Tuesday 15 July 2014

Berpuasa dan menyambut syawal di kapal seorang diri (seafarer)

Pengalaman 10 tahun bekerja di rantauan adalah saat paling berharga dan sangat sukar sekali . Kebiasaan kita menyambut hari raya puasa pada 1 syawal setiap tahun dengan meriah bersama keluarga tersayang . Jelas kegembiraan diwajah mereka kerana dapat melengkapkan segala kehendak yang ditetapkan seperti didalam ajaran agama islam. Bagi mereka yang mempunyai daya dan usaha akan meneruskan puasa 6 .

Pengalaman beraya dikapal?
Pada tahun pertama aku bekerja sebagai jurutera aku dibenarkan pulang untuk menyambut syawal bersama keluarga (2001) . Itu adalah pembukaan kerjaya aku sebagai pegawai pengawasan diatas kapal malaysia. Aku rasa jika berlayar diatas kapal malaysia dan mempunyai majoriti pelaut malaysia adalah pekara yang sangat disukai! , mana tidaknya sekurang-kurangnya chef cook memasak rendang pada pagi raya.

Selepas itu sepanjang 9 tahun raya aku bersendirian menyambut syawal dimana tiada rakan seagama yang menyambut. Puasa? sememangnya bergantung pada nasib dan kekadang puasa aku melebihi  setengah hari bergantung kepada negara aku bekerja. Puasa diatas kapal adalah pekara yang paling sukar sekali kerana keadaan persekitaran yang berlainan. Dimana sebagai crew kapal aku diperlukan untuk bekerja sehingga setiap masa sehingga mengeluarkan peluh melampau. Seperti sedia maklum suhu dikawasan bilik injin boleh mencecah sehingga 40 degree Celsius . Jika kapal melalui kawasan middle east (kawasan arab) suhu sehingga 60 degree Celsius terutamanya bulan jun, july dan aug.

Kerja di bahagian injin  boleh katakan perlu menghadapi kepanasan haba mesin yang melampau. Biasanya apabila kita mengambil pengawasan untuk memeriksa sekitar bahagian injin , ianya sahaja sudah mencukupi untuk membuatkan seluruh baju basah seperti kena hujan. Bayangkan jika sedang berpuasa? bagaimana keadaanya? Ada pernah sekali diwaktu bulan puasa, injin yang aku jaga mengalami masalah yang memungkinkan kapal tersebut Blackout. Aku terpaksa menghadap injin tersebut selama 2 hari kerana jadual pelayaran yang sangat ketat. Hanya minuman sahaja menjadi alas perut sewaktu berbuka didalam bilik injin. Peneman setia makanan segera Remen (ala2 meggi) sahaja makanan buka aku setelah selesai kerja-kerja menyelenggara.

Puasa bersendirian dimana pencampuran diantara warganegara dan berlainan agama adalah paling sukar dalam menempuh kehidupan sepanjang ramadhan. Minority adalah penyebab utama dimana makanan perlu disediakan sendiri, sebagai contoh di US buka puasa biasanya jam 8mlm dan waktu makan di atas kapal jam 6ptg.

Aku terpaksa mengambil inisetif sendiri untuk menyediakan makan berbuka dan mahupun sahur. Seperti aku maklumkan tadi kehendak kapal dimana dapur hanya dibuka sehingga jam 6 petang dan dibuka semula pada 6 pagi. Ini bermaksud tiadanya barang mentah untuk dimasak dan selalunya aku tidak berbuka dan kalanya tiada sahur. Bayangkan sepanjang sebulan berpuasa aku bagaikan hendak menangis sepanjang hari kerana diperlakukan begitu.

 Tetapi itu hanya sekadar sementara sahaja kesedihan yang ditanggung. Aku mula menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut selepas mentality dapat menerima keadaan tersebut. Sesiapa yang berada diatas kapal mempunyai masalah yang sama dengan aku perlu membuat penyediaan dari segi mental kerana ia juga biasanya menyebabkan kita tewas jika tidak melawan secara logikal. Mindset perlulah di pastikan kuat asasnya.

Pernah sekali dimana satu kadet injin telah dihantar ke kapal aku dan sememangnya waktu itu adalah bulan puasa. Selepas 2 hari naik dikapal tersebut beliau berjumpa dengan aku menagis mengadu tidak tahan dengan dugaan diatas kapal. Aku menceritakan pengalaman aku tentang kehidupan berpuasa selama bertahun dengan syarikat tersebut. Selepas seminggu beliau berada diatas kapal, beliau telah meminta untuk dihantar pulang kerana tidak berdaya menghadapi puasa diatas kapal tersebut. Aku kekadang bertanya kepada diri aku sendiri kenapa aku boleh bertahan?

Bercerita tentang beraya diatas kapal? aku tidak pernah nampak manis dari pahit . Didalam hidup aku diatas kapal apabila menjelang 1 syawal  seperti tiada apa-apa makna. Contohnya bangun pagi jam 7, mandi, pakai baju kerja(Boiler Suit) pergi ke  tempat makan (mess room) dan makan sarapan seperti biasa . Maksud aku hari 1 syawal itu tiada apa-apa yang menunjukan seperti perayaan yang ditunggu-tunggu seperti didaratan. Jika ada 2-3 orang crew kapal islam barulah diberikan cuti dan yang paling indahnya cuti yang diberikan itu aku gunakan untuk tidur dari pagi sampai ke petang.Selepas 2 tahun aku menghadapi saat raya diatas kapal, bagiku tiada apa-apa makna lagi erti 1 syawal itu.Kenapa aku nyatakan waktu cuti itu aku tidur sepanjang hari, Aku bukan jenis kaki tidur dan tetapi ini disebabkan apabila raya berseorangan ia sedikit sebanyak ia akan mengigatkan aku kepada suasana raya di daratan bersama keluarga. Bagi aku waktu itu apabila lepas bangun tidur petang, raya sudah pun mula menutup tirai dan seterusnya aku berjaya melewati dugaan hidup bersendirian.

Aku percaya orang yang paling gembira untuk menyambut hari raya adalah kanak-kanak kerana mereka menghadapi puasa sepanjang bulan. Habuan puasa penuh juga menjadi bahan ukuran mereka dan paling mereka suka adalah bunga api. Contohnya di johor sendiri diadakan lawatan rumah ke rumah sewaktu raya yang dibuat oleh penduduk kampung(Marhaban) . Waktu ini adalah waktu aku rasakan paling gembira menyambut syawal.

Apabila sekarang ini aku sudah bekerja didarat aku dapat rasakan 1 syawal tu seperti diatas kapal dan aku masih kekalkan mentality tersebut selama 5 tahun didarat. Pemerhatian aku setiap kali ramadhan sahaja semua sudah sibuk hendak beli itu la..ini la..Belanja melebihi pendapatan dimana bagi mereka raya adalah hari gembira dan lupa hari duka selepas raya.
Memang tidak bagi aku dan secara jujur sepanjang 5 tahun didarat aku hanya ada 2 baju raya sahaja dan songkok tinggi sepanjang zaman.

Aku tidak bermaksudkan menyambut syawal itu adalah pekara yang tidak bagus, ini disebabkan aku sudah biasa dengan keadaan tersebut dimana telah diajar(sendiri) sewaktu berkhidmat di kapal dahulu. Teori yang menyatakan apabila kita sudah biasa apa yang kita buat dan untuk berubah akan mengambil masa lama.


Ini hanya pendapat aku sahaja berkenaan sambutan syawal diatas kapal. Anda Bagaimana?

No comments: