Friday 30 December 2016

Sedarkah kita tentang PENCUKAIAN sebagai Pelaut?

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Aku cuba memahamkan Pencukaian Pendapatan Daripada Penggajian Di Atas Kapal (Ketetapan Umum No.12/2016) berkenaan dengan cukai.

Agak pening jika dibaca satu persatu dan aku cuba memahami blog daripada rakan lain berkenaan dengan pencukaian pelaut ini . Maklumat lain boleh didapati didalam blog rakan En Ahmad Badri https://ahmedbadri.wordpress.com/2016/03/12/cukai-pendapatan-untuk-pelaut-malaysia/



Aku cuba ringkaskan dengan mudah mengikut kefahaman aku dan mohon tuan-tuan dapat menyemak semula dengan LHDN dan baca bersama (Ketetapan Umum No.12/2016) dengan blog ini.

Secara Umum kefahaman berkenaan Perolehan Pendapatan

Kena Cukai:
Syarikat /perniagaan yang dikendalikan oleh orang yang bermastautin di malaysia

Tidak Kena Cukai:
Syarikat/perniagaan dikendalikan daripada luar malaysia dikecualikan.

Rumusan menyatakan peniagaan yang bermastautin di Malaysia yang mengaji pelaut asing atau tempatan perlu kena cukai!



Syarat Pengecualian Cukai:

  1. penggajian dijalankan di atas kapal yang digunakan dalam perniagaan.
  2. perniagaan dikendalikan oleh orang yang bermastautin di Malaysia; dan 
  3. orang yang mengendalikan perniagaan mestilah pemilik berdaftar kepada sebuah kapal di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (Ord. 70/1952) (OPS).

Contoh: Bekerja dengan Syarikat Kapal Malaysia beroperasi di KL dan berlayar diluar dimana syarikat tersebut memenuhi syarat diatas tersebut, secara automatik layak pengecualian cukai bagi pelaut tersebut.

Pengecualian terbatal apabila beliau menaiki kapal jenis :

  1. feri;
  2. tongkang atau laiter;
  3. bot tunda;
  4. vesel bekalan;
  5. bot krew;
  6. kapal korek;
  7. bot nelayan;
  8. kapal yang berdagang dan/atau beroperasi secara eksklusif dalam pelabuhan di Malaysia;
  9. vesel luar pesisir yang mana perkhidmatan utamanya ialah operasi penggerudian untuk penerokaan, eksploitasi atau pengeluaran sumber- sumber di bawah dasar laut dan tidak kebiasaannya terlibat dalam navigasi atau pelayaran antarabangsa;
  10. Penyimpanan Terapung dan Pemunggahan (PTP), Terapung, Pengeluaran, Penyimpanan dan Pemunggahan (TPPP), atau mana- mana vesel lain yang mempunyai operasi yang serupa;
  11. kapal perang atau kapal tentera laut;
  12. mana-mana kapal yang dipunyai atau yang sedang berkhidmat denganKerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri; atau
  13. vesel lain yang serupa. 


  1. Enjoy naik kapal ke luar dan pilihlah kapal yang tidak tersenarai didalam pengecualian jenis kapal nombor 1-13.

    Ini hanya memudahkan pembaca sahaja memahami secara ringkas berkenaan pencukaian sebagai pelaut .

    Rumusan lain yang saya boleh lihat disini adalah naik kapal luar dimana pengurusan syarikat diluar negara secara automatik dapat pelepasan cukai mengikut kapal yang diketegori dalam senarai KAPAL . Jika sayangkan syarikat dalam negara , pastikan syarikat tersebut mempunyai kapal berdaftar dengan Jabatan Laut OPS 1952 dan didalam ketegori KAPAL.

    Mudah dan cepat dan saya menasihatkan jika tidak beberapa pasti dengan maklumat ini boleh lah merujuk kepada LHDN berkenaan lebih dalam lagi kelayakkan pelaut.

    Link untuk fail LHDN  http://lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KU_12_2016.pdf?CSRF_TOKEN=6c4630139cca57443d663dfcc23e1a02563b87c0

No comments: