Monday, 27 January 2014

Berkebun Kampung Seri Tanjung, Bakri Batu 5 , Muar Johor

Kampung ku yang terletak di kampung seri tanjung bakri batu 5, muar johor.  Kebun tersebut adalah milik ayahku dimana dikebun itu juga terletak rumah yang dibina oleh ayah dan disewakan kepada penyewa kerana ibu bapa ku menetap dimelaka.
Minggu tersebut aku diajak oleh ayahku untuk menolong membersihkan kebun sebanyak 3 ekar itu. Agak sukar bagi ku kerana kerja yang aku bakal lakukan menggunakan tulang 4 kerat yang sepastinya menyebabkan keletihan.
Hampir 4 tahun aku meninggalkan kerja kapal, dimana kerja tersebut membolehkan aku mengeluarkan peluh sewaktu berkerja. Mengikut keadaan sekarang, dimana kerja di pejabat yang lebih kepada komputer dan sebagainya menyebabkan keadaan badan naik dan kesihatan terganggu adalah salah satu faktor workout di jalankan dikebun ayah.
Sebelum memulakan kerja , aku telah dirasuah oleh ibu dimana satey muar yang terkenal menjadi santapan pada pagi itu. Kami sekeluarga , Nur Hartini Bte Abdul Rahim(isteri) Nur Ermi Farihin(anak), Rosniah Bte Hanan(ibu) dan Abdul Rahim B Saiman(Ayah) akan meracun rumput dan lalang di ladang tersebut.
Meracun? Kali pertama dalam hidup?
Ayah juga membantu untuk meracun kawasan dan pembahagian kawasan meracun memudahkan kerja kami berdua.
Itu adalah gambar-gambar mereka yang berkerja keras untuk kebun kelapa sawit .
Dimana mereka yang lain? adakah mereka sibuk dengan activiti membersihkan kebun?


Makan tebu? itu lah kerja srikandi 2 orang ini sepanjang hari....


Tayar Mylandy

Assalamualikum ,

Kita bercerita tentang tayar /rim dan lain-lain berkaitan dengan Mylandy saya ini.Awal- awal lagi Greaak2(nickname land rover) menggunakan rim standard dan tayar lori biasa untuk kegunaan seharian. Setelah tersadai lama di bawah rimbunan , terdedak kepada panas,sejuk, hujan ribut dan sebagainya yang menyebabkan keretakan pada keseluruhan tayar tersebut.
Dilihat dari gambar menunjukan tayar lama..yang digunakan dimana agak uzur dan menyebabkan banyak gegaran sewaktu jalan biasa. Setelah dilihat didalam stamping di tayar tersebut, mendapati tahun yang dikeluarkan adalah tahun 90'.Agak terkejut kerana tayar itu bertahan sehingga tahun 2013 dan keputusan terbaik adalah menggantikan kepada yang lebih baru untuk keselamatan .


Dua bulan pertama , dimana aku terpaksa menggunakan tayar tersebut kerana kegawatan yang membolehkan pembelanjaan dikurangkan . Seperti biasa pencarian bermula didalam online dan cuba mendapatkan harga termurah.Akhirnya setelah berbulan mencari , terjumpa Tuan Farhan Zainan otai land rover yang ingin menjual tayar 4 bijik SILVERSTONE MT-117 EX 275 kerana beliau bertukar kepada AT tayar.Rim masih menggunkan rim lama dimana rim tersebut adalah rim daripada kilang yang mengeluarkan Land Rover 110 1986.

Tiba masanya mencari tempat untuk memeriksa tayar yang baru dibeli dijalan biasa, mendapati landy yang ku naiki adalah lebih baik daripada sebelumnya.

Manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dia miliki, pekara ini juga terjadi kepada ku dimana agak jelous rakan-rakan lain menggunakan rim yang tersembol keluar dari fering/fender yang menyebabkan keinginan untuk mendapatkan RIM offset. Bermula la aktiviti survey didalam blog/forum dll bagi mendapatkan permahaman tentang rim. Akhirnya membuat keputusan untuk mendapatkan rim modular dimana ianya lebih murah berbanding rim aloi.



Sunday, 26 January 2014

Greasing

Seharian menyumpah kerana. Masalah grease gun
Hari Sabtu dirasakan hari yang baik untuk menyelenggara kenderaan kesayangan ku. Banyak bahagian perlu digreasing seperti:
Perlunya untuk melincirkan kawasan yang bergerak kerana jika dibiarkan kekaratan akan berlaku. 
Percubaan demi percubaan telah dibuat dan akhirnya mencapai kebuntuan kerana pump grease mengalami kerosakan .
Akhirnya mengambil keputusan untuk memberhentikan penyelenggaraan . Ini kerana seharian cuba meletakan grease .. Akhirnya menemui jalan buntu. 

Sunday, 12 January 2014

Menara gading

Agak tidak lambat untuk aku bercerita tentang kesanggupan Ku sambung belajar. Selepas hampir 10tahun meninggalkan pelajaran.. Akhirnya aku mengambil jalan untuk menyambung pelajaran dalam kursus MASTER EMERGENCY RESPONSE PLANNING yang mengambil masa dalam satu tahun lebih.
Kursus ini sebenarnya adalah diwujudkan khas untuk mereka yang mempunyai skop kerja berkaitan dengan tugas-tugas keselamatan . Agak jarang sekali kita mengetahui kursus ini dan hanya UPM sahaja yang menawarkan kursus ini di DUNIA seantero..
Permulaan semester pertama agak sukar bagi aku kerana banyak pekara perlu diambil perhatian . Komitment keluarga adalah salah satu faktor yang boleh dikatakan mengganggu pembelajaran. Mengapa? Disebabkan setiap hari minggu adalah di kelas .. Bukan setakat itu, komitmen menjaga, memastikan semuanya berkeadaan baik sebelum ke kelas adalah salah satu faktor.
         Bersama dengan Dato' zakaria

Hari ini adalah hari terakhir aku hendak menjawab kertas soalan untuk semester ini. Pada minggu lepas 2 subjek kertas peperiksaan telah diambil dan minggu ini untuk kertas 3 & 4. 
      Peperiksaan minggu pertama

Tekanan? Semua merasai seperti apa yang dirasai..

Friday, 10 January 2014

Mylandy kesayangan Ku

Asalamualaikum ,

Cuba berkongsi dengan rakan-rakan berkenaan dengan Landy yang saya miliki.
Sebelum
Selepas

Diberi nama greaak-greaak di mana diilhamkan oleh Nurhartini setelah merasa menaiki kenderaan ini. Terfikir kenapa nama tersebut? Ini kerana kali pertama beliau menaikinya banyak pekara diluar jangkaan di mana gegaran yang sebaya dengan umurnya mengganggu keselesaan di tempat duduk belakang. 
   Setelah pulang ke rumah.. Mulutnya asik menyatakan greaak2.. Bermaksud gegaran body menyebabkan slide window belakang berlaga diantara satu sama lain dan seterusnya mengeluarkan bunyi tersebut.
Agak sukar bagi puan Nurhartini menaiki greak2.. Semenjak 5bulan yang lalu sehingga minggu tersebut.. Akhirnya beliau menyatakan kesanggupan Untuk menaiki Mylandy ku seterusnya menemani aku untuk perjalanan ke Melaka .

Basikal Nurermifarihin

Salam,

Basikal? Ain nak Basikal boleh? 
Setelah menempuhi onak  duri untuk memiliki basikal, akhirnya beliau berjaya mendapatkannya. Janji aku pabila beliau mendapatkan keputusan peperiksaan terbaik bagi tahun 4. Berbalik kepada 12 bulan lepas, di mana perjanjian telah dibuat yang mengkehendaki mendapat tempat pertama di dalam kelas. Nurermifarihin ditempatkan dikelas 4 pintar di mana kelas kedua dalam aliran di sekolah kebangsaan St Anne's pelabuhan Klang . 
    Setelah menjalani susah payah dan usaha yang gigih .tidak terjangka yang beliau akan mendapat tempat kedua dalam kelas sealiran di mana 89% markah diantara semua subjek yang diajar dikelas. Jika dinilai dengan pelajar tempat pertama sealiran, hanya membezakan percentage adalah 0.5% sahaja.
    Diharap tahun 5 ini beliau akan menjadi pelajar terbaik di sekolah dan harapan untuk memasuki TKC tercapai.. Insyallah 
Basikal baru
Pandang sipi..

Sunday, 6 October 2013

Pesta buku Krangkraft dan Setia Alam Mall

Hari minggu adalah hari cuti bagi mereka yang berkerja sepanjang hari. Bagi yang berkeluarga, hari bersama-sama melakukan aktiviti riadah, berjimba dan sebagainya adalah hari yang ditunggu-tunggu sepanjang seminggu bekerja.
    Hari ini ditakdirkan hari pelepasan kepada aku untuk menghadiri kelas kerana pensyarah yang sepatutnya mengajar telah menggantikan kelas tersebut disebabkan oleh urusan keluarga. Semalam hampir 12 jam berada di dalam kelas bagi menggantikan kelas yang sepatutnya hari ahad.
   Kesempatan ini aku dan keluarga gunakan untuk berjalan-jalan di Setia Alam Mall yang terletak di antara bandar Klang dan Kapar.
Agak kekok juga keluar bersama keluarga kerana hampir berbulan kami tidak keluar bersama. Pagi lagi keluarga telah membuat aturan di mana pada pagi ini harapan untuk pergi ke kompleks Krangkraft di seksyen 15 Shah alam untuk mendapatkan buku/novel serendah Rm 5 . Mereka menggunakan peluang yang ada untuk membeli sebanyak buku yang mungkin kerana pihak Krangkraft menjual buku secara besar-besaran dari kilang.
    Selepas habis mendapatkan buku yang diinginkan. Lokasi keduanya adalah pasaraya Setia Alam yang mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan. Setibanya di kawasan parkir , pekara pertama yang dibuat adalah membeli makanan produk aunntie annes's .. Tempat duduk yang disediakan oleh pihak pasaraya telah kami gunakan untuk bersama-sama menikmati makanan yang dibeli dan berbincang pekara-pekara berkenaan dengan keluarga . Hampir 15min selepas itu, tempat untuk anak shooping adalah 
Dimana beg tangan yang diminati dan beranika adalah salah satu hobinya. Oleh kerana agak lain selera aku untuk menemani mereka dari satu kedai ke kedai yang lain.. Aku mengambil keputusan untuk duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak pengurusan pasaraya yang terletak di antara lot-lot kedai bagi mengelakan kebosanan yang melampau.
   Tujuan aku tidak mengikut mereka marhaban dari kedai ke kedai, lot ke lot adalah kerana hendak mengelakan sifat sensiviti perasaan mereka yang mempengaruhi pemilihan barang . Aku akuai bahawa, makin lama di sesuatu kedai dan tanpa membelinya adalah seperti satu kerugian. Oleh itu ada baiknya aku melihat daripada jauh berbanding mempunyai perasaan marah sewaktu menemani mereka.