Tuesday, 17 January 2017

Penyediaan ETO seperti kek coco!

Gembira bila dilihat perlaksanaan orang karen dengan kata lain dalam bahasa jawa adalah" Electro-Technical Officer" menjadi kenyataan .Di Malaysia belum pernah ada lagi semenjak dahulu kala mereka ini diiktiraf secara terang- benderang. Mereka kebiasaan diketepikan kerana tidak mempunyai darah WD40 berlainan dengan kejuruteraan secara dasarnya. Tetapi sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan darah fungsi  Electronic Cleaner.


Pabila kedatangan perubahan Manila 2010 terdapat periktirafan terhadap orang karen ini semua. Mereka perlu disama taraf selari dengan pegawai lain.
Perubahan tersebut melonjakkan lagi nama ETO & ETR untuk pengiktirafan kepada abam-abam leaky kita! 

Sebenarnya pada dahulu lagi kita mempunyai jurutera Electrik dan tetapi tiada peraturan khusus menyatakan keperluan mereka diatas Plate besi kapal.  Dengan kedatangan STCW 78 dengan pindaan , ia dapat membantu electrician mendabik dada seluas lautan setiap kali berjalan seiringan pegawai lain. Tidak dapat dinafikan anda layak untuk mendada sewaktu berjalan secara jujurnya.


Mereka ini bukannya hanya melihat peralatan dan perkakasan berkaitan dengan V=IxR sahaja.. adakala mereka menjadi seperti jurutera lain didalam menyelenggara peralatan mesin. 

Bercerita semula bagaimana terjadinya kewujudan mereka dan sekaligus tersenarai didalam bibir semua manusia bernyawa. Bermulanya konvensyen yang mempunyai keperluan yang tinggi dimana  agak sukar untuk mereka terus diberikan kelayakan setimpal.  Disebabkan belum pernah diwujudkan sijil khas untuk abam karen, tiada senarai semak boleh diikut untuk memastikan pada tarikh perlaksanaan 2017 tiada masalah secara dasarnya.

Pendekatan diambil untuk memastikan golongan sasar sahaja dibenarkan untuk menggunapakai fasttrack. Awalan menyatakan kesemua perlu menghadiri kursus 3-6 bulan dan ianya agak membebankan kepada mereka yang mempunyai beban komitment yang tinggi.


Setelah beberapa siri perbincangan dibuat akhirnya dengan penilaian secara lisan dapat membantu pentadbir maritim menilai kelayakan mereka secara khususnya. Akan tetapi masalah paling besar adalah kebanyakkan mereka telah berlayar lebih daripada 10tahun. Adakah abam karen ini boleh memanggil semula memori sewaktu di zaman universiti lagi berkenaan circuit diagram? .

Wujudnya kelas PETO untuk memastikan mereka bersedia sebelum hadir untuk peperiksaan . Kursus ini aku dapat rasakan ianya wajib bagi mereka yang telah lama meninggalkan teori cacing yang di belajar waktu seketika dahulu. Pada umur 70 tahun dan pengalaman lebih daripada 30 tahun memegang karen? Adakah mereka masih ingat apakah itu Single Phasing ! . Tujuan kursus tersebut adalah untuk lebih kepada perbincangan ilmiah berkenaan semua berkaitan karen kapal.


Come on la BRO ! Berapa hebat kita kalau kita tidak hadir kelas persediaan tu secara single entry kita boleh mengadap pemeriksa yg mempunyai 2001 persoalan kerja sebagai abam karen. Manusia seperti saya dicipta oleh tuhan paling maksimum boleh mengingat sesuatu pekara tersebut tidak lebih daripada seminggu. Itu adalah lumrah insan kecil. Walau bagaimana hebat kita diatas kapal dan sepanjang berlayar tidak pernah berlaku masalah major! Tidak bererti kita mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang ini. 

Kalau kita sebagai abam karen yang hebat. Meh kita bersama-sama sahut cabaran untuk mendapatkan perakuan ETO ini. Kita perlu bangga dengan apa yang ada ! Pengalaman anda tiada tolak banding ! 


( saya tidak bertanggunjawap dan menanggung apa-apa kos berkaitan dengan maklumat ini) (Mohon rujuk untuk kepastian)

Sunday, 15 January 2017

WKR 1995 boleh baring selesa ?

Berapa ramai yang tidak tukar sijil kecekapan

Perlu kita faham dahulu apa itu sijil kecekapan. Mengikut sejarah perlaksanaan STCW terhadap krew diatas kapal bermula pada tahun 1999 dimana ketika itu ditekankan untuk memastikan semua krew mempunyai sijil Watchkeeping Rating . Ini terpakai kepada semua pelaut yang menjalankan tugas-tugas pengawasan bersama pegawai diatas kapal.


Bermula pada tahun tersebut semua krew perlu memiliki sijil WKR (Deck) atau WKR (Engine).  Teringat pengalaman bosun aku ketika itu dimana beliau sangat marah kerana perlu turun darat dan menjalani kursus Basic Safety Training . Pada tahun tersebut terdapat 4 sijil perlu dihadiri dimana setiap satu bergantung kepada masa daripada 1 hari kepada 5 hari. Pada tahun tersebut memang membebankan kepada semua pelaut bukan hanya wang ringgit dan masa juga dikorbankan selama 3 minggu untuk kesemua sijil asas tersebut. Jika waktu itu aku adalah pegawai dan aku dapat rasakan lagi beban kerana banyak sijil perlu aku ambil.

Dahulu sijil asas dinamakan sebagai sijil modular dan pabila perlaksanaan STCW 2010 sijil modular tersebut dipanggil sijil kecekapan dan tiada lagi istilah sijil modular digunakan. Sekarang sijil kecekapan juga diistilahkan dibawah WKR/Able seafarer dan pelaut tidak perlu keliru kerana apabila sijil kecekapan membawa maksud seperti sijil modular = WKR = ASE = BST.

Sedikit ringkasan bagaimana perlaksanaan STCW bagi penjawatan dan sijil kecekapan untuk krew:


STCW 95
STCW 2010
Bosun
WKR (D)
Oiler
WKR (E)
Bosun
ASD
Oiler
ASE
AB
WKR (D)
Greaser
WKR (E)
AB
WKR (D) /ASD
Greaser
WKR (D) /  ASE
OS
-
Junior Rating
-
OS
-
Junior Rating
-
GP Deck
-
GP Engine
-
GP Deck
-
GP Engine
-


Penjawatan tersebut bergantung kepada syarikat dan bukan semua syarikat kapal menggunakan nama penjawatan seperti diatas. dan pengkelaskan bergantung kepada keperluan pelaut dan syarikat kapal.

Merujuk kepada jadual diatas dimana petak berwarna oren menunjukkan sijil yang dikeluarkan mengikut perundangan STCW 95 dan kawasaki petak berwarna biru adalah untuk STCW 2010.

Apakah Tindakkan Kita sebagai pemegang sijil diatas?

Bagi mereka yang sudah memiliki WKR 1975 sebelum ini jangan cakap tiada apa-apa perlu dibuat! Mengapa? Kenapa? 


Beberapa petunjuk anda tidak perlu tenang!

Bagi mereka yang sudah memiliki sijil WKR (E/D) yang dikeluarkan sebelum 2014 jangan duduk selesa kerana berkemungkinan sijil tersebut tidak laku.

Petunjuk 1,  semak semula sijil WKR sedia ada dimana jika dibuka muka surat 3 , perlu dilihat secara mendalam dimana perengan pertama perlu dicatatkan 1978, seperti pindaan dan bukannya 1995, seperti pindaan!. Jika sijil tersebut masih menunjukan 1995 dan anda perlu tukar sebelum menyusahkan kapal dan syarikat kemudian .

Petunjuk 2 lain boleh dilihat pada muka surat hadapan , nama buku tersebut adalah Certificate Of Proficiency 

Selain daripada itu sijil kecekapan lain perlu disertakan dan minumum COP adalah:

1. COP Basic Training
2. COP Security Awareness / Designated Security 

Kedua-dua sijil tersebut adalah wajib bagi pelaut yang mula hendak belayar dan memandai hanya BT & Security awarness diperlukan untuk pelaut baru. Bagi pelaut yang ingin mempunyai COP yang lebih tinggi memerlukan BT & DSD bagi melayakkan menjadi pembantu pengawasan.

Sekali lagi persoalan yang biasa ditanya? "Perlu tukar ke WKR lama?"
WKR yang dikeluarkan sebelum 2014 tu?

PERLU dan WAJIB bagi saya  kerana ianya melibatkan masa depan pelaut dan seterusnya periuk nasi  kita!


( saya tidak bertanggunjawap dan menanggung apa-apa kos berkaitan dengan maklumat ini) (Mohon rujuk untuk kepastian)


Sunday, 8 January 2017

Penggantian Modular Special Training Endorsement (STE) 95 kepada 2010 tanpa hadir kelas

Pertukaran Sijil tanpa Hadir Kelas? Mudah ke?

Hari ini saya hendak berkongsi berkenaan dengan pertukaran sijil tangki lama dimana yang menggunakan perundangan STCW 95 kepada STCW 2010.

Sedar tak kita sejarah sijil untuk kapal tangki? Sebelum kita terus menceritakan tentang pertukaran sijil tanpa duduk di kelas yang makan beribu riban, baik kita memahami dahulu sijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kita.

Tahukah kita sijil Tanker yang wajib diperlukan untuk melayakkan kita bertugas diatas kapal tangki?. Bagi mereka yang berkhidmat menjadi pegawai awasan memerlukan sijil tersebut diendorskan bersama dengan sijil kekompetenan.



Sedikit sejarah :

Sijil yang dikeluarkan mengikut kehendak STCW 1995 untuk melayakkan belayar adalah:

Tanker Familiarization
Oil Tanker Training 
Chemical Tanker Training
Gas Tanker Training

Dimana tanker Familiarization adalah gabungan asas kapal  Tangki, kimia dan gas. Hanya sijil lanjutan(advance) sahaja berasingan mengikut keperluan pelaut sendiri.

Kesemua sijil ini tiada tarikh luput dan ianya boleh digunakan sehingga 1 Jan 2017




Sijil yang dikeluarkan mengikut kehendak STCW 2010 untuk melayakkan belayar adalah:

Basic Oil & Chemical
Basic Liquid Gas Tanker
Advance Oil Tanker 
Advance Chemical Tanker 
Advance Gas Tanker 


Dimana sijil asas tanker dipecahkan kepada 2 jenis iaitu Sijil asas kapal Gas & Sijil asas tangki & Kimia. Hanya sijil lanjutan(advance) sahaja berasingan mengikut keperluan pelaut sendiri dimana ia seperti konsep yang dipraktikkan oleh STCW 1995.

Kesemua sijil ini mempunyai tarikh luput dimana setiap 5 tahun perlu menghadiri kelas refresher seperti sijil lain . Ianya terpakai untuk pegawai yang mempunyai perakuan kekompetenan (COC) sahaja. Bagi krew biasa tiada tarikh tamat tempoh! dan tidak perlu menghadiri kursus selepas 5 tahun .



Perlukan kita menghadiri kursus bagi pelaut sedia ada yang mana mempunyai sijil STCW 95? Bolehkah ianya digunakan atau ditukarkan kepada sijil STCW 2010.

Boleh! dan Bagaimana?

Permohonan boleh dibuat dimana pihak berkenaan akan menyemak kelayakkan pelaut itu menukar sijil lama setara mengikut sijil kehendak baru ini.

Memudahkan cara pemahaman adalah seperti berikut


Ini adalah senarai sijil kecekapan lama dimana saya mempunyai sjil Tanker familiarization + Oil tanker Training. Sijil ini saya boleh dipohon kepada Jabatan Laut untuk menukarkan  kepada tanker familiarization kepada Basic Oil& Gas dimana hanya sekali sahaja dibenarkan untuk menukar kepada sijil setara STCW 2010. Keperluan lain juga perlu menunjukkan saya berkhidmat menaiki kapal tanker tersebut sebanyak lebih kurang 1-3 tahun kebelakang dan seterusnya melayakkan saya untuk memohon .

Saya juga mempunyai sijil Oil tanker training dan sekaligus layak untuk memohon untuk pertukaran kepada yang baru mengikut sama keperluan diatas.

( Ini adalah maklumat baru yang saya terima , mohon membuat pertanyaan dengan mereka dan saya tidak bertanggunjawap dan menanggung apa-apa kos berkaitan dengan maklumat ini) (Mohon rujuk untuk kepastian)

Setelah dibenarkan untuk menukar sijil baru lah saya boleh membuat endorsan keatas perakuan kekompetenan saya.




Monday, 2 January 2017

Sijil Kecekapan (COP) tukar Apple to Apple tiada kesedaran yang mana memerangkap dan menyusahkan orang lain

Terpanggil aku hendak menceritakan keperitan si pelaut yang alpha dengan janji manis mereka yang menjanjikan bulan dan bintang.


Pernah lihat sijil lama yang dikeluarkan oleh Institusi latihan maritim ini? buat pengetahuan semua sijil ini dikeluarkan sebelum 1999 lagi dimana melihat daripada segi paparan muka hadapannya adalah amat ringkas dan padat. Sijil ini dikeluarkan mengikut peraturan konvensyen 1995 dimana sijil ini telah diambil oleh semua pelaut yang ingin memegang perakuaan kekompetenan bahagian pengurusan.

Buat pengetahuan sijil ini tidak lagi boleh digunakan kerana pabila dilihat pada pandangan kasar tiada tersenarai peraturan yang memaklumkan konvesyen STCW dipatuhi. Jika siji ini dibawa berlayar selepas 1 Jan 2017 maka anda akan menjadi orang yang pertama menyebabkan kapal ditahan oleh PSCO. Rasanya kita yang rugi tak dapat naik kapal selepas itu atau syarikat yang menanggung kerugian disebabkan kapal ditahan oleh PSCO mereka?

Pernah seorang rakan dimana rumahnya dihanyut banjir pada tahun 2010 dimana apabila beliau datang kepada pihak berkuasa berkenaan mendapatkan semula sijil kecekapan tersebut , ia tidak dapat ditemukan salinan lama. Seperti aku katakan tadi siji kecekapan ini sebelum 1999 ianya dikeluarkan oleh institusi latihan maritim sehinggalah tahun 2006. Pada masa itu sistem rekod Institusi di malaysia tidak beberapa cekap dan ini menyebabkan kesukaran mendapatkan nama atau salinan sesiapa yang pernah menghadirinya.

Pengakhiran pelaut ini perlu menghadiri semula kursus yang berkaitan. Mari kita bayangkan satu pelaut mempunyai siji lama seperti gambar diatas sebanyak 11 keping berlainan kursus. Semuanya tiada didalam rekod? Bayangkan 1 kursus minimum harga sekitar RM 1500 sehingga RM 3500 ? kira berapa pelaut perlu keluarkan punca kewangan sendiri untuk hadir kursus tersebut?


lagi satu contoh untuk sijil security yang sebelum 2013 dimana sebelum ini semua sijil security dibawah SOLAS dan jika dilihat pada sijil adalah menunjukan peraturan lama. Pada 1 Jan 2017 terdapat tiga sijil security diletakan dibawah STCW 78 dengan pindaan 2010. Oleh itu secara automatik sijil tersebut tidak laku!.

Mengapa aku membangkitkan pekara ini adalah kerana banyak pelaut masih tidak sedar perubahan yang berlaku dimana mereka akan menyusahkan diri dan kapal termasuk krew kapal lain kerana kelalaian sendiri. Aku lihat perubahan besar dibuat oleh jabatan Laut dimana mereka mewujudkan sistem dokumen pelaut dimana semua maklumat sijil kecekapan disimpan didalam server mereka. Pada 2009 lagi kewujudan sistem ini sedikit sebanyak membantu pihak berkuasa memastikan semua rekod berada dilaman maya. Ianya lebih kepada ke-modenan yang membantu dan mengurangkan kesesakan fail secara visual.

Aku memanggil semua pelaut yang disayangi supaya sedar lebih awal berkenaan dengan keperluan penukaran sijil kecekapan (COP) atau kata nama lain sijil modular. Ini amat penting bagi kita sebagai pelaut untuk memastikan kelangsungan rezeki kita di laut tidak terputus.

( saya tidak bertanggunjawap dan menanggung apa-apa kos berkaitan dengan maklumat ini) (Mohon rujuk untuk kepastian)


Kapal FPSO Seatime tidak dikira? Tak Adil!


Entry kali ini berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan laut (Seatime) adakah dikira jika berkhidmat dikapal FPSO dan sebagainya ? Banyak runggutan diberikan kerana pekara tersebut membebankan pelaut kerana peningkatan kerjaya terhenti setakat itu sahaja.


Perkhidmatan laut untuk Kapal yang bergerak dan mempunyai injin sendiri boleh dikira sebagai perkhidmatan laut yang laku. Dimana ada ketetapan perkhidmatan laut yang dijalankan oleh mereka yang ingin memohon peperiksaan lisan bagi bahagian operasi seperti (Cadet,WKO,WKE,2/O,3/E,4/E) tidak diterima perkhimatan laut di Kapal yang menyerupai FPSO dan sewaktu dengannya.

Mungkin pandangan saya mendapati kapal tersebut hanya statik dikawasan  itu dan perairan tersebut sahaja dan banyak pekara tidak dapat dipelajari sewaktu intrim.Sebagai contoh jika kapal tersebut belayar banyak pekara perlu diambil perhatian seperti pengawasan yang lebih terperinci sewaktu bergerak dan mesin yang hampir kesemua berjalan .

Bermaksud jika kadet hendak mengambil perkhidmatan laut diatas kapal tersebut secara automatiknya tidak layak untuk peperiksaan lisan. Ianya juga terpakai untuk pegawai 2/O & 3/E kebawah yang mana tidak laku perkhidmatan laut tersebut.


Adakah perkhidmatan laut untuk bahagian pengurusan dikapal FPSO dan sewaktu dengannya laku? bolehkah perkhdmatan laut tersebut digunakan untuk permohonan ujian lisan dan memenuhi syarat kursus kecekapan?

Setahu saya perkhimatan laut bahagian pengurusan hanya laku selama 6 bulan sahaja . Bermaksud jika pelaut itu menjadi ketua pegawai dek dan bekerja selama 5 tahun dikapal FPSO ianya tidak dikira selama 5 tahun dan 6 bulan adalah seatime maksimum yang boleh digunakannya.

Ini adalah contoh dan kefahaman aku berkenaan perkhidmatan laut dikapal tersebut.  


( saya tidak bertanggunjawap dan menanggung apa-apa kos berkaitan dengan maklumat ini) (Mohon rujuk untuk kepastian)

Friday, 30 December 2016

Sedarkah kita tentang PENCUKAIAN sebagai Pelaut?

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Aku cuba memahamkan Pencukaian Pendapatan Daripada Penggajian Di Atas Kapal (Ketetapan Umum No.12/2016) berkenaan dengan cukai.

Agak pening jika dibaca satu persatu dan aku cuba memahami blog daripada rakan lain berkenaan dengan pencukaian pelaut ini . Maklumat lain boleh didapati didalam blog rakan En Ahmad Badri https://ahmedbadri.wordpress.com/2016/03/12/cukai-pendapatan-untuk-pelaut-malaysia/



Aku cuba ringkaskan dengan mudah mengikut kefahaman aku dan mohon tuan-tuan dapat menyemak semula dengan LHDN dan baca bersama (Ketetapan Umum No.12/2016) dengan blog ini.

Secara Umum kefahaman berkenaan Perolehan Pendapatan

Kena Cukai:
Syarikat /perniagaan yang dikendalikan oleh orang yang bermastautin di malaysia

Tidak Kena Cukai:
Syarikat/perniagaan dikendalikan daripada luar malaysia dikecualikan.

Rumusan menyatakan peniagaan yang bermastautin di Malaysia yang mengaji pelaut asing atau tempatan perlu kena cukai!



Syarat Pengecualian Cukai:

  1. penggajian dijalankan di atas kapal yang digunakan dalam perniagaan.
  2. perniagaan dikendalikan oleh orang yang bermastautin di Malaysia; dan 
  3. orang yang mengendalikan perniagaan mestilah pemilik berdaftar kepada sebuah kapal di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (Ord. 70/1952) (OPS).

Contoh: Bekerja dengan Syarikat Kapal Malaysia beroperasi di KL dan berlayar diluar dimana syarikat tersebut memenuhi syarat diatas tersebut, secara automatik layak pengecualian cukai bagi pelaut tersebut.

Pengecualian terbatal apabila beliau menaiki kapal jenis :

  1. feri;
  2. tongkang atau laiter;
  3. bot tunda;
  4. vesel bekalan;
  5. bot krew;
  6. kapal korek;
  7. bot nelayan;
  8. kapal yang berdagang dan/atau beroperasi secara eksklusif dalam pelabuhan di Malaysia;
  9. vesel luar pesisir yang mana perkhidmatan utamanya ialah operasi penggerudian untuk penerokaan, eksploitasi atau pengeluaran sumber- sumber di bawah dasar laut dan tidak kebiasaannya terlibat dalam navigasi atau pelayaran antarabangsa;
  10. Penyimpanan Terapung dan Pemunggahan (PTP), Terapung, Pengeluaran, Penyimpanan dan Pemunggahan (TPPP), atau mana- mana vesel lain yang mempunyai operasi yang serupa;
  11. kapal perang atau kapal tentera laut;
  12. mana-mana kapal yang dipunyai atau yang sedang berkhidmat denganKerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri; atau
  13. vesel lain yang serupa. 


  1. Enjoy naik kapal ke luar dan pilihlah kapal yang tidak tersenarai didalam pengecualian jenis kapal nombor 1-13.

    Ini hanya memudahkan pembaca sahaja memahami secara ringkas berkenaan pencukaian sebagai pelaut .

    Rumusan lain yang saya boleh lihat disini adalah naik kapal luar dimana pengurusan syarikat diluar negara secara automatik dapat pelepasan cukai mengikut kapal yang diketegori dalam senarai KAPAL . Jika sayangkan syarikat dalam negara , pastikan syarikat tersebut mempunyai kapal berdaftar dengan Jabatan Laut OPS 1952 dan didalam ketegori KAPAL.

    Mudah dan cepat dan saya menasihatkan jika tidak beberapa pasti dengan maklumat ini boleh lah merujuk kepada LHDN berkenaan lebih dalam lagi kelayakkan pelaut.

    Link untuk fail LHDN  http://lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KU_12_2016.pdf?CSRF_TOKEN=6c4630139cca57443d663dfcc23e1a02563b87c0

Perlaksanaan STCW 78 pindaan terbaru MEMBEBANKAN ?

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Lagi satu hari lagi dimana kita hendak melangkah ke perlaksanaan sepenuhnya Manila Amendment dimana bagi yang tidak sedar dan terkejut disaat akhir adalah salah satu bencana. Kehidupan kita biasanya suka melakukan semua pekara disaat akhir dimana sesetengah menyatakan ini adalah satu kepuasan. Banyak pekara berlaku disaat-saat akhir .



Pada tahun 2010 dimana sewaktu itu kecoh dimana STCW 2010 manila amendment telah dipersetujui oleh semua negara yang menganggotai IMO dimana keperluan melaksanakan bermula 2012. Seperti perubahan sepenuhnya malaysia terhadap STCW 95 pada 1999 dimana konvensyen 1978 ditambah baik kepada 1995. Sewaktu itu seperti ribut dimana banyak pelaut malaysia belum menukar sepenuhnya sijil dan disebabkan perlaksanaan itu banyak sijil tidak sempat ditukar dan dilaksanakan pada tarikh kuatkuasa.


Sehingga sekarang masih banyak lagi sijil lama seperti helmsmen, second class engine driver masih belum lagi ditukarkan. Bayangkan 21 tahun selepas perlaksanaan STCW 95 masih lagi belum menukar sijil tersebut? Adakah ini kebetulan? atau satu mimpi?

Selalunya kita selalu mendengar orang tua-tua kita berkata" Pekara yang lepas jangan dikenang" dan sememangnya tidak perlu kita kenang lagi kerana benda sudah lama ..21 tahun tidak perlu ingat kenapa kita perlu tukar sijil kecekapan dan maupun sijil kekompetenan. Lepas adalah lepas dan jangan dikenang.... Tetapi bagi aku kita kena kenang sebab kita belajar daripada pekara yang lepas.
Tetapi di malaysia? kita? belajar ke?



Pelaksanaan seperti semua maklum didalam website

The Implementation of 2010 Manila Amendments to the International Convention on Standard of Training, Certification and Watchkeeping for Seafarers (STCW) 1978 and Codes in Malaysia

Date of acceptance of 2010 Manila Amendments : 1st July 2011
Date entry into force of 2010 Manila Amendments : 1st January 2012
Date of commencement of new training programme : 1st July 2013
Date of proposal initial implementation by MARDEPT : 1st January 2014
Date of implementation of 2010 Manila Amendments : 1st January 2017

Information above serve to inform the proposed date of commencement of new training program and implementation by Marine Department Malaysia on the STCW (Manila Amendment) during the 5 years transition period , which will be fully enforce on 1st January 2017.

Marine Department Malaysia
Seaman Affairs and Port Division
16 Jan 2011

Adakah kita masih faham atau tiada penerangan yang khusus?

Malaysia menerima pindaan manila pada 1 July 2011 dan mula memberikan sepenuhnya pada 1 Jan 2012. Bermaksud notis mula dikeluarkan pada tahun 2012 untuk pemberitahuan kepada semua komuniti berkenaan perlaksanaan.

http://www.marine.gov.my/jlm/pic/article/service/notice/msn/2012/MSN072012.pdf

Bermula 1 July 2013 dimana memngarahkan institusi latihan mula memjalankan kursus bermula tarikh tersebut mengikut silibus . Jika kita perasan dimana sebagai contoh sebelum ini pelajar yang mendaftar di ILM yang mendapat kelulusan daripada kerajaan dapat menikmati perkhidmatan laut hanya 6 bulan bagi bahagian enjin. Selepas daripada tarikh tersebut terpaksa diatas kapal selama 12 bulan. Sebab itu aku nampak banyak sijil sudah mula dikeluarkan yang mana mempunyai tamat tempoh 5 tahun. Sebagai contoh Basic Training yang mana sebelum ini dinamakan Basic Safety Training .

Sekarang ini adalah masanya perlaksanaan... 1 Jan 2017 dan adakah kita bersedia?


Aku pernah ditanya oleh seorang rakan pelaut dimana ketidak puas hatian beliau berkenaan pekara dan perlaksanaan membebankan itu. Kenapa menyusahkan pelaut? mengapa perlu ikut semua konvesyen pindaan manila tersebut. Mengapa sekarang baru beritahu kena tukar semua sijil berkaitan?

Adakah aku terlepas pandang atau tulis berkenaan tarikh dan pemakluman .

Aku percaya , aku tidak boleh salahkan pelaut sahaja semata-mata , akan tetapi diri sendiri yang tidak sedar kewujutan notis dan semua tentang pemberitahuan kepada pelaut.

Almaklumlah kapal aku naik tiada internet kan( 'senyum puas sebab bagi jawapan untuk mengelak kesalahan diri")

( saya tidak bertanggunjawap dan menanggung apa-apa kos berkaitan dengan maklumat ini) (Mohon rujuk untuk kepastian)