Sunday 8 January 2012

London Trip 1day

Salam...macam biasa aku baru je sampai di london untuk menghadiri mesyuarat IMO selama 2minggu. Ini adalah 1st time aku smpai di kotaraya london dan memang jarang-jarang sekali dapt peluang untuk sampai kesini.Alhamdulilah aku diberi kepercayaan untuk mewakili jabatan laut malaysia untuk menyertai working group untuk EEDI dan SLF.
Perjalanan flight dari KUL HTR mengambil masa 13jam dan biasalah aku dpt duduk di kerusi ekonomi class sampaikan kematu punggung ni. Sepanjang perjalanan sungguh susah utk tido sehinggakan movie jadi peneman sepanjang perjalanan. Serius aku katakan nak tido di kerusi yang sempit tu...memang tidak selesa langsung.
Sesampai di HTR airport aku dan sharul dijemput oleh pemandu van yang telah aku tempah dari mlys lagi dan sedikit sebanyak memudahkan pengangkutan kami ke hotel. Dari airport perjalanan mengambil masa hampir 1jam sebab driver yang hantar kami sesat ...heheheheeee...selepas sampai bilik sahaja..terkejut aku thk bilik yang kecil ni...sangkaan aku harga semalam hotel RM400 yang dibayar oleh jabatan tidak berbaloi...rasa macam di mlys duduk di hotel budget rm60 semalam..tapi tidak apa aku bersukur kerana diberi peluang untuk mendedahkan diri dengan IMO ni.. Malam tu juga capt halim telah datang ke hotel kami dan kami berbual sambil makan di MARA hall.. Mahal makanan dia dan untuk nasi goreng kampung harganya sehingga 6pound...terpaksa la...lepas habis makan kami berbual sehingga jam 10 mlm...masa tu mata kami berdua memang tidak larat sebab nya lebih dari 24jam tidak tido...urmmmm bila letak je kepala...lelap terus sehingga jam 2pagi waktu tempatan....kenapa 2pg bangun ?Sebab di malaysia waktu itu tghari....jadi timing mata ni sudah berlainan....

No comments: