Sunday 8 July 2012

JAKIM bekerjasama dengan MARDEPT

Salam,

JAKIM?http://www.islam.gov.my/
Mungkin hendak tahu apakah itu jakim? Aku ditugaskan oleh pengarah untuk menyediakan dan membentangkan kehidupan pelaut islam diatas kapal. Ini bagi menamatkan spikulasi dan pemahaman pelaut islam malaysia yang berkhidmat dikapal asing.
Agak jangal bila menerangkan kehidupan pelaut kepada JAKIM dan bermacam-macam persoalan ditujukan sampaikan akupun terpaksa meminta bantuan daripada pengarah aku yang 2 tu...
 

Ini adalah slide yang aku sediakan untuk menerangkan maksud yang sebenar bekenaan dengan keperluan pelaut muslim yang berkhidmat di kapal asing.
diantara pekara yang mohon diberikan panduan adalah seperti:

Isu berbangkit daripada Jabatan laut

1.    Solat
Berkenaan solat jumaat
Jamak qasar
Cara-cara menunaikan solat tidak bermukim

2.    Pengurusan makanan
Pekakasan
Bahan Mentah
Tukang Masak

3.    Keselesaan dan tahap keyakinan pelaut
Jika Belayar bersama dengan pelaut bukan muslim
Makanan halal yang disediakan oleh tukang masak non-muslim.





Minta panduan daripada Jakim

1.    Solat Jumaat tidak cukup forum.
2.    Jamak Qasar yang tidak bermukim oleh pelaut
3.    Syarat-syarat sembayang,hukum dll.
4.    Pengurusan makan bagi islam dan bukan islam
5.    Penyimpanan makan dan penggunaan pekakasan
6.    Senarai jenis makanan yang boleh diketegori halal diatas kapal dan sesuai digunakan.
7.    Jenis dapur/pinggan mangkuk yang sama digunakan untuk makanan tidak halal.
8.    Mendapat kerjasama daripada JAKIM untuk mengadakan seminar, mendalami islam bagi meningkatkan jatidiri sebelum belayar untuk pelaut-pelaut dan pelajar di institusi yang diluluskan oleh JLM.
9.    Menyediakan garispanduan berkaitan dengan kerjaya Pelaut.

Ini adalah tatapan gambar yang disediakan oleh aku.


insallah JAKIM akan membuat kajian lebih mendalam pekara ini...
Kita tunggu dan lihat..

No comments: