Saturday 10 November 2012

Sungai Buaya Jamboriee

Salam,

Agak lama tidak mengemaskini blog yang aku tinggalkan ini..sebabnya sibuk dengan kerja harian yang tidak henti-henti habis.
Biasalah cerita jamborie yang sebenarnya 2 bulan lepas di rawang selangor
Kalau dilihat muka ku tu, macam penat sahaja...Ini belum lagi nak berlumba, muka letih je kan?
Kalau dilihat betul-betul aku sebenarnya sedang mengumpul tenaga dalaman dan cuba FOKUS dengan perlumbaan suka-suka yang aku percaya harapan hendak menang itu sangat tipis. Sebenarnya tiada langsung kerana aku duduk di bahagian paling belakang (Biasalah laa lambat datang).

Kali ini jarak kayuhan sepanjang 35KM..bunyi macam pendek sahaja, tetapi sebenarnya dengan melalui bukit,sungai,longkang, jalan raya...ini paling mencabar aku rasakan.
Biasalah, starting memang kena mula dari belakang, sebab kali ini aku memang hendak kayuh santai dan tidak seperti sebelum-sebelum ini. Bagi aku kalau hendak dapatkan tempat ke 10 terawal, Badan dan stamina aku tidak boleh seperti didalam gambar diatas. Berat badan 90KG + 12KG basikal..macam mana hendak kayuh laju macam roket? Jika sesiapa yang membaca blog saya ini dan kesiankan saya boleh lah menderma basikal carbon fiber yang ringan supaya ianya sedikit sebanyak menyemarakkan semangat saya.
Pihak penganjur telah mengingatkan bahawa kali ini mereka menyediakan pit stop(tempat berehat) untuk semua rider-rider bagi melayan cendol terkenal rawang katanya...Memang cantik !!dengan penyertaan aku kali ini, aku jangka kan setiap perhentian aku akan berenti layan apa yang pihak penganjur tawarkan.Hahahahaha...
Hahahaaa..tu dia gambar layan cendol + rojak buah + mineral + kaki cram...huhuhuuu
Memang tepat dengan penganjuran ini yang sukakan santai...kali ini aku dapat menghabiskan kayuhan sehingga habis dengan 3 kali berenti disebabkan kiki jem..

Biasalah lepas habis , kena tunggu cabutan bertuah...tetapi memang nya tidak pernah bertuah selama aku join basikal ni. Hadiahnya agak lumayan kambing hidup 2 ekor dan ATV...sia-sia aku tunggu sampai ke petang, akhirnya elah ditakdirkan bukan rezeki aku.



Akhirnya macam biasa la..selepas berlumpur basikal ini aku kerjakan, tiba saat service...
pelahan-pelahan kayuh laaaaa

tq




No comments: