Saturday 10 November 2012

Rumah Terbalik KK

Salam,
Siapa pernah dengar cerita Rumah terbalik?
 Biasa yang kita dengar semuanya diluar negara. Bersyukur rumah terbalik telah dibina di Kota Kinabalu dan ianya yang pertama di asia.Agak pelik bila kita dengar rumah terbalik dan boleh digunakan dan ini adalah salah satu tarikan pelancong.
Agak pelik cara pembinaanya dan daripada penerangan staff menyatakan rumah terbabit telah menelan kos yang amat tinggi bagi sebuah rumah biasa. Biasanya sebelum masuk kedalam rumah tersebut pekerja terbabit akan menerangkan serba sedikit bagaimana pembinaanya di pintu masuk. Disitu penerangan tentang keluarga empunya rumah tersebut dan seorang kanak-kanak yang meminati bola.
Bapanya bekerja di semenanjung dan rumahnya di tampaluri sabah. Bapanya selalunya bekerja berulang alik ke semenajung dan borneo setiap hari menggunakan kereta kancil bernombor pendaftaran J*****.
Mula-mula gong akan dipalau menandakan pelancong/pelawat akan memasuki kawasan rumah terbalik ini. Kemudian penerangan peraturan sewaktu didalam rumah terbabit diberikan bagi mengelakan sebarang kemalangan. Salah satu pekara yang ditekankan adalah, tidak boleh mengambil gambar , laluan hanya dibenarkan dikawasan yang bertanda merah sahaja.
Pelawat perlu memberi salam sebelum masuk dan ketuk beberapa kali bagi memberitahu penjaga rumah untuk membuka pintu.Setelah memasuki rumah tersebut rekebentuk agak menarik  dan susun atur pekakas, dan barang-barang perabot. Soalan yang akan ditanya oleh pemandu pelancong adalah ape yang kita nampak didalam rumah ini tidak terbalik?
Jawapannya adalah tuan perlu melawat rumah terbalik ini..hahahahaaaa

Selamat melawat Rumah Terbalik


No comments: