Sunday 8 January 2017

Penggantian Modular Special Training Endorsement (STE) 95 kepada 2010 tanpa hadir kelas

Pertukaran Sijil tanpa Hadir Kelas? Mudah ke?

Hari ini saya hendak berkongsi berkenaan dengan pertukaran sijil tangki lama dimana yang menggunakan perundangan STCW 95 kepada STCW 2010.

Sedar tak kita sejarah sijil untuk kapal tangki? Sebelum kita terus menceritakan tentang pertukaran sijil tanpa duduk di kelas yang makan beribu riban, baik kita memahami dahulu sijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kita.

Tahukah kita sijil Tanker yang wajib diperlukan untuk melayakkan kita bertugas diatas kapal tangki?. Bagi mereka yang berkhidmat menjadi pegawai awasan memerlukan sijil tersebut diendorskan bersama dengan sijil kekompetenan.



Sedikit sejarah :

Sijil yang dikeluarkan mengikut kehendak STCW 1995 untuk melayakkan belayar adalah:

Tanker Familiarization
Oil Tanker Training 
Chemical Tanker Training
Gas Tanker Training

Dimana tanker Familiarization adalah gabungan asas kapal  Tangki, kimia dan gas. Hanya sijil lanjutan(advance) sahaja berasingan mengikut keperluan pelaut sendiri.

Kesemua sijil ini tiada tarikh luput dan ianya boleh digunakan sehingga 1 Jan 2017




Sijil yang dikeluarkan mengikut kehendak STCW 2010 untuk melayakkan belayar adalah:

Basic Oil & Chemical
Basic Liquid Gas Tanker
Advance Oil Tanker 
Advance Chemical Tanker 
Advance Gas Tanker 


Dimana sijil asas tanker dipecahkan kepada 2 jenis iaitu Sijil asas kapal Gas & Sijil asas tangki & Kimia. Hanya sijil lanjutan(advance) sahaja berasingan mengikut keperluan pelaut sendiri dimana ia seperti konsep yang dipraktikkan oleh STCW 1995.

Kesemua sijil ini mempunyai tarikh luput dimana setiap 5 tahun perlu menghadiri kelas refresher seperti sijil lain . Ianya terpakai untuk pegawai yang mempunyai perakuan kekompetenan (COC) sahaja. Bagi krew biasa tiada tarikh tamat tempoh! dan tidak perlu menghadiri kursus selepas 5 tahun .



Perlukan kita menghadiri kursus bagi pelaut sedia ada yang mana mempunyai sijil STCW 95? Bolehkah ianya digunakan atau ditukarkan kepada sijil STCW 2010.

Boleh! dan Bagaimana?

Permohonan boleh dibuat dimana pihak berkenaan akan menyemak kelayakkan pelaut itu menukar sijil lama setara mengikut sijil kehendak baru ini.

Memudahkan cara pemahaman adalah seperti berikut


Ini adalah senarai sijil kecekapan lama dimana saya mempunyai sjil Tanker familiarization + Oil tanker Training. Sijil ini saya boleh dipohon kepada Jabatan Laut untuk menukarkan  kepada tanker familiarization kepada Basic Oil& Gas dimana hanya sekali sahaja dibenarkan untuk menukar kepada sijil setara STCW 2010. Keperluan lain juga perlu menunjukkan saya berkhidmat menaiki kapal tanker tersebut sebanyak lebih kurang 1-3 tahun kebelakang dan seterusnya melayakkan saya untuk memohon .

Saya juga mempunyai sijil Oil tanker training dan sekaligus layak untuk memohon untuk pertukaran kepada yang baru mengikut sama keperluan diatas.

( Ini adalah maklumat baru yang saya terima , mohon membuat pertanyaan dengan mereka dan saya tidak bertanggunjawap dan menanggung apa-apa kos berkaitan dengan maklumat ini) (Mohon rujuk untuk kepastian)

Setelah dibenarkan untuk menukar sijil baru lah saya boleh membuat endorsan keatas perakuan kekompetenan saya.




4 comments:

Unknown said...

assalamualaikum tuan, sekiranya kali terakhir saya menaiki kapal tanki adalah pada 3 tahun 6 bulan yang lalu, adakah saya masih layak untuk menukarkan kepada sijil yang baru?

berkenaan permohonan, adakah hanya boleh dibuat di pejabat laut port kelang sahaja?

terima kasih.

Anonymous said...

Salam tn..sy nk try confirm skali lg..tn pnye cert oil tnker training boleh convert ke adv.tanker ke tanpa attend the class?..

hazroolrizalabdrahim said...

Hantu Seram : Wasalam mohon semak dengan Pejabat Pelabuhan , Saya rasa tuan layak dan sijil boleh ditukar hanya di port klang sahaja atau tuan boleh pergi ke pejabat pelabuhan berdekatan dengan rumah untuk minta bantuan

hazroolrizalabdrahim said...

Anonymous : Tidak boleh dimana arahan terbaru tidak dibenarkan