Monday 2 January 2017

Sijil Kecekapan (COP) tukar Apple to Apple tiada kesedaran yang mana memerangkap dan menyusahkan orang lain

Terpanggil aku hendak menceritakan keperitan si pelaut yang alpha dengan janji manis mereka yang menjanjikan bulan dan bintang.


Pernah lihat sijil lama yang dikeluarkan oleh Institusi latihan maritim ini? buat pengetahuan semua sijil ini dikeluarkan sebelum 1999 lagi dimana melihat daripada segi paparan muka hadapannya adalah amat ringkas dan padat. Sijil ini dikeluarkan mengikut peraturan konvensyen 1995 dimana sijil ini telah diambil oleh semua pelaut yang ingin memegang perakuaan kekompetenan bahagian pengurusan.

Buat pengetahuan sijil ini tidak lagi boleh digunakan kerana pabila dilihat pada pandangan kasar tiada tersenarai peraturan yang memaklumkan konvesyen STCW dipatuhi. Jika siji ini dibawa berlayar selepas 1 Jan 2017 maka anda akan menjadi orang yang pertama menyebabkan kapal ditahan oleh PSCO. Rasanya kita yang rugi tak dapat naik kapal selepas itu atau syarikat yang menanggung kerugian disebabkan kapal ditahan oleh PSCO mereka?

Pernah seorang rakan dimana rumahnya dihanyut banjir pada tahun 2010 dimana apabila beliau datang kepada pihak berkuasa berkenaan mendapatkan semula sijil kecekapan tersebut , ia tidak dapat ditemukan salinan lama. Seperti aku katakan tadi siji kecekapan ini sebelum 1999 ianya dikeluarkan oleh institusi latihan maritim sehinggalah tahun 2006. Pada masa itu sistem rekod Institusi di malaysia tidak beberapa cekap dan ini menyebabkan kesukaran mendapatkan nama atau salinan sesiapa yang pernah menghadirinya.

Pengakhiran pelaut ini perlu menghadiri semula kursus yang berkaitan. Mari kita bayangkan satu pelaut mempunyai siji lama seperti gambar diatas sebanyak 11 keping berlainan kursus. Semuanya tiada didalam rekod? Bayangkan 1 kursus minimum harga sekitar RM 1500 sehingga RM 3500 ? kira berapa pelaut perlu keluarkan punca kewangan sendiri untuk hadir kursus tersebut?


lagi satu contoh untuk sijil security yang sebelum 2013 dimana sebelum ini semua sijil security dibawah SOLAS dan jika dilihat pada sijil adalah menunjukan peraturan lama. Pada 1 Jan 2017 terdapat tiga sijil security diletakan dibawah STCW 78 dengan pindaan 2010. Oleh itu secara automatik sijil tersebut tidak laku!.

Mengapa aku membangkitkan pekara ini adalah kerana banyak pelaut masih tidak sedar perubahan yang berlaku dimana mereka akan menyusahkan diri dan kapal termasuk krew kapal lain kerana kelalaian sendiri. Aku lihat perubahan besar dibuat oleh jabatan Laut dimana mereka mewujudkan sistem dokumen pelaut dimana semua maklumat sijil kecekapan disimpan didalam server mereka. Pada 2009 lagi kewujudan sistem ini sedikit sebanyak membantu pihak berkuasa memastikan semua rekod berada dilaman maya. Ianya lebih kepada ke-modenan yang membantu dan mengurangkan kesesakan fail secara visual.

Aku memanggil semua pelaut yang disayangi supaya sedar lebih awal berkenaan dengan keperluan penukaran sijil kecekapan (COP) atau kata nama lain sijil modular. Ini amat penting bagi kita sebagai pelaut untuk memastikan kelangsungan rezeki kita di laut tidak terputus.

( saya tidak bertanggunjawap dan menanggung apa-apa kos berkaitan dengan maklumat ini) (Mohon rujuk untuk kepastian)


3 comments:

Unknown said...

Terbaik tuan. Isu hangat skrg ni..
Kalau attend Ship Security Officer dari Singapore which is Approved Training Centre by Singapore MPA, perlu tak sijil ditukarkan ke Sijil SSO Malaysia? Dan harap dapat confirm kan sekali lagi, setiap STCW course yg diambil dari luar negara mmg takder disenarai dlm SDPX (seafarers docs systm) ?
Isu ni byk kali berbangkit pada charterer2 setiap kali Audit & Inspections.

Anonymous said...


Alamak aku takda lagi ni....kena mohon ni...

hazroolrizalabdrahim said...

@Mike Alfa Whisky : Pertukaran setara kebiasaanya tidak dibenarkan hanya COC sahaja dibenarkan untuk pertukaran setara. Kebiasaan pentabir maritim tiada maklumat untuk semua Institusi Latihan Maritim yang luar daripada malaysia dimana mereka adalah diluar kawalan daripada pentabiran secara sah.