Monday 10 February 2014

Mencari rezeki menjual kangkung

Assalamualaikum,
Merujuk cerita berkenaan Tanah Makan Ku Link:http://hazroolrizalabdrahim-pelaut.blogspot.com/2014/01/tanah-makanan-aku.html?zx=e86cbd0ec9abe90c
Agak sukar bagi ku untuk bercerita tentang kehidupan yang dilalui oleh kami sekeluarga didalam meneruskan kehidupan sekeluarga. Kesusahan meniti kehidupan daif bagi mendapatkan sesuap nasi bagiku adalah salah satu ketidak adilan kehidupan. Aku pasrah dengan apa yang berlaku pada masa lepas dan cuba menjadikannya satu cabaran.
Gambar Hiasan

 Cerita kali ini yang ku bawa bukannya berkaitan dengan apa yang berlaku sekarang ini, ini adalah lebih kepada pengalaman hidup .Terpanggil aku bercerita berkenaan pencarian rezeki dimana kangkung telah banyak membantu didalam kehidupan kami sekeluarga.
Agak lama kami sekeluarga menggunakan tinggalan lombong lama di kawasan berdekatan dengan rumah sebagai tempat memungut kangkung. Disitu keluasan lombong tersebut yang hampir 10 hektar dimana kangkung tumbuh secara sendiri tanpa dibiakkan.Disitu terletak 3 lombong yang ditinggalkan dan sayur kangkung adalah penghuni tetap disini. Pautan tentang kawasan yang aku maksudkan http://sejarahkampungbatu6.blogspot.com/
   Permintaan bahan basah(kangkung) bagi kalangan peniaga di Tanjung Emas adalah penyebab utama kami sekeluarga mendapatkan bahan mentah itu. Rojak agak terkenal di muar dari zaman ke zaman dimana pada masa ini juga masih lagi terkenal dengan rojaknya, selain mee bandung dan satey muar.
Biasanya ayah akan membawa ku bersama untuk memetik kangkung di lombong utama. Seperti sedia maklum lombong yang berkeluasan 6 ekar itu diliputi kangkung sebanyak 70%. Biasanya kami berdua akan sampai di lombong tersebut didalam jam 4 setengah. Kesusahan hendak tiba di kawasan yang dinyatakan adalah bermula di pintu masuk ke kawasan kebun kelapa sawit. Sebelum dapat melintas ke kawasan lombong tersebut, aku terpakasa menempuh titi usang yang dibina sendiri oleh kami. Menjadi kebiasaan setiap kali selepas hujan jambatan yang kami bina akan hanyut dibawa air parit kerana air akan melimpah disebabkan oleh air melimpah dari lombong tersebut.
Memang seronok bila sewaktu melintas titi kecil dan tanpa keseimbangan yang baik biasanya akan diakhiri dengan aku jatuh kedalam parit . Bayangkan dengan baju basah kuyup ku teruskan juga pergi memetik kangkung untuk jualan. Bagi ku itu biasa sahaja dengan baju basah dan diserang oleh angin yang menyebabkan kegigilan sepanjang 3 jam ditengah-tengah lombong itu. Suara ini seperti mahu menjerit memberi tahu keluarga yang aku tidak sanggup menghadapi semua ini. Apakah daya ku anak kecil yang tidak boleh memberi sebarang keputusan dan menolong dari segi kewangan. Aku percaya semua akan teruskan juga walaupun basah pakaian , kerana hendak pulang ke rumah mengambil masa yang panjang sebelum kembali semula ke lombong tersebut.
Merujuk gambar diatas adalah gambaran dimana motosikal RC 80(suzuki) yang ditunggangi oleh ayah akan melalui halangan ini. Adakalanya pernah sekali motor dan orangnya jatuh didalam air tersebut. Dengan luka calar, tercucuk pelepah sawit adalah sebenarnya pembakar semangat kami semua .Tidak pernah sekali daripada keluarga dimasukan ke hospital kerana luka disebabkan kerja yang aku lakukan, Alhamdulilah.

Hujan , ribut adalah makan aku sewaktu memetik pucuk kangkung dan pernah sekali petir jatuh berdekatan dengan tempat aku bekerja . Ia tidak pun sedikit melemahkan semangat untuk meneruskan usaha kami mendapatkan kangkung . Bagi ku jika itu adalah untuk membolehkan kami meneruskan kehidupan, ianya tidak perlu dirisaukan walaupun binatang berbisa menghampiri.
Pernah sekali sewaktu memetik kangkung, setiap pergerakan ku diatas akar kangkung aku akan berasa seperti diatas tilam air dimana pijak dihujung dan di sebelah sana akan merasa ombak/pergerakan akar kangkung. Ini bererti aku sebenarnya bekerja diatas lombong dan dibawahnya adalah lombong yang dalam. Boleh bayangkan bagaimana tiba-tiba terdapat lubang diantara akar? sudah semestinya aku akan jatuh kedalam lombong tersebut. Berbalik kepada binatang berbisa, lipan, ular dan sebagainya adalah sebenarnya kawan jauh sewaktu itu. Walaupun pernah sekali terpijak ekor king cobra tetapi sikit pun tidak melemahkan semangat ku untuk mencari sesuap nasi adik beradik.
Pelik? jika sekarang ini pabila nampak semak sahaja aku sudah mula risau dengan binatang berbisa yang berkemungkinan berada disekitar. Memang ALLAH mempermudahkan segala urusan sewaktu susah dahulu, dengan hujan, sejuk, jatuh lubang dalam tercucuk duri sawit, ular, lipan dan sebagainya. KuasaNya mengizinkan segala apa yang dibuat tidak menerima kecelakaan.
Begini caranya membawa kangkung daripada lombong ke rumah yang mengambil jarak 4-5KM dimana penuh satu motosikal dengan berguni-guni dan berplastik bungkusan kangkung.Sampaikan kekadang saya yang duduk di belakang tidak nampak orang yang dihadapan. Pernah sekali sewaktu ayah membawa motor dengan penuh muatan kangkung, dimana jalan yang berlobang-lobang menyebabkan aku jatuh dijalan raya kampung. Agak pelik ayah terus berlalu tampa menghiraukan aku yang tergolek jatuh dengan gunian kangkung hempap di atas badan. Nasib baik jalan kampung/kebun yang tiada lori boleh melalui jalan terbabit,jika ianya berlaku dan semestinya hazrool menjadi kenangan.
    Rasanya selepas berpuluh tahun meninggalkan kerja tersebut dan kerinduan melalui detik tersebut jika ada kesempatan akan dijadikan kenangan yang sangat bermakna. Nama kangkung adalah sangat bermakna kepada aku kerana jenis sayur ini yang membesarkan , mengajar, mendidik erti kehidupan yang sukar diceritakan didalam blog ini. Sehingga sekarang sayur nombor satu didalam hidup aku adalah sayur kangkung.
   Semenjak kami sekeluarga berhenti memetik kangkung , kawasan lombong tersebut telah ditutup dan kangkung yang tumbuh menjalar juga telah mati. Sebab tidak dapat dipastikan dan pekara ini telah dimaklumkan oleh penduduk kampung yang selalu memancing dikawasan tersebut.

 




No comments: