Tuesday 8 July 2014

Perubahan hidup laut ke darat (GAJI) Pengendalian Kewangan Pelaut

Coretan kehidupan aku,

Pada awal 2001 aku telah mula berlayar mencari pengalaman dimana gaji permulaan aku pada waktu itu adalah RM 1800 menjadi pegawai awasan injin. Paling banyak gaji yang pernah aku kerja didaratan pada waktu itu adalah hanya RM 800 sahaja. Agak terkejut dengan penambahan gaji yang banyak berbanding sebelum ini. Memang tidak disangkal pendapatan kerja berlayar sebenarnya adalah tertinggi dibandingkan dengan pekerjaan darat lain.

       Aku memulakan kerja aku sebagai 4th engineer dimana sekitar 1800-2400 gaji ketika itu yang mana selama 6-8 bulan masa dilaut. Sebenarnya bagi pelaut bujang seperti aku ketika itu ianya adalah sangat besar dan tidak tahu bagaimana hendak membelanjakan. Tidak heranlah setiap kali balik bercuti 3bulan aku mempunyai sekurang-kurangnya 10k didalam tangan untuk dibelanjakan. Waktu itu ayahku mempunyai kereta lama berwarna merah(toyota KE30) .Gaji pertama aku digunakan untuk membeli kereta iswara(A) terpakai untuk kegunaan ayah dan mak bagi menjemput aku setiap kali balik dari luar negara. Dalam pada masa yang sama membantu dan menaik taraf kehidupan keluarga.
Gambar diatas adalah kerja  pertama sebagai jurutera diatas kapal MCM yang aku agak paling mencabar sepanjang hidup aku dilaut. Pernah sekali aku di beritahu oleh senior diatas kapal dimana beliau menyatakan kita akan bekerja sampai peluh satu baldi ,untuk dibawa balik apabila cuti nanti.Bermaksud penat lelah sepanjang diatas kapal tersebut akan digunakan(duit) didarat nanti.

Dalam masa satu tahun bekerja disyarikat yang sama aku telah dinaikan pangkat sebagai jurutera ketiga dimana gaji aku mencapai RM 4000 pada 2003. Aku mula mengintai kereta idaman aku Land Rover Defender (Model Baru) untuk dijadikan isteri pertama aku. Setelah enam bulan berfikir panjang akhirnya aku mengambil keputusan yang sukar aku terima dan terpaksa memiliki kereta kelisa 1000cc . Ini disebabkan setelah aku berfikir panjang kerana kerja sebagai pelaut adalah seperti pekerja kontrak yang setiap 6 bulan perlu dihidupkan.Kerisauan setiap kali menunggu masa menaiki kapal adalah alasan utama aku mengambil keputusan tersebut. Dikira waktu itu aku tidak mahu mengambil risiko yang tinggi dimana waktu itu komitment aku hanya kereta iswara bulanan RM 350 dan kelisa RM500. Walaupun dihitung semula masih banyak lebihan  gaji ,tetapi aku berjanji pada diri sendiri untuk menabung bagi melanjutkan pelajaran.

    Pada hujung 2003 aku telah merubah arah ke syarikat lebih besar NSSPL dimana aku mencari pengalaman diluar daripada malaysia. Syarikat tesebut adalah syarikat entiti kerjaan singapore dimana mempunyai punca pendapatan yang tinggi. Aku mengambil keputusan berhijrah ke syarikat tersebut adalah kerana ingin mencuba pengalaman luar.
Aku ditawarkan dengan gaji RM 6000 sebulan dimana rupanya seperti sangat banyak untuk orang seperti aku yang baru 3 tahun pengalaman. Aku memasuki fasa baru dimana pekerjaan aku kali ini adalah sangat mencabar kerana aku adalah melayu (malaysia) pertama dilantik menjadi jurutera dikapal mereka. Mengikut apa yang diceritakan dimana short arrangnment diantara MISC dan NSSPL disebabkan ketidak puashatian berkenaan perniagaan dan 9/11. Kapal tersebut berdaftar sebagai pelayaran tanpa had dan itu jugalah kehendak yang perlu aku penuhi sebelum menyambung belajar. Jabatan Laut Malaysia menyatakan syarat dimana perlunya pelaut yang ingin memohon perakuan kekompetenan perlulah berkhidmat dikapal yang berdaftar pelayaran tanpa had.

Sekali lagi aku mengambil keputusan untuk menukar kereta iswara tua kepada waja baru khas untuk orang tuaku. Kegembiraan mereka terlihat dari raut wajah dan aku puas walaupun bayaran ansuran telah meningkat.
Setelah tiga tahun berkhidmat akhirnya aku mengambil keputusan untuk sambung belajar di ALAM (terengganu) dimana ianya memakan belanja RM 40000 sepanjang satu tahun didarat. Aku terpaksa mengikat kontrak dengan syarikat aku selama 3 tahun dimana selepas mendapat perakuan kekompetenan(COC) .Ini bagi memudahkan kehidupan sepanjang pembelajaran disana dan walupun jumlah yang diberikan hanya sedikit, tetapi ianya banyak membantu .Sebanyak  Rm 10000 diberikan kepada aku untuk membayar keperluan sepanjang pengajian.

Aku masih menggunakan kelisa sepanjang pembelajaran aku di kuala terengganu. Disitu aku diantara pelajar postgraduate yang paling miskin kerana mempunyai kereta malaysia berbanding dengan rakan-rakan lain yang harga keretanya melebihi harga sebuah banglo. Didalam hidup aku adalah bersederhana dan aku pekakan telinga dengan ejekan mereka kerana aku sahaja tahu kenapa aku memilih kelisa sebagai kereta ulangalik melaka -terengganu. Pengurusan kewangan disaat begitu adalah perlu bagi aku untuk memastikan sepanjang pembelajaran aku tidak diganggu dengan masalah remeh tersebut.


Pada 2006 selepas habis peperiksaaan akhir lisan aku mengambil keputusan untuk membeli Rumah teres corner lot . Walhal pada masa itu duit simpanan aku Hanya tinggal rm1000 sahaja dan tetapi sifat selamba aku menyebabkan aku ketepikan semua itu.
Pembelian rumah baru perlunya duit muka dan sebagainya .Bila difikirkan semula aku kekadang tidak tahu kenapa aku mengambil sifat terburu-buru. Pada fikiran aku waktu itu, aku mesti memiliki aset untuk hari tua!

Disebabkan keputusan tidak berfikir panjang akhirnya aku terperangkap sendiri dan pada masa yang sama aku terpaksa memohon berkhidmat semula dikapal secepat yang mungkin. Alhamdulilah selepas  sebulan menaiki kapal aku diberikan bonus sebanyak RM 25000 dan semua duit itu aku laburkan kepada rumah baru aku.
Disini kita dapat melihat bagaimana keputusan yang kurang bijak akan menyebabkan kesusahan walaupun boleh diselesaikan.

Selepas pulang berlayar dengan gaji mencapai RM 12000/bulan aku mengambil langkah drastik untuk membeli kereta jimat minyak(vios) . Pemilihan kereta dibuat berbulan lamanya dimana Honda City idsi adalah salah satu pilihan.Kereta kelisa kesayangan aku dijual bagi memudahkan aku menghadap bulanan ansuran. Kenapa aku memilih kereta jepun? kenapa tidak land rover kesayangan? sebab harga vios hanya 87k dan kereta paling jimat minyak pada waktu tersebut. Berbanding Land rover defender dimana harganya mencecah 280k dan kuasa 2.5 bersama dengan penggunaan minyak yang banyak. Bersederhana adalah cara kehidupan aku .

Bulan ke bulan sehingga tahun menjadi bertahun akhirnya aku dinaikkan pangkat dan seterusnya memiliki pendapatan hampir 20k sebulan. Tetapi sebagai manusia aku masih tidak puas dengan apa yang aku dapat. 

Aku mengambil keputusan untuk berhenti berlayar dan berkhidmat di jabatan kerajaan. Keputusan yang agak gila kerana perbezaan gaji yang sangat besar jurangnya. Contohnya 20k dan 2k sebulan? 
Aku teruskan perjalanan hidup selama 3 tahun untuk menyesuaikan diri di mana aku berkorban semua wang simpanan yang aku simpan bertahun bagi mengelakkan komitmen yang besar menyebabkan kesusahan .
Alhamdulilah akhirnya aku dapat menyesuaikan diri walaupun mengambil masa yang lama dan berkorban segalanya. Syukur mereka disekeliling aku faham pahit jertih menghadapi kesusahan sepanjang perjalanan kehidupan didarat.Sehingga hari ini impak gaji masih mempengaruhi aku dan keluarga kerana komitment berterusan yang masih lagi aku kekalkan.

   Aku percaya dimana pengurusan kewangan adalah amat penting bagi seseorang. Semua yang aku nyatakan diatas adalah bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk dan tetapi lebih kepada pengajaran kepada pembaca. Tanpa penggurusan yang baik , walaupun mempunyai aset yang banyak ianya buka sifat yang kekal dan akan menyebabkan kita hanyut tanpa berfikir.




2 comments:

Unknown said...

👍🏻

Unknown said...

sya igt nk keja kapal jugak bg gaji tinggi.. boleh rekomen x..