Wednesday 19 March 2014

RAE Radio Armature Examination 9W2ENT

RAE adalah peperiksaan untuk pengendali radio amatur dimana sesiapa yang telah lulus peperiksaan akan diberikan sijil pengendali radio Class B. Pertama kali aku mengambil keputusan hendak mendaftarkan diri untuk peperiksaan ini,sikit sebanyak pekara bermain difikiran ku dimana adakah aku Boleh?.apa itu radio amatur? http://9w2cgru.blogspot.com/2012_01_01_archive.html
Link Soalan :
1. http://hbcr-kembaradotnet.blogspot.com/2009/08/contoh-soalan-soalan-peperiksaan-radio.html
2. http://9w2pro.blogspot.com/2009/06/contoh-soalan-rae-sgpetani.html

Proses
http://saffuanjaffar.blogspot.com/2012/09/proses-mendapatkan-lesen-radio-amatur.html

Biasanya SKMM akan menjemput calon untuk menghadiri seminar dan ianya akan mengikut kawasan contohnya Kawasan tengah (Shah Alam) . Disitu ianya akan menerangkan serba sedikit apakah itu RAE dan bagaimana menggunakan mengikut landasan yang betul . Biasanya satu wakil daripada SKMM dan 2 lagi pengendali radio.
Agak bagus dimana sebarang persoalan berkenaan seminar itu boleh dilemparkan untuk pengetahuan umum.




Bila tiba masanya agak gementar kerana menduduki peperiksaan sebesar dewan SACC ini menyebabkan hampir sesak nafas,gugup dan ketakutan. Mana tidaknya , peperiksaan ini tiada kait mengait dengan bidang kerjaya aku tempuhi. Aku jadikan ini semua sebagai cabaran yang sekali-kali hadir dalam hidup.
2013 menjadi titik permulaan menceburi bidang radio armatur dan dorongan rakan-rakan Mylandy yang menyebabkan keupayaan melebihi jangkauan.
Agak terkejut dengan keputusan peperiksaan RAE yang telah diberi tahu sendiri oleh Tuan Hanif 9W kerana beliaulah salah seorang ahli Mylandy yang sentiasa memantau adik-adik radio dalam diam-diam. Sebenarnya ramai yang menolong antaranya En Hahamin ,En Sopi 9W, En Man Botak 9M ,En Faiz 9M dan sesetengah yang terlupa namanya diletak di blog ini.
Ada yang memberi soalan, support dari segi rohani dan lain-lain sehinggakan akhirnya lulus seperti didalam gambar diatas.


Tiba lah masa untuk mendapatkan tandatangan 9M dimana mengkhendaki pengendali melajurkan network bagi mendapat verifikasi daripada 9M yang berpengalaman. Soalan ini telah aku bertanyakan kepada pegawai SKMM, mengapa hendak signature 2 orang 9M? jawapan yang diberikan sangat mudah. Untuk membina network dan mempelajari dunia amatur (aku rasa).
Alhamdulilah setelah bertungkus lumus hendak mendapatkan signature dan sebagainya akhirnya dengan rendah hati aku mendaftarkan call sign di pejabat SKMM wilayah tengah di shah alam.
Aku diberikan pilihan daripada pembantu takbir berkenaan dengan cara pengambilan sijil yang telah diluluskan. Keputusan mengambil sendiri di pejabat aku rasakan adalah keputusan yang bagus dimana memudahkan aku dan mengelakan sijil hilang apabila dihantarkan.
Selepas 4 hari permohonan dihantar tibalah masa saya mengambil sijil tersebut dan hasilnya.





No comments: