . Amat kecewa aku terus gunakan apps foursquere dimana menunjukan tempat makan popular . Akhirnya trigger tempat makanan berdekatan pakson iaitu Muhamad Lim mee moushrom. 

Biasalah aku menapak mencari dan terus  mencari sehinggakan aku terpaksa tanya dengan  promoter pakson. Keputusan sangat hampa kerana bulan puasa ianya tidak dibuka. Di Sabah Sarawak untuk mendapatkan makanan Melayu adalah amat sukar . Pengakhiran aku merancang untuk mengambil fast food. Sepanjang perjalanan ke kedai tersebut aku terjumpa benda ni.


Malam itu aku ditemani oleh ayam mcD dan air gas..


Ini adalah sahur aku? Agak kecewa kan? 

Setelah pagi aku menjalankan tugas aku sehinggalah lewat petang.

Terbanglah aku pulang