Monday 7 April 2014

Mylandy Slim River Trip



Trip Mylandy Slim river adalah acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh semua ahli kelab. Kali ini trip ini adalah dirancang untuk lebih kepada activiti kekeluargaan .

Makluman terperinci di Link: http://mylandy.wordpress.com/tag/slim-river/

Aku seperti biasa orang pertama yang sampai, dimana hari sabtu tersebut jam 3 ptg telah menunggu kedatangan ahli club  di stesen minyak R&R menghala ke utara. Sementara menunggu kami berehat di kedai kedai kopi untuk merasa penghawa dingin dan al-maklumlah greak-greeak tiada penghawa dingin.
Perjalanan pertama kami adalah ke  Refreshing Springs Resort dimana dari tempat kami berkumpul mengambil masa lebi kurang satu jam.

Biasalah Landrover110 ku ini hanya boleh mencapai kelajuan hanya 90Km/J dan hendak dijadikan cerita semua jelopy lain hanya makan asap sahaja . Walaupun mereka mempunyai 300Tdi , kesanggupan untuk  hirup asap hitam 12J injin diambil Demi kesetiaan Mylandy group ,itu sebab  aku diberikan laluan dahulu.Haaaaaa




Selepas puas melawat sekitar Refreshing Springs Resort
Kami bergerak pergi ke rumah rakan kami di  Estet Lima Belas yang terletak di slim river. Beliau juga adalah ahli Mylandy dan sangat berbesar hati menjemput ahli bertandang kerumah beliau. Beliau menyediakan rumah tumpangan Tanpa sebarang bayaran disebelah rumah beliau untuk digunakan oleh ahli mylandy.
Konvoi telah tiba di rumah beliau sekitar jam 10mlm dan disambut dengan meriah oleh tuan rumah.

Biasalah ahli Mylandy mendirikan khemah , menyediakan makan malam oleh chef Hahamin yang mempunyai berpuluh tahun pengalaman memasak. Pernah saya bertanya resipi apakah itu? dengan mudah beliau menjawap"Masakan main campak je". Ahli Mylandy pada malam itu dengan perut yang lapar menyebabkan hampir semua juadah yang dihidangkan habis.
"Campfire' telah dibuat bagi mendedahkan konsep berkhemah pada anak-anak bandar seperti kami... Maksudnya anak-anak kami.
Biasanya selepas makan waktu tidur adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh semua ahli mylandy dan disebabkan agak jarang sekali berjumpa.. kami semua berbual sehingga lewat pagi .



 Waktu pagi adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh semua ahli mylandy dimana program mandi-manda di sungai berdekatan telah dirancang. Sarapan pagi disediakan oleh tuan rumah en Azhar sekeluarga dan isteri-isteri ahli mylandy gatal tangan untuk menyediakan masakan tambahan .



Selepas berkelah di Sungai Bil , tibalah masa untuk pulang dan gambar terakhir di rumah tuan azhar adalah gambar kenangan yang tidak dapat dilupakan.


2 comments:

Unknown said...

Great..u r lucky man bro..im so far to spent time with u all..miss my landy..

hazroolrizalabdrahim said...

Thank you sir ...anything happen on ur landy?