Friday 18 July 2014

MH17 Tragedi menyayat hati (IM STANDING WITH YOU MALAYSIA)


Terpanggil aku hendak menceritakan tentang tragedi yang jarang-jarang berlaku didalam sejarah malaysia menyebabkan kematian yang besar. Pada April yang lalu pekara yang sama juga berlaku di Laut China Selatan dimana kehilangan MH 370 sehingga sekarang masih tidak dijumpai. Dugaan besar terhadap negara memerlukan kita rakyat malaysia bersatu dan tidak perlu mempolitikkan dan seterusnya memalukan negara kita sendiri kepada  luar.
Hari ini 17july 2014 dimana dunia dikejutkan dengan peristiwa dimana pesawat nasional negara MALAYSIA AIRLINES MH17 terhempas di negara sedang bergolak di Ukraine . Daripada sumber berita telah menyatakan bahawa MH17 telah ditembak jatuh oleh pemberontak Ukraine .link perbualan mereka https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=846244958741302&id=114016628630809 

Pergolakkan berlaku diantara negara russia dan ukraine dimana sebahagian daripada prorussia (rakyat Ukraine) ingin mengembalikan semula wilayah ke russia . Pergolakan tersebut masih berterusan sehingga sekarang dimana masih tiada lagi jalan penyelesaian sehingga kini. 

Ada dimana teori menyatakan bahawa warna kapal terbang russian seakan-akan sama dengan malaysia airlines. Ini kemungkinan diantara salah satu penyebab kemalangan berdarah ini berlaku. Didalam perbualan tersebut menyatakan itu adalah salah MH17 kerana memasuki ruang udara mereka. Didalam perbuatan tersebut juga menyatakan pesawat penumpang ini tidak sepatutnya nemasuki ruang udara mereka. 
Teori terbaru dimana katanya jet pejuang terbang berdekatan dengan MH17 dimana percubaan Ukraine untuk mengacah puak pemisah untuk menembak mereka. Apabila dilepaskan tembakan jet tersebut mengalih pandangan target kepada pesawat MH17 dimana titik panas pesawat penumpang itu ditukarkan kepadanya. Agak tinggi teori yang diwar-warkan dilaman sosial media.

Walau bagaimana teori yang ada kita biarkan pihak berkuasa menyiasat pekara yang sebenarnya berlaku. 
Disini jangan kita memberi spakulasi luar pemikiran akal yang tidak sepatutnya yang boleh mengganggu penyiasatan dan seterusnya sedikit sebanyak menggangu perasaan ahli keluarga yang terlibat.

295 jumlah penumpang bersama dengan anak kapal didalam perjalanan daripada amsterdam - malaysia. Setakat ini yang diketahui daripada media cetak menyatakan tiada yang terselamat. 
Banyak gambar sedih keadaan penumpang yang terkorban. Salah satu menyentuh hati aku ialah seorang kanak-kanak masih lagi memakai tali pinggang keselamatan terikat dikerusi meninggal dunia dengan cara yang menyayat hati.

Sanggupkah kita memperlakukan pekara ini kepada anak orang lain? Jangan disebabkan perbezaan ideologi dimana akan menyebabkan sistem otak tidak berfungsi . ianya berlaku sekarang ini dimana disebabkan kefahaman yang berlainan ,mereka yang tidak bersalah turut terkorban.

Hampir kesemua syarikat  Airlines telah mengarahkan kesemua kapal mereka mengubah haluan serta merta diatas ruang udara Ukraine bagi mengelakkan pekara sama berulang.

 Diatas menunjukan taburan pesawat komersial yang dimana di kawasan udara Ukraine tidak digunakan sebagai laluan kapal terbang komersial buat waktu ini.
Berita yang baru diterima juga ada menyatakan selepas MH17 melalui kawasan tersebut , ada kapal terbang komersial lain lalu di laluan yg sama iaitu MH3 , pesawat dari India yang membawa menterinya dan lain-lain.

Bagi negara yang mempunyai penumpang terbanyak telah mula memberikan penghormatan  terakhir di kedutaan mereka di Ukraine . Kesedihan yang ditanggung oleh keluarga penumpang adalah tidak tekata hendaknya.
 Didalam tweeter  telah menunjukan 6 sekeluarga serba berbaju hijau berpakaian baju melayu yang hendak balik beraya dimalaysia menemuai ajalnya kerana kesalahan orang lain.
Agak sedih salah seorang daripada penumpang adalah pelaut sejati malaysia. Beliau graduan daripada ALAM Melaka dan berkhidmat di syarikat perkapalan gergasi dunia. Kehilangan beliau adalah salah satu kehilangan besar pada negara maritim secara amnya.

" Berat mata memandang ..Berat lagi bahu memikul"
Kesedihan menunggu orang yang disayangi pulang tidak kunjung tiba dan ianya berlaku kepada sesiapa sahaja yang bernama manusia. Jika berlaku kepada kita bagaimana kita akan menghadapinya?

Teringat aku waktu aku balik daripada kapal signing off Airport Schipol-Amsterdam pada tahun 2001 dimana kali pertama menaiki penerbangan jarak jauh pulang ke Kuala Lumpur. Memang excited apabila nama disebut untuk pulang ke tanah akhir pabila hampir setahun berkhidmat diatas kapal dagang.

Aku menunggu untuk bording flight pada masa itu hampir 5 jam dimana kebanyakan masa aku gunakan untuk berjalan-jalan di kawasan kedai free duty bagi mengisi masa lapang. Pekara paling aku tidak lupa sekali adalah aku disapa oleh pramugari mengucapkan Selamat Pagi sewaktu hendak mendaftar masuk. Sangat gembira kepalang kerana sekian lama tidak mendengar orang malaysia bercakap malaysia di luar dari negara tanah tumpah. Dengan hati yang berbunga aku melangkah masuk ke tempat duduk yang ditetapkan.

Aku boleh katakan sepanjang aku menggunakan perkhidmatan penerbangan asing, Malaysia Airlines adalah terbaik diantara semua  syarikat yang ada dibumi ini. Layanan yang baik yang diberikan walaupun kita berada di dalam kelas ekonomi sikit sebanyak mengurangkan tekanan perjalanan selama 12jam ke malaysia.

Aku merasa selamat apabila Kapt kapal terbang tersebut memperkenalkan diri dalam bahasa malaysia walaupun berlain bangsa dan secara terus terang aku katakan , aku sangat bangga dengan kemampuan orang malaysia . Alhamdulilah setelah mengharungi 12 jam jarak perjalanan dimana hampir 10 movie aku tonton + games + makan yang banyak akhirnya kapal terbang tersebut mendarat di lapangan terbang KLIA pada jam 0630.

Dekat sini aku bukanya bermaksud hendak mempromosikan malaysia airline , tetapi aku berbangga kerana dapat menaiki kapal terbang malaysia dan seterusnya bersama krew kapal dari malaysia. 
Setiap kali melewati terminal lapangan terbang dunia, setiap kali itu juga aku nampak lambang wau merah. Ianya sudah membuatkan aku jalan mendada kerana bangga menjadi rakyat malaysia.
Dari segi standard Mas Airlines mempunyai jauh perbezaan dengan syarikat kapal terbang luar lain. Ianya juga telah dibuktikan oleh badan NGO memberi pengiftirafan yang menjaga standard penerbangan dari segi layanan.Ini adalah pendapat aku sahaja sebagai bekas penumpang syarikat tersebut.

Sehingga sekarang aku masih percaya dengan kewibawaan syarikat national malaysia dimana kru menerima Latihan dan mempunyai kompetensi yang baik.

Agak sedih dengan berita dimana MH17 mengakhiri perkhidmatannya diudara setelah 17tahun berkhidmat.
Kita sebagai rakyat malaysia bersama kita berganding tangan dan cuba ketepikan fahaman dan sikap menuding jari . Bersama-sama kita berdoa kepada mangsa dan keluarga supaya dipermudahkan segalanya.
Al-Fatihah